Assalamualaikum!
Tadaaaaa..
Haa cepatkan saya update blog? cepatkan? kan kan? haha. I'm already changed!
Hari ni saya nak share 2nd topic from #chinguchallenge iaitu resepi simple yang saya pernah buat. Sebenarnya.. tak ada resepi pun yang saya boleh kategorikan sebagai simple. Sebab semuanya pakai tenaga..dan kalau dah malas tu, semua pun rasa macam susah, even masak megi pun..hehe..
Tapi saya pilih Resepi Spagetthi Blackpapper ni sebagai resepi yang agak simple berbanding masakan lain sebab ianya memang agak cepat dan tak rumit sangat. Kalau bahan dah tersedia, less than 30 mins dah boleh siap masak. Dan bagi saya spagetthi ni lagi mudah nak disediakan daripada bihun goreng dan nasi goreng. Bagi saya laa..lain orang lain caranya. ye dak?
Nak share sket, history saya start makan spagetthi ni adalah masa jamuan raya kat office aritu. Bos bawak as breakfast. Nampak macam dah sedap je.. saya pun try la...sekali makan, memang sedap! siap bertambah 3 kali tuu..malu i.. ~_~"
So balik, try buat kat rumah pulak. Husband pun suka.. Dan sejak itu, selalu gak la kitorang buat spagetthi ni kat rumah. Saya just prepare bahan, husband jadi chef. (dia pun dah pandai buat dah...) hewhew. Bolognese tak layan dah..
So...lets cook!
Bahan-bahan :
1) 1 paket spagetthi - rebus dan toskan (saya suka pakai San Remo Vermicelli, sebab ia agak halus berbanding spagetthi biasa)
2) 4 ulas bawang merah - dicincang halus
3) 4 ulas bawang putih - dicincang halus
4) lobak - dipotong dadu
5) 4 sudu besar sos tiram
6) 4 sudu besar sos cili
7) 6 sudu besar sos lada hitam
8) 6 batang sosej - dihiris
9) 1/2 lada benggala hijau - dipotong dadu
10) secubit lada hitam - ditumbuk
11) garam dan gula
12) sedikit minyak untuk menumis
**bahan-bahan asas mostly dah sedia ada kat rumah. Jadi setiap kali nak buat, just beli sosej, lobak dan lada benggala je.
Cara penyediaan :
1) tumis bawang
2) masukkan lobak dan sedikit air. Biarkan seketika
3) masukkan segala jenis sos
4) masukkan sosej dan lada benggala
Sebelum masukkan spagetthi |
5) masukkan spagetthi dan kacau hingga sekata
6) masukkan garam dan gula secukup rasa dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi.
7) gaul2, dan... siap!
Spagetthi blackpapper ready untuk dimakan. |
Selamat mencuba ya kawan-kawan! :D
No comments:
Post a Comment