Wednesday, July 8, 2015

Buat Aydin, anakku..


Buat anakku Aydin Qayyim...



Aydin, ini mommy..
Teringat waktu pertama kali mommy dengar berita tentangmu.
Saat ujian UPT menunjukkan positif, air mata ini mengalir keterujaan, penuh kesyukuran..

Namun ketika scan dilakukan, doktor mengatakan tiada apa di dalam rahim mommy kerana tiada sebarang tanda kewujudanmu di mesin itu..

Doktor mengesyaki kandungan di luar rahim. Sekali lagi air mata mommy mengalir.. Tawa bertukar duka dalam sekelip mata.


Aydin anakku,
2minggu kemudian, berbekalkan sedikit kekuatan, mommy pergi semula ke klinik itu.
Sekali lagi ujian dilakukan, dan alhamdulillah, dunia telah dapat mengesan kewujudanmu :')
Ketika itu kamu begitu kecil..cuma sebesar ---> •
Namun itu telah cukup membuatkan hati mommy berbunga riang, hati kembali tenang..



Sekali lagi doktor mengatakan, kamu cuma seketul daging. Belum lagi membentuk janin..maka bila bila masa boleh keguguran. Hati ibu mana yang tidak sedih, risau.. Tapi mommy percaya kamu kuat berada di rahim ini..dan mommy akan cuba jaga kamu sebaiknya.

Aydin sayang,
2 minggu seterusnya mommy pergi lagi ke klinik itu untuk bertemu kamu. Kali ini hati keibuan mommy terusik buat pertama kali saat melihat kamu sudah mula bergerak di skrin mesin itu. 2 kakimu, 2 tanganmu kelihatan bergerak2. Jantungmu mula berdegup. Sungguh, bagai tidak percaya di dalam perut ini adanya 1 lagi nyawa.



Anakku Aydin,
Semakin kamu membesar, semakin mommy merasai kehadiranmu. Mual, muntah, pening, telah mommy lalui hari2. Hampir setiap hari. Dalam kereta, dalam tren, dalam perjalanan ke pejabat, sedang bekerja, sebelum dan selepas balik kerja, muntah tak kira masa. Makanan kegemaran bertukar jadi makanan memualkan.


Aydin anak mommy,
Semakin kamu membesar, perut mommy kelihatan makin ketara. Setiap bulan mommy ternanti2 untuk bertemu kamu.



Perkembangan demi perkembangan mommy saksikan. Kepala, badan dan anggota lainmu mula terbentuk. Setiap bulan juga mommy baca tentangmu. Apa kamu lakukan di dalam, sebesar manakah ukuran saizmu, apa keperluanmu. Banyak perkara yang mommy takuti sebelum adanya kamu, menjadi 1 kekuatan untuk mommy lalui. Suntikan jarum yang dulunya amat mommy risaukan, kini telah menjadi kebiasaan. Pil-pil besar yang dulunya tidak mampu ditelan, kini telah menjadi rutin harian. 



Aydin yang mommy kandungkan 9 bulan,
Semakin lama mommy semakin sarat. Membawa perut yang semakin membulat. Sedikit demi sedikit barang barangmu telah kami lengkapkan. Ayahmu begitu teruja membeli dan membasuh pakaian2mu. Teruja untuk menerima ahli baru..


Dari checkup di klinik, bertukar ke hospital. Dari wajahmu yang kabur menjadi terang. Hidungmu, matamu, mulutmu, semakin jelas kelihatan.



Aydin yang semakin membesar,
19 Mei 2015, akhirnya kamu lahir ke dunia. Akhirnya kamu berjumpa kami berdua. :')
Anak yang mommy lihat dari mesin scanner sekian lama, kini berada di depan mata.


Mulut muncung feveret kamu sejak dalam rahim hingga sekarang..hehe

Anak yang sebelum ni mommy hanya mampu memandang, kini mommy mampu memegang. Tanganmu yang kecil, kakimu yang comel..



Kini usiamu 2 bulan lebih, kamu semakin pandai. Matamu sudah boleh melihat orang sekelilingmu..mulutmu tersenyum bila di agah :) 


Aydin Qayyim anak yang sentiasa mommy rindui,



Membesarlah dengan sihat. Membesarlah menjadi anak yang soleh. Membesarlah menjadi anak yang berguna kepada agama, dan anak yang mentaati ibu bapa.
Mommy sayang kamu Aydin, lillahitaala..