Wednesday, May 4, 2011

Belajar vs Bekerja

Salam.

"Blaja vs Keje. Mane lagi best?"  <--- Soalan yg biase orang tanya.

Sebenarnye harini hari 1st sy stat praktikal. Malam sebelum tu, nerves macam ape je.huhu. Tapi nasib baek ade kawan yg dapat same2 kat sane, iaitu PiQah. So malam tu kitorg dok discuss la ape barang patut bawak. Maklumla, tak penah pegi keje.. 


Banyak gak barang2 yang tak perlu bawak, tapi kitorang bawak. Pastu time lunch kena perli dengan staff2 kat sana, (dengan nada gurauan yg sopan :)  )


"Besarnya beg.. bawak ape la tu.."
"Duit besar sangat agaknya..haha"


-___-"


Lagi satu, kitorang bawak softcopy notes2 mase pergi keje tadi..hoho. Rajen bukan?? Terpaksa rajen sebenarnye. sebab dalam acceptance form tu tulis, kitorang punya task ade kaitan dengan programming. Tapi habuk pun tak ingat. ingat la jugak, tapi perlukan revision.jadi, untuk langkah berjaga2, kami bersepakat membawa berkat untuk membawak sume softcopy notes2 kat dalam pendrive. Nanti, kalau ade kerja ape2, senang ade rujukan. Mula sy ingat nak bawak hardcopy je..senang cket.tapi budak2 ni gelak pulak. Pastu tak jadi la bawak..

Besoknya, (iaitu pagi tadi), tepat jam 7pagi dh kuar bilek. Padahal masuk keje sepatutnya kol 9pg-6ptg. Awal gile keluar. Semangat bukan?? Terpaksa bersemangat sebenarnye. sebab kitorang tak tau jalan..hehe. Pastu, hari ni jugak 1st time guna rapidPass Pelajar. kad ni baru je dibuat minggu lepas. kad ni murah sket. setiap bulan bayaran dia fix. Rm100 untuk tren dengan bas. Tapi kad itu sengaL. -..-


ade ke patut dia tulis student IIC (international islamic college), instead of uia??
Grrr...


Habes bab kad. Sampai kat stesen Ampang Park, kitorang sesat kejap. Pegi jalan ikut jalan jauh. Tapi masa dalam keadaan kesesatan tu kitorang sempat gak la beli kuih singget. Masa tu awal gila lagik. Baru jam 8.20pg..so duduk2 la kat kerusi kaki lima, makan2 dulu.. (panjang la pulak cite ni.terase macam menaip cerpen dah ni) 
Kesimpulannya, sepanjang bekerja harini, keje kitorang melangut je. takde keje langsung!..hoho. keje hari ni sgt rilex. on9 dpd pagi sampai petang sebab person in charge yg akan ajar kitorang tengah becuti.. Staff kat sini siap tolong bukak kan pc soh kitorang buat pape yang patut sementara takdo kijo..hehe. nak bukak fesbuk segan, tapi taip belog tak segan.. =P

piQah yg sedang bz meng-online =P

Tapi ada 1 la disadvantage kerja kat sana. Iaitu penggunaan bahasa. Company tu fully Malay, bercakap pun konfem la BM. kadang2 rasa jeles dengan certain company yg still guna english untuk communicate dengan staff. Boleh gak improve vocab ke, grammar ke kan. Kalau tak guna english, alamat berhabuk la BI kitorang nanti. pasni nak ajak piqah speaking la kat bilek..huu


TAPI..important lesson for today. Hidup kat tempat orang ni memang kena pandai sesuaikan diri. kena rajin bertanya, dan maniskan mulut untuk bertegur sapa. Bila bergaul dengan staff2 yang averagenya umur 30++, terase diri ni pun terpaksa jadi matang tiba2. Bercakap pun kena susun dulu kata2 sebab takut tak sesuai atau tak kena mase. Sepanjang hari ni baru kenal 7 8 orang staff, termasuk akak lady tea yg rajin bg air pagi petang, and kak Ita yang sangat peramah. Dia satu-satunya staff yang teman kitorang pegi makan, pastu tunjuk ajar environment kat sini. pastu ade la beberape org lain lagi.

Rasa susah nak mulakan relation yg baru kat environment yang totally new. Nak pegi bersalam2, berkenal-kenalan, takut kaco orang tengah buat keje. Dorang sume tengah bz, kitorang bedua je yg free..
Secara overall, pegi bekerja ni sangat lah memenatkan.(hatta takde task sekalipun) Kalau 2 taun lepas sy penah cakap kerja lagi best dpd belajar, arini dengan konfidennya sy tarik balik ayat tersebut. Belajar lagi best! Sejauh-jauh perjalanan nak jalan kaki pegi kelas, jauh lagi nak jalan pegi ofis! -__-


Jalan kaki dpd bilik nak pegi tunggu bas dh 15mins. Tunggu bas, dan naek bas g putra dah setengah jam. Berdiri dalam tren dekat setengah jam. Jalan kaki nak pegi ofis dh 10 minit. Camtu la rutin harian stat daripada harini. Betul la senior2 cakap, org bekerja ni macam takde life. Celik mata, pegi keje. Balik keje, kol 10malam dah ngantuk nak tido. Bangun pagi besok pegi keje lagi, pastu balik, pastu tido lagi. Satu hari nanti, agaknya sy pegi keje, tak balik2 dah. tido sane lagi senang. =')

Mood : I missed my study life! wuwuw. Y_Y Dulu2 mase tension study especially utk exam, terase nak cepat2 je grad.nak keje. Tapi bila dah merasa alam pekerjaan ni, tiba2 rase nak sambung master kat luar negara. hoho..gedik bukan?? Tak gedik. Itu azam yg bagus. :D


Sy pun tak paham ape sy taip ni. dah mamai. ok lah. nak pegi tido, besok pagi nk pegi keje. Selamat malam.. Thanks for reading! Salam.. :)


P/s : Try la dengar lagu 2 lagu ni. Gara2 citer sinetron Indon, i'm currently addicted to both of it.


1) Rindu Setengah Mati
2) Biarkan Aku Jatuh Cinta

No comments: