Tuesday, October 28, 2014

#chinguchallenge1 : My Skin Care Routine



Salam n hai semua! I've got the challenge from the Chincu Clan (Piqah) to do blog update based on this topic. 

Ok, kita terus ke main point. Secara jujurnya, saya sebenarnya tak banyak koleksi yang ada untuk di-share-kan pasal skin care ni. Syukur sebab kulit kurang bermasalah. Walaupun pernah jugak la beberapa orang strangers dan orang yang dikenali tanya saya pakai apa untuk kulit muka. Dengan malu-malu saya jawab, 

"saya tak pakai apa2 krim muka, hanya air wudhuk yang ikhlas setiap hari.. :') "

haha! penampo diri sendiri kalau jawab gitu. 


Sebenarnye ada la jugak sejenis dua yang saya pakai hari2.. Let's let's letss cekitdout!


1- Pencuci muka - Dulu2 penah la jugak try beberapa jenis, contohnya macam Garnier,Safi Balqis,etc. Tapi tak sesuai, sebab kulit jadi lagi terhakis dan berminyak. Jadi saya stop. Lepas tu saya try pakai ni:
Safi Mentimun
Sangat ok dengan kulit saya sebab dia rasa macam fresh, dan tindak balas dia lebih neutral. Maybe sebab banyak pakai timun kot.. Tapi sejak ianya habis, dan saya pun asek bertangguh untuk beli yang baru, makanya saya pun lama-lama terlupa akan kewujudannya lalu stop pakai..sehingga ke hari ini.


 2- Krim muka - Haa.. yang ni saya setia pakai, dan sentiasa tak lupa untuk beli yang baru kalau dah habis. hehe..

Krim Shurah
Krim ni saya suka sebab dia diperbuat dpd susu kambing. Saya pakai sekali sehari, dan sikit je, sebagai alas sebelum pakai bedak, as pelembap. Taknak bagi kulit kering sangat since pencuci muka pun tak pakai. Shurah ni produk lama, dan kalau korang perasan, banyak kedai dah tak jual krim ni.. So, bila dah habis tu agak susah la nak cari baru. Tapi kalau beli kat area luar bandar contohnya mcm kat supermarket kat kampung saya tu, insyaAllah ade la lagi.. 

Haa, dan aritu saya pernah try sekali pakai krim muka Safi mentimun, sama brand macam ex-pencuci muka. Krim dia sama jugak mcm krim shurah ni, sebab tu saya try beli. Kot la efek dia sama kan.. Senang sket sebab senang nak cari. Tapi tidak sama sekali..krim tu buatkan muka lagi berminyak. sobs.


3- Bedak -  Ok untuk bedak muka, daripada zaman Mesopotamia dulu saya pakai bedak ni.
Miyami

Compact powder ni beli kat Cosway. Dia ada 2-way foundation. Best bedak ni..tampak natural giteww.


*****


Tambahan bagi topic skin care ni. Make up care pulak..hew hew.



4- Eyeliner - Sejak dah bekerja ni dah pandai melawa..dulu2 tak reti pakai pun celak2 ni..huhu. Sebelum ni banyak jugak jenis celak yang saya try.. tapi yang saya suka dan kekal pakai ialah brand In2it. Eyeliner dia best sebab tak comot. Dan senang nak tanggal. 

In2it Eyeliner
Saya prefer eyeliner jenis macam pensil, bukan yang basah tu. Sebab yang basah tu kalau silap lukis, dia cepat comot dan susah ya amat nak tanggal. Kena pakai makeup remover. malas,leceh dan menyusahkan. 


5- Lipstick - Bab lipstick, saya tak consistent sket. Kejap pakai yang ni, kejap try brand tu..ish3. Tapi yang terbaruuu..I used these:

Revlon Lipstick

Setakat ni saya dah kumpul 3 color. No 3 dari kanan, no 4 dari kanan, dan no 7 dari kanan. 
Ni dia 3 color. Pink-Orange-Red
Dan saya tak suka pakai 1 color je satu masa. Saya akan mix kan. Contoh, saya pakai orange+pink. Bibir akan jadi ala-ala color peach gitteww. Merah+orange, akan jadi merah, tapi a bit slow than merah semata2. Dan kadang2 saya pakai lipstick kaler lain belah dalam bibir, lipstick kaler lain kat bibir luar. Bila rata2 kan, tak nampak sangat ketara beza warna..cuma akan ada tone berbeza. hew hew. Pelik kan? Cubalah..anda pasti rasa kelainannya :p

Lagi satu lipstick yang saya biasa pakai time nak keluar santai2, contoh setakat  keluar g makan je ke, saya pakai lipstick ni. 

Mood magic lipstick
Setakat ni saya ada 2 warna. Oren dan hijau. Tapinye dah nak habis.. :( 
Aritu masa saya beli, orang kedai tu cakap, 

"baik beli banyak2 dik..lepas ni dengar cite lipstick ni dah tak kua da..
dia nak stop kan pengeluaran.."

So sekarang ni probably dah susah nak cari. Lipstick ni yang best sebab die ikut warna darah. Tak nampak sangat pn merahnya. Yang hijau tu pun, nampak je hijau, tapi bila sapu ke bibir, jadi merah2 jugak. Tapi sangat la light.
I loike i loike!



Orait..setakat ni, itu la yang saya pakai sehari2 as my skin care + makeup care. 
Kalau nak try tu, jangan segan silu.. 100% recommended by me!  

Bye and thanks for reading!



1 comment:

Anonymous said...

Izyan ko mempangaruhi aku pakai miyami n revlon hehe, in other words ko bahan ujikaji aku lol :p