Assalamualaikum.
Ok. Kita sambung cerita sebelum ni.
19 May 2015 (Selasa) - 38weeks
Hari ni bermula lah hari yang baru dan mencabar bagi aku. Pagi tu subuh2 dah bangun. Rasa bersemangat semacam harini. Feeling strong and motivated sikit la kot sebab malam tadi dah puas nanges kan. Lepas solat subuh, tetiba terfikir.. ni solat Subuh last dah ni..lepas ni kalau bersalin, lama lagi pulak baru boleh solat. Tengok telekong, pastu tetiba rasa sayu.. sambung baring2 kat katil, pastu menangis lagi.Haha. tadi konon feeling motivated la sangat kan..
Husband pujuk lagi suruh kuat. Dia lap2 air mata semua, bagi kata2 semangat, lepas tu dia ajak gi tengok baju2 dan barang2 baby kat bilik sebelah. Nak kasi semangat sikit nak jumpa baby kan.. so kami laki bini kobek2 la barang2 baby di kala subuh itu..hehe.
Jadi lepas tu, aku pun bersiap, mandi semua. Dah settle, aku tunggu husband pulak bersiap. Masa husband nak pilih baju, aku tengok lama dia termenung depan almari. Pastu dia tanya, nak pakai baju ape ek? Sambil tangan tu tarik sehelai baju yang boleh dikategorikan paling smart la..yang biasanya dibawak pegi jalan or kenduri gitu.. aku tanya la, nape pakai baju lawa sangat? Then dia jawab, nanti kan kita nak ambik gambar dengan baby. Pakai la baju lawa2 sikit tak? Haha.ok. tergelak kecil aku sebab aku tak terfikir sejauh tu. Aku cakap la aku pakai baju biasa je, paling simple sebab bukan nak pegi mane pun, masuk hospital je. Biarlah yang selesa. Kat sana nanti aku kena pakai baju hospital jugak. Lepas tu dia pun pegi tukar baju lain yang juga kategori 'biasa dan selesa'. Hehe.
8.30am
Lepas semua dah siap, sebelum keluar rumah, husband ajak exercise jalan itik dulu.. Nak bagi cepat bukak laluan katanya. Huhu. Maka berjalan itiklah aku dengan membawa perut yang buncit ni keliling rumah. Husband pimpinkan tangan, sebab kalau nak harapkan aku berjalan sendiri takde tempat nak berpaut, memang tak bergerak la aku sebab tak stabil.haha. Berjalan dari ruang tamu ke dapur, masuk bilik, keluar bilik, pergi ruang tamu balik pastu dapur balik, pastu pancit dah tak larat. Huhu. Lepastu buat squatting pulak beberapa kali. Fuhhh..moga2 sampai hospital dah 6cm!
On the way pergi hospital tu beli roti n milo kotak dulu kat kedai untuk breakfast. Makan dalam kereta je. Nak makan kat kedai tak sempat dah. Aku tak lalu nak makan sangat, roti luak separuh, milo beberapa teguk je. Dalam perjalanan terfikir lagi..keluar dari rumah ni, last kami berdua, balik ke rumah ni semula insyaallah bertiga. Sayu pulak tinggalkan rumah.. feeling yg tidak berkesudahan.. Hehe. Dalam kereta mesej2 famili semua, cakap dah odw pegi hospital, mintak maaf salah silap, mintak halal makan minum, mintak doakan dipermudahkan semua. Pastu dekat2 nak sampai hospital, aku mintak maaf kat suami di sisi. Mintak dia maafkan aku segala salah silap selama ni, mintak dia jangan simpan dalam hati..mintak dia redha dengan aku.. T_T orang cakap keredhaan suami tu paling penting untuk kita dipermudahkan bersalin.lepastu keredhaan mak ayah. Ternangis sayu lagi bila dia cakap dia takde simpan apa2 dalam hati, dia dah lama maafkan aku untuk semua salah silap aku..dia akan doakan aku dipermudahkan nanti.
*tetibe mata masuk habuk time taip post ni. Haha.
9.00 am
Sampai kat hospital, lepas register, nurse suruh aku tunggu kat labour room dulu. Sebab midwife yang sepatutnya incharge aku pagi tu tengah assist doctor di operation teatre sebab ada wanita chinese bersalin anak kembar secara ceasarean. Jadi sambil baring2 tunggu diorang datang, aku whatsapp kwn2 baik dan ofismate. Bgtau dah warded dan akan bercuti panjang start harini. Tak lama lepas tu sorang midwife masuk, bagi aku sehelai baju putih yang ikat tali kat belakang tu. Dia suruh tukar baju tu, dan simpan segala barang2 kemas yang ada. Pelik jugak aku, beranak memang kena pakai baju tu ke? Sebab aku rasa baju tu orang pakai untuk kena operate. Pastu baru aku teringat Dr. penah cakap kat aku semalam yang dia nak aku cuba bersalin normal dulu, kalau tak boleh dia nak czer sebab keadaan aku yang banyak air ketuban ni kira kes yang ada risiko jugak la kpd bayi.. jadi aku fikir, sebab tu dia bagi aku baju putih tu siap2 kot..in case kena tolak ke operation teatre ke nanti kan.. wallahualam.
Midwife tu tanya, dah makan dan buang air besar ke belum. Sebab kalau belum, maybe dia nak bagi ubat suruh berak kot. (aku baca dalam blog org lain biasanya camtu). Aku cakap la dah..sebab dah buang siap2 kat rumah tadi..keke. dia cakap lagi, once dah masuk labour room ni, dah tak boleh makan minum dah. Dan kalau nak buang pape, better buang sekarang. Aku ni dalam hati, laaa..takleh makan dah la ni? Kalau tau kena tahan kat labour room terus pagi ni, baik aku makan roti banyak2 sikit tadi. Sebab aku ingat boleh la berpoya2 makan roti tu kat wad, sementara belum masuk labor room. *sigh.. kalau aku takde tenaga nak teran nanti cmane? Haa..
Lepas dah tukar baju, midwife tu datang lagi. Dia cakap nak cek bukaan. Aku rase nak sepak je time kena seluk tu sebab lagi sakittt daripada doc buat semalam. Suami setia menemani sisi. Aku terjerit sikit la sebab tahan sakit. Dia cakap, ok. Dah bukak 4cm! Alhamdulillah..terdetik syukur sebab dalam tak sedar, aku dah ada bukaan 4cm tanpa rasa sakit. Sesetengah orang lain, nak dapat bukaan 3 atau 4cm pun sakit dah macam ape je..alhamdulillah aku dipermudahkan. Midwife cakap aku dah tak boleh keluar labor room dah. Memang kena tahan kat situ sampai bersalin. Lepas tu midwife tu keluar. Fuhhh lega. Tapi kelegaan tak sampai pun 10minit, doctor pulak masuk, skali dengan midwife tadi. Dia cakap doc nak cek bukaan pulak. *$&@^$^! Memang aku rasa nak maki hamun je time tu. Sakit yang tadi belum pun hilang. Kenapa tak cek together2 je tadi? Kan dah tau tadi 4cm? Perluke buat 2 kali? -_-
Aku laju je cakap kat dorang,
"eh tadi kan baru je cek..? dah cek la tadi.. bla bla.."
aku mempertahankan yang tidak perlu cek kali kedua. Tapi kau fikir dorang nak dengar ke kau membebel? Huhu. Doc tu pun terus sarung glove dan terus berlaku sesi seluk menyeluk kali ke 2 pada hari itu. Midwife tu tolong pegang kaki aku. Kali ni pun memang sakitttt. Husband peluk aku time tu masa aku tahan sakit. Sebab badan kita memang automatik menggelepar rasa nak melawan.. kaki kena pegang pulak tu. Doctor macam rodok sikit gitu. Agak lama. Bila dia keluarkan jari tu, keluar darah kat glove. Aku sendiri terkejut tengok. Doctor pun cakap benda yang sama, bukaan dah nak masuk 4cm. Serviks dah menipis. Sebelum doctor keluar, dia pesan kat midwife tu suruh masukkan ubat sekian sekian dos kat aku. (Aku fikir, ubat induce tu la..) Then doctor pun keluar. Tinggallah aku, husband dan midwide itu..
10.15 am
Midwife tu pasang alat CTG kat perut aku, pastu dia cucuk drip kat belakang tangan, ubat induce tu. Memang tak selesa nak bergerak. Lepastu dia cucuk 1 ubat kat punggung. Tu ubat tahan sakit katanya. Dia cakap, ubat tu takde la bagi tak rasa sakit langsung, aku still akan rasa sakit, tapi membantu mengurangkan sikit sebab dia akan buat aku mengantuk. Dia cakap lagi, kalau ada rasa mengantuk nanti, jangan lawan..tido je.
Setau aku, ubat yang dia cucuk kat punggung bagi aku mengantuk tu, namanya Pethidine. Ubat tu
bila dah disuntik kat ibu, seeloknya bersalin selepas 4jam. Kalau bersalin kurang daripada 4jam lepas ubat tu diberi, ada kemungkinan berisiko kat baby. Salah satunya, baby yang dilahirkan tu nanti tak menangis, sebab dia pun dalam keadaan 'high' and sleepy macam mak dia, efek daripada dose tu. So aku fikir, dalam pukul 2pm ke atas la ni baru aku beranak ni.. Tak lama lepas tu, midwife tu banyak kali jugak la keluar msuk tanya keadaan aku. Samada dah rasa efek ubat tu ke belum. Siap dia malapkan lampu labour room tu nak kasi aku tido.
10.35 am
Aku dah start rasa mengantuk tiba2. Ubat tu memang berkesan! Tetiba menguap dan mata rasa berat semacam. rasa nak tertido terus..aku cakap kat husband kat sebelah, aku nak tido dah ni..
Contraction pun dah start rasa sikit2. Tapi boleh tahan lagi. Mild contraction je.
Peneman setia di sisi |
Tak tau jam pukul berapa masa tu, aku terjaga dari tidur, mak mentua aku masuk ke labor room. Mungkin keluarga mentua aku baru sampai ke hospital time tu. Dia tengok keadaan aku, tengok ubat drip, tengok graf contraction, lepas tu bagi kata2 semangat dan suruh aku tidur je. Mak mentua aku matron hospital,dan memang dah biasa bab2 sambut orang bersalin ni. Aku pun banyak refer dengannya sepanjang mengandung ni. Sekejap je mak mentua aku dapat masuk sebab orang luar memang tak dibenarkan masuk labour room tu kecuali suami. Mak n pak mentua aku balik berehat dulu di rumah kami sementara tunggu aku bersalin..sebab ubat pun baru je dimasukkan. Kitorang fikir lambat sikit la kot nak bersalin, lagi2 anak sulong. Lepas tu aku tertidur semula.
Tak lama lepas tu doc masuk lagi. Sekali dengan midwife tadi. Nampak macam doc pegang samting, tapi aku tak berapa clear benda apa sebab aku lalok2 kan.. dia cek bawah lagi. Sambil seluk2 tu, aku dengar dia kata kat midwife, membrane dah menipis ni. Anytime boleh pecah. Aku agak2 dia refer kpd selaput ketuban tu la kot. Lepas tu doctor terus arahkan panggil ramai sikit nurse lain untuk mintak bantuan. Dalam sorang 2 lagi masuk. Aku dengar doctor bagi arahan suruh pegang perut aku sebab nak kawal bagi pastikan kepala baby turun dulu bila dia nak pecahkan air ketuban. Sebab air ketuban banyak sangat, dia takut bila dipecahkan nanti, disebabkan faktor tekanan ke ape tah, baby akan bergerak melintang. Ni yang boleh jadi emergency czer ni kot. Kelam kabut jugak la aku tengok dorang masa tu, ada yang tolong pegang kaki aku, ada yang ready pegang perut aku, then doctor ready nak pecahkan ketuban.
Doctor masukkan samting ke ape tah nak bagi pecahkan ketuban tu. Sambil tu nurse2 tekan2 perut nak bagi air keluar, sambil nak control kedudukan baby. Sakittttt sangat2. T_T Memang menjerit3 gile aku time tu. Menggelapar toksah nak cakap la, tapi takleh nak bergerak sangat sebab dorang pegang. Husband peluk bahu dan kepala aku, sambil bisik ayat2 zikir. Memang aku tahan sakit time tu dengan berpaut kat husband je. Tapi dalam sakit2 tu terdetik gak kat hati, eh bukan aku baca dalam blog, dorang cakap tak sakit ke pecah ketuban? Orang lain cakap sekejap je tapi kenapa proses aku ni lamaaaa sangat.
Dalam beberapa minit lepas tu, dalam 4 bekas air ketuban dorang berjaya keluarkan. Sampai tak cukup tangan nak g ambik bekas baru. Dorang sendiri macam terkejut sebab banyak sangat! Lepas habis keluarkan ketuban tu, dalam mamai2 aku sempat tanya sorang nurse tu..banyak sangat ke nurse? Orang lain biasanya berapa bekas? sempat lagi nak compare kuantiti ketuban orang lain.keke.
Nurse tu cakap,
"orang lain biasanya dalam 2 bekas, atau kadang sebekas pun tak penuh. Awak ni sampai 4 bekas! Patut la doctor risau sangat. Sebekas tu bersamaan 500ml. Jadi kalau awak 4 bekas, dah 2liter. Ketuban saje.."
Aku tak tau nak rasa apa. Terkejut ke, takut ke, atau kagum ke dengan diri sendiri.haha. Lepas tu aku sempat tengok perut aku time tu. Memang dah leper. Pelik aku. Ade baby ke tak ni? Takkan penuh dengan air je dalam perut aku selama ni? Huhu.
Tak lama lepastu aku dapat rasa contraction yang makin kuat. Makin lama makin sakit dan makin kerap. Rasa sakit dia tu macam sakit senggugut, tapi berpuluh kali ganda lagi sakit. Sama macam aku dengar orang lain cite sebelum ni..
Husband tanya, nak main hp tak? Banyak whatsapp masuk ni..kawan2 ramai msj.. dia nak bagi aku alihkan perhatian daripada rasa sakit. Aku geleng taknak. Kalau ada hp kat tangan time tu pun rasa nak lempar je..huhu. Lama kelamaan aku makin tak tahan. Ubat lalok2 tahan sakit tu still ada, tapi semacam kurang berkesan dah sebab sakit tu lagi kuat. Sekejap aku pusing ke kanan. Kejap pusing kiri. Aku mengadu2 kat husband kat sebelah..
"sakit bang..sakit..."
"..ya Allah..."
"..sakitnya..."
Tu jela yang aku duk ulang2. Setiap kali contraction tu datang, rasa azab sangat2. Satu badan rasa macam lumpuh takleh buat apa2 melainkan menerima je sakit tu dengan redha. Bernafas pun susah. Aku duk tarik2 husband aku kat sebelah. Yang peliknya aku tak terasa nak tarik tangan dia. Disebabkan dia halakan muka dia dekat dengan aku, aku mampu capai ape yang dekat jela. Kadang2 aku cengkam dada dia..pastu dia boleh cakap, nape pegang situ sayang? Sambil sengeh2. Geram jugak aku rasa time tu. Orang tengah sakit, dia boleh melawak lagi. Pastu kadang aku tercekik leher dia..sambil cakap aku sakittt. (Ni semua tindakan refleks ok. Tangan aku memandai merayap sendiri tanpa kusedari..huhu) Tapi husband aku sengeh2 je.dia siap cakap,
"takpe cekik je abang, takpe.." haha.
Aku ada rasa nak gelak je time tu tapi tak mampu dah nak zahirkan dengan senyuman. Gelak dalam hati je.
Tak lama lepas tu midwife tadi masuk lagi nak monitor keadaan aku. Aku cakap kat dia, contraction saya setiap berapa minit ni? Dia kata 2 minit. Aku cakap la, nape tak rasa macam 2 minit pun..sakittt sangat ni.. tak sempat nak rehat pun. Tolongla slowkan sikit ubat..aku merayu kat dia. Huhu. Pastu dia cakap memang awak rasa tak sempat nak rehat sebab bila contraction tu datang, sakit contraction yang 2 minit sebelum tu tak sempat nak hilang lagi. Jadi gap rehat 2 minit tu tak rasa sangat la.. jadi dia slowkan drip ubat kat lengan aku tu. Sebelum keluar, aku suruh dia kuatkan aircond sebab aku rasa panas. Aircond sebesar alam tu depan mata aku je, orang lain mungkin sejuk, tapi aku berpeluh2. Dia cakap dia akan kuatkan sampai 16°.
Makin lama makin sakitttt tak mampu nak tahan dah. Pikir mati je time tu. Rasa menggigil tahan sakit bila contraction datang. Bila midwife tu datang, laju je aku tanya,
"nurse, ada ubat tahan sakit lagi tak? Sakit sangat ni....bagi la apa2 ubat tahan sakit lagi.."
Huhu.malu pulak ingat balik scene aku yang sambil lalok sambil merayu2 kat nurse tu. Dia cakap, takde ubat tahan sakit.. kalau sakit, sedut gas tu. (yang ada kat tepi katil aku) Ni la happy gas yang aku belajar kat antenatal class tu. Gas ni boleh buat kita khayal, alihkan fikiran daripada rasa sakit. Husband tolong letakkan mask gas tu kat aku. Aku tolak. Setiap kali dia cuba bagi gas tu aku cakap aku taknak sebab rasa rimas + gas tu rasa tak sedap. Tapi ada jugak sesekali tersedut gas tu. Ada sekali tu midwife nak masukkan tiub buang air kencing. Aku takut sakit, jadi aku meronta2 cakap takpe, saya taknak kencing..takpayah la masukkan.haha. Tapi dia bertegas jugak nak masukkan tiub tu sebab katanya kalau air kencing tak dikeluarkan, nanti baby lambat turun. Sebab pundi kencing penuh. Aku terpaksa rela. Tak sakit sangat sebenarnya, tapi pedih sikit.
12.15 pm
Aku cakap kat nurse aku nak bangun. Nak duduk atau berdiri. Tak nak baring dah. Sebab aku rasa rimas sakit2 tapi kena berbaring je.. Tangan aku macam nak cabut la mesin CTG kat perut tu.. pastu kena marah. Huhu. Dia kata CTG tu kena sentiasa pakai, nak monitor heart beat baby. Dia tak bagi aku bangun. Baring dan mengiring je boleh. Then nurse cakap nak cek bukaan sebab dia tengok keadaan aku macam sakit sangat je.. Aku ni dah seriau lagi. Dengan tengah sakit contraction nye, tambah sakit kena seluk. Memang terbaik..
"Dah 7cm! Tak sampai sejam lagi awak akan beranak ni..sabar sikit ye. Bukaan 7cm memang sakit dia macam ni. Awak kan nak jadi seorang ibu, nak jadi mak dah. Kena la kuat..bla bla bla."
Tak larat nak dengar ceramah time sakit2 tu. Sambil tu aku tengok nurse tu sibuk kemas2 barang kelengkapan untuk deliver baby. Husband ajar aku selawat dan zikir nabi yunus tu. Dia suruh ikut dia sebut. Tapi aku tak mampu nak keluar kata2 dah time tu. Aku ikut dalam hati je sambil mata tutup. Tapi husband kat sebelah duk suruh jugak aku ikut dia sebut.verbally. Aku jadi stress, lalu aku letak jari kat mulut aku, sambil buat "shhhhyy" suruh dia senyap. Sambil tu mata tetap terpejam. Haha. Teruk betul perangai.
Selang beberapa minit lepas tu, aku macam ada rasa nak berak. Tapi tak sure. Sebab orang cakap, bila nak beranak, akan rasa nak berak sangat2 takleh tahan. Tapi aku ni ada rasa sikit2 je nak berak. Rasa macam, tak berak pun takpe..haa macam tu. Lepastu doctor masuk nak cek bukaan lagi. Aku merayu lagi tak nak kena cek sebab contraction tengah kuat. Tak mampu nak tahan sakit atas bawah nanti.. Jadi doc tunggu time graf aku rendah, time takde contraction baru dia seluk. Tapi macam tak sakit sangat je seluk kali tu. Tak tau la sebab bukaan dah banyak atau sakit contraction before tu dah sakit sangat sampai kurang rasa sakit kena seluk. Dia cakap,
"Dah fully dilated ni! 10cm dah. Saya dah boleh nampak kepala baby ni."
Lalu kelam kabut la semua orang, transform katil aku, dan aku didudukkan. Kaki dikangkangkan, diletakkan atas tempat letak kak kat kiri kanan katil. Dorang suruh aku bukak mata, jangan tido. Nak push dah ni. Sebab keadaan aku time tu macam lalok2 je, mata mamai2 dan terkebil2. Yela dah sedut happy gas tu..memang happy jela tak kisah dah orang serabut2 suruh push. Dorang ajar aku curi2 nafas, dan teran sekuat mungkin masa contraction datang.
Aku macam tak tau bila patut push, sebab aku dah tak berapa rasa dah sakit contraction time tu. Jadi aku depends pada doctor dan nurse2 je. Bila dorang suruh push, aku push. Kali pertama push, aku mendapat pujian. Kembang sekejap.
"Haa, ok push macam tu, dah nampak kepala baby ni, push lagi, kuat lagi. Lepaskan sekuat hati.."
Husband pun bagi kata2 semangat time tu, suruh jangan angkat punggung, etc2.
Tapi lepas2 tu aku kena marah sebab aku push tak kuat..huhu. aku macam takde tenaga campur lalok ubat. Aku mintak masa nak rehat kejap sebab tak cukup nafas dan penat. Memang doctor tu marah la.. dia cakap heart beat baby dah drop ni. Push cepat, tak boleh rehat2 dah. Doc panggil husband suruh tengok baby kat bawah.
"Awak tengok ni, rambut baby dah nampak ni, tak boleh lama2, pergi suruh wife awak teran betul2".
Lepas tu aku push, dorang cakap aku tak push pun. Tension gila time tu. Rasa dah teran sekuat hati, tapi tetap tak cukup kuat nak keluarkan baby. Dan finally, zaaapppp! Dengan pantasnya aku dapat rasa doctor gunting bawah tu. Tapi aku tak rasa sakit pun sebab memang dah sakit sangat. Sakit yang dah sampai maksimum sakit agaknya, sebab tu kena gunting episotomi pun tak rasa pape dah. Time tu sempat terpikir, betullah kawan aku cakap haritu, dia kena gunting tapi tak rasa apa2..dulu2 aku pelik je dengar, tapi waktu tengah melalui tu baru faham..huu..
In a blink of eyes, "Assalamualaikum!", aku dengar doctor cakap. Serentak dengan tu, seorang baby yang kebiru-biruan, kecil je sizenya, berjaya dikeluarkan dan diletakkan kat atas aku. Maka tepat jam 1.11pm lahirlah bayi pertama kami, Aydin Qayyim bin Ahmad Hazwan. Aku tak tau nak describe perasaan time tu macamana.. Alhamdulillahhh... Legaaaaa sangat2. Apa yang aku takut sangat2 selama 9 bulan ni, aku dah berjaya lalui.. :')
..then baby tu di bawak pegi nursery.
............... ... .... ..
Lepas tu aku tak berapa sedar apa yang berlaku dah. Lalok + penat. Sedar2 je aku dapat rasa yang aku dicucuk kiri kanan peha. Tak tau untuk apa. Lepas tu dorang keluarkan uri, dan tekan2 perut aku nak keluarkan saki baki darah. Pastu aku tetiba teringat yang orang cakap jahit bersalin sakit. Laju je aku cakap kat doctor, dalam nada separa merayu, tolong bius saya sebelum jahit..cakap pun sambil mamai2. Pastu aku tak sedar dah. Malu betol nak ingat balik. Haha. Sedar2 lagi, aku tengah kena jahit. Sakit! Aku ingat tak rasa ape2 dah sebab dah mintak bius. Tapi sakit semacam je.. dapat rasa 1 per 1 jahitan doctor tu. Pedih! Aku cakap sakit..sakit.. doc cakap kalau sakit, sedut gas tu. Husband aku la tolong aku sedut gas tu. Memang bertambah lalok dan khayal. Setiap kali rasa sakit kena jahit, aku sedut gas tu. Memang berkesan. Jadi kurang perhatian kat rasa sakit tu. Rasa tengah high gila.haha. sambil jahit tu aku dengar doc cakap dia susah nak jahit sebab koyak merata. Sana sini koyak sebab aku angkat punggung. Eh? Aku ade angkat punggung ke tadi? Mana ada aku angkat punggung? Tak sedar pun.... memang la tak sedar sebab kau dah mamai time tu. Push pun tak berapa sedar, ni pulak terangkat punggung.huhu.
Dah settle jahit, husband yang datang dari nursery, bisik kat aku..nak tengok gambar baby tak? Comel.. sambil dia sengeh2. Aku angguk. Tersenyum tengok gambar baby sendiri tengah menguap. Aku tanya husband, suka tak? Dia senyum lagi sambil angguk. Muka bahagia.. Oh, i cant describe that feeling. Rasa happy + sangaaat bahagia. Huhu.
Fresh. Belum mandi lagi masa ni. Baby asyik menguap je..aku rasa dia punya dose pethidine ada lagi kot..hehe |
Masih dalam labor room, seorang nurse chinese datang bawak baby pada aku. Aku didudukkan untuk breastfeed baby for the first time. Time tu terkejut jugak tengok keadaan diri sendiri. Darah merata2 kat baju, tangan, dan kaki.huhu. Pertama kali pegang, dan bertentang mata dengan anak sendiri. Just now you were inside me. But now you are in front of me. :')
Nurse tu ajar bf baby. Dan dia puji baby pandai, letak je nipple, dia terus hisap. Pandai..tak payah ajar. dia cakap sesetengah baby, awal2 kena ajar menghisap dulu. Dan alhamdulillah..susu pun ada. Moment tu terasa sangat keibuan..hewhew.
Lepas tu aku dibiarkan rehat dulu sebelum bawak ke wad. Time tu husband tanya lagi, nak hp tak? "Naaaakk" laju je.. hahaha. Then aku dibersihkan dulu, tukar baju semua, naik wheelchair, dan ditolak ke wad. Tak lama lepastu, kedua2 mak ayah dan mak ayah mentua aku pun datang melawat.. Bila tengok muka ibu, aku automatik ternangis..
"Baru tau, macam ni rupanya ibu beranakkan Izyan...wuwuwu T_T"
Ibu aku pn terharu sama..
Tiba2 seorang nurse masuk, tolak baby masuk ke wad. Time tu, aku dapat tengok ke 4 4 orang tua aku sangat happy tengok cucu sulong mereka. Thats the greatest moment..aku rasa puas. Rasa berbaloi tempuh sakit bersalin tu tadi untuk lihat kegembiraan mereka semua..
Great view from my bed |
Dan sekarang, baru seminggu bersalin, rasa sakit masih belum hilang, aku dah rasa rindu untuk mengandung semula. Boleh? Hahaha. Betul la kata orang, wanita ni tak pernah serik. Itu la keistimewaan seorang wanita.
Sekian.... thanks for reading! Semoga dipermudahkan urusan bagi sesiapa yang bakal bergelar ibu. Dan enjoy the moment when u r pregnant, nanti korang rindu! :)
No comments:
Post a Comment