Monday, June 17, 2013

Resepi Kek Rainbow Topping Coklat Ganache





Salam.

Today is 17th of June! and its my birthday.. :)

Memandangkan sy rase sy dh besar, rase mcm tak perlu dah nak mintak ibu ayah belikan kek hari jadi lagi, (huhu).. so I've planned to bake my own cake for my family, to celebrate my birthday. Saya plan nk buat rainbow cake sebab die cantik warna-warni. Biasanya org buat kek rainbow ni bertopping-kan cream cheese. tapi oleh kerana sy tak suka makan krim sebab muak, maka sy buat kek rainbow bertopping kan coklat moist @ coklat ganache. Just mix and match je..hehe.

Walaupun ni 1st time ever buat kek sendiri.. risau tak menjadi, risau tak sedap, etc..tapi berbekalkan konfiden yang tinggi, sy bantai je buat jugak. Dan hasilnya...
                                                            
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
tadaaaa!
 
 
presentation memang failed!
comot habes sebab susah nak handle coklat moist tu.
tapi dorang cakap sedap. dorang la cakap..bukan saya :P
 
 
Just nak share resepi kepada yang nak mencuba. Lets cekidaut! :)
 
 
Bahan-bahan untuk buat kek:
 
1) 2 cawan tepung naik sendiri
2) 250g butter
3) 1 1/2 cawan gula
4) 5 biji telur
5) Pewarna
6) 2 sudu kecil esen vanilla
7) 1/2 cawan susu pekat
8) sedikit air
 
 
Bahan-bahan untuk topping coklat ganache:
 
1) 2 sudu besar minyak jagung
2) 1 cawan sebuk koko
3) 1 cawan susu pekat
 
 
Lets begin the baking class!



Ni barang2 dia.
(Pakai susu pekat 1 Malaysia tuu..hehe)


1) Mula-mula pukul butter dgn gula selama lebih kurang 15 minit sehingga kembang.


2) Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan tadi.
 
 
3) Masukkan esen vanilla dan diikuti tepung naik sendiri. Dan pukul lagi hingga adunan sekata.
 

4) Next, masukkan susu pekat + air. Susu pekat tu untuk buatkan kek tu jadi moist dan lembut.
Air tu saya masukkan sama banyak dengan susu pekat tadi. (1/2 cawan)
 

 
5) Asingkan adunan tu kepada enam atau tujuh mangkuk berlainan. Mengikut warna yang diigini. Saya buat 6 warna, tapi dalam gambar kat atas ni ade 4 je sebab lagi 2 dah selamat masuk oven.hehe
 
6) Lepas dah gaulkan bagi warna dia sekata, masukkan ke dalam loyang untuk dibakar. Bakar pada suhu 160°c. Selama 12-15 minit. (bergantung kepada saiz loyang digunakan dan ketebalan kek tu)
 
7) Bila dah siap masak, sejukkan dulu. Sambil tu boleh la buat topping coklat dia.
 
 
 

 
8) Untuk topping, sangat simple. Masukkan minyak jagung + serbuk koko + susu pekat tadi, kemudian panaskan atas api yang sederhana. Sentiasa gaul campuran tu sampai coklat tu cair.
Sambil tu boleh rasa, kalau tak cukup manis boleh tambahkan susu pekat lagi.
 
 

 
9) Lepas dah siap, sementara coklat tu masih cair, sapu pada setiap lapisan kek supaya lapisan kek tu melekat antara satu sama lain.
 
 
10) Salut keliling kek tu dengan coklat. Buat rata-rata ek. Jangan jadi macam kek saya kat atas ni. comot dah haa sebab time tu coklat tu start mengeras. Susah nak ratakan.
 
 

11) Siap! Ready nak bawak balik kampong. :)
 
 
 
 
 
Okeh dah siap. Selamat mencuba!  ^^