Assalamualaikum.
Harini hari ke 10 berpantang setelah melahirkan bayi pertama kami, Aydin Qayyim bin Ahmad Hazwan. Alhamdulillah.. :)
Sepanjang mengandung, especially di hujung2 pregnancy, aku memang suka baca blog pengalaman orang lain bersalin. Jadi kali ni rasa macam terpanggil nak share jugak pengalaman bersalin sendiri..kot boleh menjadi bahan bacaan bakal2 ibu lain time masa lapang, dan tatapan sendiri masa akan datang..
Kronologi bersalin aku start masa 37weeks.
9 May 2015 (Sabtu) - 37weeks
Harini weekly routine checkup di KJMC. 1st time kena buat CTG sebab kandungan dah masuk 9bulan. CTG ni alat yang pasang kat perut untuk monitor heart beat baby dan kadar contraction si ibu. Kat KJMC, CTG tu buat kat labour room, sekali sesi dalam 20mins. Aku dan husband excited gila masuk labour room. sempat lagi kitorang berlakon situasi bersalin, siap boleh gelak2 lagi. Husband pegang tangan, usap2 kepala dengan penuh emosi konon2 tengah menenangkan aku yang tengah sakit nak bersalin.haha. Yela, tak sakit lagi time tu..seronok la kau belakon kan..
Graf contraction kat mesin CTG tu ada naik sikit2 time perut aku mengeras. Lepas 20mins, masa nurse datang nak cabut CTG tu, sempat tanya kat dia, ni contraction ke atau braxton hicks.. sebab macam pelik kenapa graf naik, tapi tak sakit. Perut je mengeras. Nurse tu cakap, tu adalah contraction. Ok.
Then lepas buat CTG, jumpa my gynae, Dr. Fatima. Dr. Fatima ni la yang monitor checkup aku since 7bulan, dan insyaallah sampai bersalin nanti. Bila doc tengok graf, dia cakap contraction dah ada sikit2. Dia tanya ada sakit2 tak, aku jawab takde pulak sakit..just perut je mengeras.
13 - 15 May (Rabu - Jumaat)
Start daripada hari Rabu, aku rasa perut ni macam makin kerap pulak mengeras. Kalau sebelum ni dalam sehari ada la beberapa kali, tapi kali ni dalam sejam je tak kurang 4 5 kali perut mengeras. Sampaikan aku pun start guna apps contraction timer untuk monitor kekerapan dia. Kadang 10 mins skali. Kadang setengah jam sekali. Kadang tempoh masa mengeras tu lama, kadang sekejap je. Tak konsisten.
16 May 2015 (Sabtu) - 38weeks
Hari ni pergi checkup lg. Sekarang ni appointment memang seminggu sekali. Buat CTG kali ni ada beberapa kali graf naik tinggi.
Masa nurse datang nak cabut alat CTG tu, lame dia tengok graf tu..
Graf atas : heart beat baby Graf bawah : contraction |
Nurse : haa, ni dah ada contraction ni. Tinggi jugak. Sakit tak?
Aku : emm. Tak la sangat, tapi perut keras2 la..
Nurse : Dr. Fatima dah penah cek bukaan bawah dah?
Gulp.
Aku : emm..tak pernah.
Nurse : ok takpe. Boleh keluar dulu..nanti kami akan hantar result pada doktor.
Tetiba cuak. Nape nurse tu tanya camtu? Sebab biasa aku baca blog orang lain, dah sakit2 or ada tanda nak bersalin baru doktor cek bukaan bawah. Time tu dah start tak sedap hati. Tapi maybe nurse tu ingat aku dah dekat nak bersalin kot..tu dia saje tanya. (nak menyedapkan hati).
Tak lama lepas tu, no giliran kitorang untuk jumpa doktor. Masuk2 je bilik, doc tengah tengok result CTG tadi.
Doc : haa, contraction dah ada ni. Kerap jugak walaupun tak berapa konsisten. Jap lagi kita scan baby, lepas tu saya nak cek bawah ye. Tengok ada bukaan ke belum. Sebab contraction dah ada ni..ok?
*sambil doc senyum. Dr. Fatima ni sangat soft spoken dan motherly type. Memang selesa checkup dengan dia.
Gulp! Gulp! Gulp! Perghh nak kena seluk la ni? Dah la aku paling takut sebelum ni 2 benda iaitu bersalin, dan kena seluk.huhu. Yela..sebelum ni dok baca2 pengalaman orang lain je. ada yang kata cek bukaan@kena seluk ni sakit gile, pedih, tak selesa, yang cakap tak sakit sangat dan tak sakit langsung pun ada. So aku yang mane 1 agaknya nanti?
Masa scan, doc cakap air ketuban banyak. Dia cakap dia risau sebab sepatutnya minggu2 akhir macam aku ni, air ketuban dah makin berkurang sebab baby banyak telan. Tapi aku ni tak berkurang2.. normal range 10-20. Tapi aku 26. Huhu.
Doc cakap, baby aku tak engage lagi, sebab air banyak. Baby susah nak turun. Then dia cakap kalau dia cek nanti dah ada bukaan, dia nak tahan aku kat wad, tak bagi balik dah sebab bahaya. Ohmai..
Then lepas scan, berlaku la sesi seluk menyeluk. Husband siap buat peace sambil tersengeh2 lagi kat belakang tu sebab taknak bagi aku gabra. Huhu. Doc suruh rileks, jangan kejangkan kaki. Then dia buat slow2. Phewww. Selesai.. Bagi aku, seluk tu tak la sakit sangat. Sakit dan pedih sikit tapi sekejap, sebab doc tu buat cepat. Doc cakap dah ada bukaan 1cm. What? Huu
Doc suruh datang lagi esok dan lusa. Esok datang buat CTG, isnin datang buat CTG dan jumpa dia skali, dia nak cek lagi. Untuk Isnin, dia akan bagi mc. Sebelum balik dia pesan kalau ada tanda2 bersalin, pecah air ketuban, keluar darah or sakit2, cepat2 datang hospital.
Balik je dari hospital tu, aku dan husband masing2 blur. Betulke dah ada bukaan? Dah dekat nak beranak dah ke ni? Dalam pada cuak2 tu, kami tetap teruskan plan asal kami untuk meronda petang tu. Sebelum tu singgah ofis jap untuk ambik laptop sebab ada kerja tak settle lagi, kot la boleh siapkan sikit2 sebelum beranak..sebab isnin dah la MC. Aku semacam ada instinct rasa yang tak sempat dah masuk ofis minggu depan..
Lepas tu kami ke Quill City Mall, makan2, beli barang sikit, pastu beli seluar maternity. Lama gila sebelum ni cari kat mall lain asek habis stock je, tapi sekarang dah nak beranak baru jumpa seluar tu.haha. Keluar dari situ, kitorang pegi Jakel Mall pulak. Habis tawaf tanpa membeli pape, kitorang pun balik.
17 May 2015 (Ahad)
Pagi ni pegi lagi buat CTG. Graf harini still ada beberapa kali contraction. Tapi tak tinggi sangat. Nurse call doctor, report pasal graf aku la kot..pastu aku dibenarkan balik. Fuhh lega. Risau gak kena tahan wad. Lepas buat CTG tu, makan2, lepas tu balik rumah. Kemas2 rumah sikit sebab hati rasa macam dah tak lama nak bersalin kan..so basuh2 baju, lipat2 baju yang berlonggok, etc..takdela bersepah sangat rumah nanti.
18May 2015 (Isnin)
Pagi ni dalam pukul 8 lebih husband hantar aku ke hospital, pastu dia pegi kerja. Dia tak cuti. Aku pun lepas ambik nombor, pegi la kat tempat buat CTG.. Tapi nurse tak bagi masuk lagi sebab labour room tu tengah occupied. Ada 2 orang tengah bersalin serentak. Labour room pulak memang ada 2 je. Aku pun tunggu la kat kerusi menunggu area luar labour room tu. Time tu nampak ada sorang lelaki dengan sorang makcik yang macam muka susah hati je kehulu kehilir depan labour room tu. Tak lama lepas tu dengar suara baby menangis. Pergghh..aku pulak cuak tetiba. Aku fikir orang dalam labour room tu dah lepas bersalin la tu. Terasa sebijik macam dalam drama. Haha.
Pastu makcik tu tadi macam dah lega sikit kot, dia pun datang duduk sebelah aku. Aku pun tegur la dia, borak2.. rupanya dia dari nogori 9. Menantu dia yang bersalin tu. Lelaki tadi anak dia. Dia cakap, menantu dia tu bersalin anak kedua dah, sampai hospital dalam 7.30pagi tadi sebab sakit sangat, dah 3cm. Pastu aku tengok jam, sekarang pukul 9.30. Waaahh..cepatnye! 2jam je dah beranak? Huhu. Banyak jugak sembang dengan makcik tu, sampai ke teknik meneran pun dia ajar. Haha.
Tak lama lepas tu keluar my gynea, Dr. Fatima dari labour room tu, dia nampak aku, dia terus sapa dan datang kat aku. Tanya keadaan aku ok ke tak hari ni, ada sakit2 tak, pastu dia cakap lepas buat CTG nanti dia nak jumpa. Pastu dia busy balik keluar masuk labour room. Time tu aku rasa cam terharu sikit la..dia tengah busy2 pun sempat gak tego tanya keadaan patient dia yang sihat walafiat ni.haha. Tak dan nak terharu lama2, nurse panggil aku masuk ke 1 wad. Ingat nak kena tahan wad dah, cuak jugak. Rupanya dia bawak mesin CTG tu kat dalam wad, untuk buat CTG dalam tu je..sebab labour room belum kosong lagi. Sempat jugak borak dengan nurse yang pasang alat CTG tu, dia cakap 2 2 patient tu disambut oleh Dr. Fatima tadi, sebab dah memang book dgn dia kan.. dan nasib baik jarak bersalin 2 2 patient tu selang sejam. Sempat la nak bergegas kat sorang lagi. Sepanjang 20mins buat CTG tu, ada la rasa 2 3 kali perut mengeras dengan kuat sampai senak sikit, dan masa tu graf memang naik tinggi. Ada sampai 80. Ada sampai 100!
Lepas settle CTG, aku masuk jumpa doc. Doc tengok result aku, pastu dia cakap dia nak scan baby lepas tu nak cek bukaan. Masa scan, dia cakap lagi air ketuban banyak. Baby belum engage, tapi dah turun sikit. Lepas tu bermula lah sesi seluk meyeluk kali ke2. Kali ni agak sakiiittt berbanding yang 1st haritu sebab doc buat lama. Lepas seluk tu, dia cakap nanti maybe akan keluar darah sikit..huhu. seriau. Dia cakap dah ada bukaan lagi. Kali ni 3cm! Dan serviks (pintu rahim) dah menipis. Yang haritu cek tebal lagi, tapi harini dah menipis. Dia cakap, harini boleh balik rumah, kat rumah nanti banyakkan berjalan, besok pukul 8.30 pagi datang hospital masuk wad, kita nak induce. What??? Terkesima + blur sekejap. Dah la husband takde time tu. Lemah sikit rasa.. aku tanya doc, kena induce? Tak boleh ke tunggu baby keluar naturally je? Sob3.
Doc cakap,
"Kalau air ketuban awak normal, saya tak kisah. Tapi ni air ketuban awak banyak, bahaya. macam2 boleh jadi. Kalau ketuban tu pecah, baby boleh berpusing melintang sebab air yang banyak, dan tali pusat boleh keluar dulu. Kepala dia pun belum engage lagi. Kalau kepala dah engage, at least boleh elakkan tali pusat tu keluar. Kalau tali pusat keluar dulu, baby boleh lemas dan kita tak dapat nak selamatkan baby. "
Lebih kurang camtu la panjang lebar penjelasan doctor sebab nak bagi aku paham. Lagipun sebab aku dah ada bukaan dan dah ada contraction katanya. Aku pun angguk kan aje..walaupun dalam hati time tu tuhan je yang tau.. Keluar dari bilik doctor, aku macam blur. Pandangan aku tetiba jadi gelap dan berpinar sebab tak dapat terima kenyataan yang esok nak kena paksa beranak. Ok itu overr.haha. Yela, sebelum ni hari2 aku berdoa mintak bersalin awal sebelum due sebab taknak kena induce. Orang kata induce ni sakit berkali ganda.. Tak sangka pulak doa aku dimakbulkan untuk beranak awal tapi rupanya ada jugak kes beranak awal pun kena induce.. aku redha..huhu. Lepas settlekan urusan GL kat kaunter untuk proses masuk wad esok pagi, aku pun call husband suruh datang jemput..
Dalam kereta, lepas cerita kat husband yang esok kena masuk wad untuk bersalin, dia pun macam blur. Hehe. Besok dah nak jadi ayah ke? Besok kena start cuti dah la ni? GL untuk masuk wad esok mcmane? Macam2 pikir.huhu. Dan disebabkan harini last boleh makan macam2, dia tanya aku nak makan ape, dia akan belikan. Aku cakap nak Dominos. Haha. Laju je..mentang2 minggu lepas nak makan tak dapat kan..kira balas dendam la..
Sambil makan dominos, masing2 termenung lagi. Haha. Macam tak percaya. Cuak, happy, tak sangka, excited, terkejut, semua perasaan ada. Overr kan. Beranak je pun.. tapi sebab beranak la aku pikir macam2. Mane tau esok aku mati syahid masa lahirkan baby ni? Mana tau harini hari last aku hidup? Huhu. So haritu jugak aku bagitau famili dan kawan2 rapat aku, pastu aku settlekan semua business aku dengan customer yang still pending. Lepas tu aku kemas2 kan baju dan barang2 nak bawak g hospital esok. Barang2 baby semua dah ada dalam kereta, just tinggal barang2 keperluan lain jela yang nak kena pack.
Malam tu lepas husband balik kerja, dia tanya lagi nak makan ape..dia nak bawakkan. Kan best kalau hari2 macam ni.hehe. Aku mula nak makan kfc. Tapi tak jadi.. tetiba teringin nak minum air pelik2 kat Murni Discovery tu. Pergi2, tutup la pulak..maybe sebab Isnin kot..last2 pergi makan kat William je, adik beradik Murni. Sepanjang dalam kereta, perut kerap mengeras dan makin senak setiap kali mengeras tu. Malam tu jugak aku tak boleh tido. Dalam hati aku terfikir, kan best kalau kita tak tau date bersalin bila..takde la cuak2 macamni.
Sebelum tido malam tu tak tau kenapa air mata tak berenti mengalir...sebab? Sebab takut nak hadapi hari esok.. huhu. husband tenangkan aku, dia cakap jangan takut..esok dia akan teman aku daripada awal, sampai habis proses semua. Dia akan ada dengan aku. Lega sikit rasa.. aku usap2 perut..ni last tido bertemankan perut besar..nanti mesti rindu. ni jugak last tido berdua. Lepas ni ada si kecik kat tengah2.huhu. Dan ajaibnya, malam tu aku dapat tido lena, selenanya setelah sekian lama x merasai tido lena macamtu. Sebelum ni tido mesti terjaga sakit pinggang, sakit belakang, pedih ulu hati, baby mengeras, kerap ke tandas, tapi malam tu baby macam tau2 je dia nak keluar esok..dia behave. Tak buat perangai :')
Nanti sambung part 2. Rase dah berjela sangat post ni. Uhuk.
No comments:
Post a Comment