Salam.. :)
Apa kaitan antara Final Year Project (FYP) dan Kedai makan orang Arab??
1) FINAL YEAR PROJECT
Ya, tepat sekali. memang takde kaitan. Sebenarnya, dalam post A.I.T lepas, sy ada bgtau sy kena balik awal daripada camp kan. Sebenarnya sy balik awal sebab ada showcase untuk FYP. Showcase ni boleh dikatakan fasa terakhir la untuk melengkapkan FYP, selain kena siapkan report & kena present depan outsider. Showcase ni lebih kurang mcm pameran tertutup kat Conference Room. Wakil2 dpd company luar, dgn beberapa lecturer luar dijemput utk evaluate hasil kerja kitorang. Tempat petame-ketiga dpt hadiah berapa ratus tah. Saguhati RM50 pun ade gak.
Advisor kitorg cakap, showcase start jam 9pg - 1 ptg. Jadi, dlm kol 8 pg sy pun bergerak la dpd Hulu Langat. Nak dijadikan cerita, tunggu punya tunggu, turn sy no 19 out of 23. Dlm kol 3 ptg baru dpt present utk showcase tersebut..lama sgt2 menunggu. Y_Y Nasib baek ada banyak makanan free.
Kalau main Inspire Ceria Hey pun sempat lg sebenarnya.. Masa penyampaian hadiah pulak, kitorg tak dpt pape..tumpang hepi dari jauh je..sob3
(untuk showcase ni, kena bawak poster sendiri. Buat, and print sendiri. Saiz A2. RM20 satu! nasib baek mdm offer nak kelim balik..hehe. ingat nak bergambar kat poster aritu, tapi terlupa pulak. Jadi takde la gambo..)
2) MAKAN2 KAT KEDAI ARAB
Habis showcase, madam cakap nak belanje anak2 buah yg buat FYP under dia.
Mula ingat taknak pi, sebab nak g bookfair..tapi lepas pikir masak2, lastly g jugak. Lunch besoknya kitorg pegi 2 buah kereta kat Taman Melawati. Lupa pulak name kedai tu ape, sebab namenye pelik banget..huhu
Tapi nama makanan sy ingat! :D
Chicken Mandy - RM 17 satu. Dalam gmbar ni disediakan utk 5 org. |
Sy taktau nak pilih ape senarnya, sebab name dia sume mcm pelik2. Pastu semua orang order nasik mandy ni, dan sebab name dia pun macam familiar dan tak brape pelik kalau compare dengan yg laen,.sy pun ikut je..
"Mandy satooo!" =P
Ade gak lamb mandy. Rm20 satu. Dorang cakap nasik ni guna Basmati Rice..sebab tu halus.
Fatoosh - RM 7 |
Kami pegi ber-10. Termasuk madam :) |
Thanks madam, belanje beratus2 untuk kitorg. Habis dah FYP, Alhamdulillah, sangat2 lega. Selama ni hidup tak tenang je bergelumang dengan FYP ni..hoho.
Owh, lupe nak tambah. Malam habis showcase aritu, Aimi, ex-roomate kat Matric tiba2 ajak jumpa sebab nak belanja makan. (rezeki murah pulak akhir2 sem ni..semua org nak belanje. hehe)
Aimi datang mahallah bawak hadiah. Dia ckp hadiah bestday tahun lepas lupe nak bg. Thanks Aimi! ♥♥♥
Comel kan! tapi tak bg nama lagi.. |
No comments:
Post a Comment