Tuesday, June 28, 2011

Kerana kertas itu...

Sekeping kertas yang kejam itu,
telah mengubah keseluruhan emosi dan perasaan aku,
dan merosakkan permulaan perjalanan hariku,
yang mampu membunuh senyuman di bibirku..


kerana sekeping kertas yang kejam itu,
yang kali ke-4 diberikan kepadaku,
hampir menitiskan air mata jernihku,
bukan kerana syahdu atau sayu,
tapi kerana ia datang tak kena waktu,
dan ianya penyebab kejadian2 lain berlaku..


dan kerana sekeping kertas yang kejam itu,
fikiranku serabut tak menentu,
namun aku tidak melatah melulu,
sebab aku pasti ade hikmah disebalik yang berlaku..



Aku akan bagitau ape kandungan surat kejam itu,
dalam post yang lagi satu.







Sunday, June 26, 2011

Konsert belakang rumah

12.35am. Saya baru balik rumah ni, daripada konsert. Ayat ni kedengaran macam saya ni perempuan liar pulak. Takdelah. i went with my family ^^. kat belakang rumah je pon.. Minggu ni saya balik rumah. As usual, ada appointment untuk dental checkup siang tadi.

Petang tadi saya pegi klinik, appointment kol 3 petang. Tapi sampai sana lambat sket, dekat2 3.10 sebab jalan jam, ade kereta eksiden tengah jalan masa odw pegi. Sampai2 je klinik, cuak jugak takut dia dah cancelkan appointment tu, tapi nasib baek boleh proceed lagi. Duduk kejap je kat ruang menunggu, tetibe ada sorang perempuan tu keluar daripada bilik doktor, panggil kuat2..

"Cik Izyan Farhana, sila masuk." 

huh.dalam hati ni terkezut gak, sape la skema sangat ni. Dah la saya je satu-satunya pesakit yang tunggu kat situ. mana ade orang lain dah, tapi dia still panggil dengan penuh bersemangat, siap dengan pronunciation yang betul dan tepat. Selama pegi appointment sebelum ni tak penah lagi ada orang panggil camtu. sebelum ni biasanya panggil nama pendek je. Pastu kita tau-tau sendiri la turn kita kan..
Pastu saya pun pegi la kat bilik checkup tersebut..sampai2 je depan pintu, tengok kat depan bilik ada banyak kasut. Sebelum2 ni kalau masuk nak checkup, biasanya ade doktor sorang, pastu ada pembantu sorang. Takpun, paling ramai ada la 2 orang pembantu dalam tu. tapi kali ni, tengok2 ada ramai gila manusia. macam nak buat kenduri ke apa. ada brape orang tah..sempat lagi saya tercakap kat akak yang berdiri kat pintu tu, 

"eh, ramainye orangg........."


bila saya masuk dalam tu, semua pandang. bila doktor suruh baring kat kerusi check gigi tu, semua berkerumun keliling kerusi tu jugak. rupanya dorang pelatih baru pembantu doktor! malu seyh... -..- doktor suruh nganga mulut luas2, letak pengepit ape tah dalam mulut, semua pun sebok nak tengok.. -..-
gigiku jadi bahan eksperimen rupanya. terherot-herot mulut aku ni dibuatnya. Sebelum ni, kalau nk tergelak2 depan orang ramai pun aku cover2 sebab malu dengan braces ni, ni pulak semua orang tengok aku nganga mulut luas2. tengok dengan penuh khusyuk dan perhatian pulak tu! tapi nasib baik semua perempuan. pastu ade skali tu, ntah cmane tah, ada sorang pembantu tu salah buat apa kat mulut ni, semua pun gelak. dengan aku sekali tergelak. start daripada tu, asek nak tergelak je sepanjang checkup. tapi aku gagahkan jugak kawal. aku fikir positif la, xpe,.. berkorban gigi untuk bantu dorang belajar. ~_~ 


Abes bab dental. dan jauh melalut daripada cerita konsert. Sebenarnya malam besok ada konsert diraja buat kat Temerloh woo! belakang rumah saya pulak tu. Sampai tengah malam, saat post ni ditulis pun dorang still buat reherseal lagi. dah 1.53am kot.. takleh tido sebab bising sangat. Belakang rumah kitorang ni dulu hutan belukar je, semak samun je penuh. selalu jugak la jadi tempat saya buang sampah kalau malas nak pegi buang kat tong besar. Tapi tahun lepas tempat ni di-explore dan di-renovate jadi taman. Taman Kubang Gajah namenye. agak comel la nama tersebut. Kat sini, facilities best. Lengkap la ada padang bola, taman permainan, tasik, surau, ape tah lagi, etc.


So, malam besok ada konsert sempena hari keputeraan Sultan Pahang buat kat sini. Hari Keputeraan yang ke-80. tarikh dah lepas sebenarnya, 24 Oktober. tapi baru dapat sambut kat sini. Dah dekat 3 hari kot dorang reherseal. Malam tadi kitorang pegi tengok.maklum le, saya tak dapat nak pegi real konsert malam besok ='( sebab siang dah balik KL. Meriah gile tadi. Panggil artis macam Rossa, Amy Search, Fauziah Latiff, Haiza, n beberapa orang lagi. Dengar citer, nak invite Rossa je pun dah 20k. wow! Nak beli sebijik Viva pun dah hampir nak lepas tu. Kek besar je pun berbelas ribu. Bunga api lagi.. makan2 lagi..tapi takpelah, tema konsert ni pun Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada. So, bape puluh ribu rakyat pun boleh datang dan tengok free je konsert ni..makan pun free.ok la tu kan..

kanak2 ribena main tolak kerusi
selambe je pakai baju tido, mentang2 belakang rumah jek..
ni pulak khusyuk menghayati bait2 lagu

mulanya saya duduk sini. kat kerusi row first skali..jauh gak dengan pentas.

tapi... tak tau la cmane saya boleh berada kat sini time Amy nyanyi.
Hmm..musykil bukan?
Malam tadi kira raptai penuh la. Amy nyanyi lagu Isabella. lagu legend saya tuu..daripada sekolah rendah lagi minat. sempoi gila.semua orang berkerumun depan pentas.sampaikan tempat MC berucap pun dah jadi kebelakang.peminat pulak dok depan, bertenggek kat pentas. Tadi Rossa tak datang, tapi besok dia akan nyanyi lagu Hey Ladies, Ayat2 Cinta n ape tah lagi.tak tau tajuk. 


Tu je lah kot nak cerita. Tak dapat pegi real konsert, pegi raptai je pun jadi la.. Okkai..Nak tido dulu, pagi besok nak pegi tengok baby! hehe,tak sabo.. sepupu baru bersalin. rasa lame gila tak jumpa mane2 baby, sampai dah lupe cmane rupa seorang baby.. =') 





p/s : tadi kat konsert tu ade orang nyanyi lagu ni, Y.M.C.A. First time dengar. Best! ;)

Thursday, June 23, 2011

Kaki Novel yang tak berapa nak berjaya

Bulan 4 aritu pegi PWTC dengan piQah, aisyah n ciQin,ade book fair. Beli buku tak agak2, skali pegi je dh beli 7 bijik buku..hamek kau. Tamak sangat. Dalam jumlah tu ade 4 buah buku noveL. Dan dalam 4 novel tu, teka brape banyak saya dah habis baca?


tetttt. tepat sekali!


satu pun tak habis lagi! haha. Pelik gak kadang2 tengok orang lain yang boleh habiskan novel dalam sehari je..bukan pelik sebenarnya, tapi kagum.

ciQin, piQah, me, aisyah
Tak tau la ape kena dengan saya ni, saya memang jenis baca buku separuh jalan je. Antara novel yang saya bace separuh je adalah :
1) Manisnya Cinta (beli pas SPM) - beli sebab gambar cover depan dia unik dan macam best
2) Rindu Cintaku (beli 2 3 tahun lepas) - beli sebab ni novel sambungan utk Ombak Rindu dan Cinta...tiada akhirnya.
3) Hati Seorang Wanita (beli zaman matrik kot) - beli sebab sinopsis dia macam best.
4) Aa + Bb (beli kat book fair tahun lepas) - beli sebab ramai member2 kaki novel cakap, ni la n0vel paling best dorg penah bace.
5) Cucur Bawang (beli kat bookfair baru-baru ni) - beli sebab ni antara novel paling laris dijual dan mendapat sambutan hangat dan orang cakap best gile.
6) ade lagi rasanya tapi dah tak ingat tajuk..
7) ....dan baru2 ni, buku yang saya baru je stop bace sebelum sempat sampai ending adalah... novel M.A.I.D

novel ni best sebenarnya. best gile. teruja je nak bace

Sinopsis kat belakang buku : 
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?
                                                           -----   ------  -----

Awal2 baca dulu sangat excited nak tau ending dia. dalam bas, dalam tren odw nk pegi & balik kerja pun sempat lagi baca. tak pedulik dah ape orang kata. tapi sekarang,..hmm
saya tak suka nak baca sangat sebab Haris dalam novel tu baik sangat + romantik sangat.. =') saya kejelesan dan takmau bace dah.
heh. reason yang tak masuk akal. tapi sekarang saya tengah berusaha mengawal kejelesan tersebut dan cuba jugak nak habiskan dalam masa terdekat. ade beberapa bab lagi. chaiiyyok!


kat bookfair baru2 ni. membeli sakan, tapi bacanya tak jugak





 p/s : kat kedai buku The Mall (depan pwtc) ade 1 kedai buku yang jual banyak gila buku2 terpakai, termasuk novel2. berkualiti lagi, nk sewa pun boleh. sesiapa nak jual buku2 terpakai kat kedai tu pun boleyy..


Tuesday, June 14, 2011

The Elves and the Shoemaker

Korang penah dengar tak cite ni?

Ok sebelum tu, Assalamualaikum.
Hari ni sy taknak berpoyo-poyoan dh ckp english yg broken mcm 2 post sebelum ni. Lain kali la pulak. bile sy ade mood, sy akan poyo balik. susah la nk susun ayat sebenarnye..ckp melayu lg senang. =P

Penah dengar citer The Elves and the Shoemaker? atau name yg lagi glamer, kisah tukang kasut dan org bunian?

Yeahh! ni dia buku cerita pertama mase sy umor 5 tahun dulu. mase tu sy ade 2 bijik buku cerita je pon.. buku ni dengan buku Jack dan kacang Ajaib. berpuluh kali khatam woo!

Back to the topic, maybe semua org tau pasal buku ni, kisah bagaimana dua orang kerdil yang membantu Si Tukang Kasut secara senyap-senyap pada waktu malam. Setiap pagi, apabila Si Tukang Kasut bangun, dia mendapati kasutnya sudah siap dijahit. Perkara ini berlaku sebanyak dua malam berturut-turut. Pada malam ketiga, Si Tukang Kasut dan isterinya, akhirnya, sepakat ingin melihat siapakah yang begitu baik hati membantu mereka. Kesudahannya, Si Tukang Kasut pula membalas kebaikan "pembantu kecil"nya itu. (fuhh, susunan ayat yg mantap --")

Dulu2 mase kecik2, lepas bace buku ni selalu jugak la berangan nk jadi mcm tukang kasut tu. berharap ade bunian dtg kat rumah malam2 tolong buatkan kasut ke, baju gaun cantik2 mcm princess ke.. pastu bangun pagi je, sume dah ade tergantung dalam almari.. haha.over. -..-"


Sebenarnya sy bukan nk promote buku ni. tapi just nk share yg hari ni saya dapat kebaikan yg seakan same mcm tukang kasut tu. malam tadi bukak2 je fb, ada org dah siapkan samting utk sy.. benda yg sy tak mintak atau request pun. tapi ade org 'hadiahkan'. Dah banyak kali dh sebenarnya.. Terasa mcm ada 'elf' pulak.hehe. Sebelum ni, org yg sama jugak ada buatkan fesbuk banner utk sy. siap guna photoshop lagi tu, dan lagi special banner tu adelah hasil tangan sendiri.. bukan 1, tapi dah 2 design! maybe sebab dia nampak banner yang saya buat previously tu huduh sgt kot..hoho. malu den ~_~


ni die banner lame. huduh sepang!

Lepas tu, pas tukar banner baru yang orang tu bagi, ade ramai pulak org tanya macamane nk buat, n semalam pun ada org lagi mintak tolong ajarkan. saya pun tak tau sangat cane nak ajar, sebab bukan sy yg buat... tapi ade website yg boleh di refer, just gambar la kena edit sket kalau nk guna gambar sendiri. Ni link dia. FB profile banner


To 'unknown' who may read dis post,
t.h.a.n.k.s for the gift.. :)


banner 1st. cantik sbnrnye, tp lepas sy alter2,
tak tau camane bleh jadi senget camni..
hmm --"

and the latest one..

P/s : Kebaikan yang kita terima secara senyap-senyap lebih bernilai harganya... ;)



Sunday, June 12, 2011

Finally...he is back!

I've been waiting for him quite a long time..
the last time i saw him is in 2010,
and in that moment, he is getting married with a woman he loved
it's too heartbreaking.. .
yet i still waiting for him until now..



Wait!
Who do you have in mind? And i'm talking about Lee Min Ho. 



And btw it’s not that he is getting married in real life, just some plot of the Personal Taste drama last year =P . Tapi bukan sy sorang je kot yg tertunggu2.. Ramai jugak la orang tanya, 


"ape lagi ek citer yang hero Boys Over Flower tu belakon? ^^"


I watched him for the first time as a main cast in Boys Over Flower, which is 2 years ago (2009), and he is getting famous-amous starting from that drama.
And last year he starred as Jin Ho, a gay guy in Personal Taste (2010).
His acting is never disappointing me and now he comeback with a new drama, City Hunter. 




A brief synopsis : Lee Yoon Sung (Lee Min Ho) works at the Blue House’s National Communication Network Team and received his Ph.D at M.I.T. Kim Na Na (Park Min Young), a former judo athlete who works as a bodyguard for the President’s residence, the Blue House. Kim Na Na will eventually be involved in a love triangle with Lee Yoon Sung and prosecutor Lee Joon Hyuk (Kim Young Joo).


The drama is currently airing in Korea, with Episode 6 the latest one. 
My advice is, jangan start tengok selagi citer ni tak habis tayang. Nanti seksa nk tunggu 2 episod setiap minggu. Tunggu dah ade sume episod, baru tengok.hehe.

ni die schedule. akhir julai nanti baru tengok okey


p/s : Sesungguhnya sekarang sy sedang bersedih sebab dah takleh download.  kat sini dah block Mediafire n Megaupload. Duckload yang laju tu pun dh kena banned dgn SKMM. :c


pss : thanks nad sebab tolong update cite ni.



Saturday, June 11, 2011

Covering the chest is the Best!

Have you updated yourself about revolusi tudung2 di Malaysia? And the latest one if im not mistaken is wearing shawl ala Hana Tajima. 


Hana Tajima


Many put Hana Tajima as their idol, fashion icon, blogger icon,etc. She is a halfie (English-Japanese). A fashion designer, and designs her own label Maysaa. She converted to Islam when she was 17. She looks really gorgeous in shawl ain't it? ^^.


Actually girls change their style according to trend isn’t something bad. Its great having yourself thought you look good in latest fashion and it’s good to have such confident to try something new isn’t it? But I don’t know why I can’t find myself fitting well in these worlds of so-called trendy shawl. Yes, can call me being conservative. no offense. -__-


But whatever it is girls, the scarf, the shawl, go on and wear it with your style. Put it on as you like, but most importantly :




Just to promote this campaign. WIR Campaign, stands for Wear It Right. The campaign is not recent but I just read it from sue anna joe. Really like this campaign and i've made an entry just want to show some supports. >.<

After all, people are often mistaken about wearing the right hijab or covering aurat perfectly.


Menutup aurat secara sempurna. It's not easy. It's a process. But for the love of Islam and Allah, let us improve ourselves both spiritually and physically. For those who are wearing the hijab, let's do it right!

Apa kata kita mulakan dengan melabuhkan hijab, shawl, pashmina, scarf, tudung kita biar menutup dada. Hopefully I can commit to this. Sebab aku pon selalu je selempang tudung. It's not nicelah. Dada tu sebenarnya lebih menggiurkan dari rambut.

So do join this campaign! Spread it in your own blog, tumblr, etc. Kalau korang nak print buat fliers pon boleh gambar ni aku bagi kebenaran. Sangatlah dialu-alukan.

Oh by the way, WIR stands for Wear It Right. Hehe. So come on girls, let's do this. Covering the chest is the best!
taken from : sue anna joe


Its not easy to to cover our aurat perfectly. But then as a muslim, we have to obey what have been stated in the Al-Quran..Hijab is one of the commandments of Allah SWT. So don't just be a follower be a believer! dun wear tudung because other people wear it...wear it because of Allah.

Allah (SWT) states in Holy Qur'an

"And say to the believing women that they cast down their looks and guard their private parts and do not display their ornaments except what appears thereof, and let them wear their head-coverings over their bosoms, and not display their ornaments..."



P/S : This message as a reminder for all muslimah out there (and same goes to me.. ;) )



Wednesday, June 8, 2011

Aishiteru..

Lagu ni penah aku carik dulu. Harini baru jumpa.. :D
-OST Cinta Melody-


 Aishiteru (Aku Cinta Kamu) – Zivilia Band


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimi ga tooku ni ite mo
Kimi no omoi ga tsunagaru kara
Shinjiteru yo shinjiteru yo

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Wo..wo..wo..
Wo..wo..wo..a a ai aishiteru


Download lagu ni kat sini :)

Saturday, June 4, 2011

Review - Karak Laluan Puaka

Sebelum ni ade jugak dengar komen2 daripada org yg dah tengok cerita Karak ni.  Kebanyakannya cakap, 


"cerita ni tak seram tapi lawak"


"tak best.."


"ok la tapi boleh diperbaiki.." etc. 


So, semalam kitorang plan nk tengok citer ni pas abes kerja. Mula2 riso gak..kang membazir je kalo tak best. Nak pegi ke taknak.. tapi last2, kitorang pertaruhkan jugak rm8 utk tengok cerita yg dikatakan tak best ni.. Maklumle..laluan Karak tu boleh kira laluan wajib aku nk balik rumah.huu.. So, nak gak tengok gak ape mende misteri kat jalan tu.




Cerita ni pasal 4 org pelajar dlm perjalanan KL-Kuantan yg sengaja lalu ikut jalan lama Karak sebab highway KL-Kuantan jammed, ade eksiden. Dorang taknak terperangkap dalam jammed tersebut, pastu dorang pilih utk lalu ikut jalan lama sebab nk cepat sampai. Tapi dorang tak tau, jalan yg dorang pilih tu la yg akan mengubah nasib mereka...
(suspen tak??haha)


Teringat pulak dalam taun lepas rasenye. kitorg 1 family penah gak lalu ikut jalan lama Karak ni. Masa tu otw dpd KL nak balik Pahang. tengah2 malam gk, sebab ayh ckp saje2 nk cuba lalu jalan lama. Tengah2 malam woo. Memang sunyi gile, takde kereta nak lalu ikut situ. Pastu tiba2, tengah sunyi2 tu, keadaan dlm kereta pun tengah sunyi sepi, my 3rd adik named Aqil tibe2 bersuara dengan nada suspen..


"abg Aqil rasa kan,.. (dia mmg bahasakan diri dia abg Aqil)


macam ade hantu la kat bawah kereta kita.... .. ."




tu diaaa..biler budak sekolah rendah yg takde insuran berkata-kata. Meremang bulu tengkuk! Pastu kitorang gelak2 je, buat tak endah, buat2 tak dengar ape dia ckp.hoho. Alhamdulillah, selamat je sampai umah.. :D


Back to the topic, review cerita Karak Laluan Puaka ni, overall..tak rugi tengok citer ni. Memang yg lawak tu lagi banyak, sebab tu citer ni tak bosan. Tapi yg plg penting, ade moral values yg kita boleh amek dpd citer ni. Ade certain part tu rasa mcm.. perghhh, terasa gila! tersentap gak ar. rasa mcm kena perli pun ade. Contohnya :


1) Baca Ayat Qursi bukan sekadar tahu baca, tapi kena tau maksud dia. Ada antara kita yg memang hafal ayat Qursi ni.lancar je baca dgn bacaan yg betul. Tapi meaning dia? satu habuk pun tak paham. yillek. Ade satu scene dlm movie ni, hantu2 siap mengejek lagi bila perempuan tu bace ayat Qursi.siap boleh main2 kan lagi sbb perempuan tu just tau baca, tapi tak faham langsung terjemahan dia. 


2) Surah2 yg banyak kelebihan dan fadhilat sebolehnya kita try hafal. Contohnya mcm Surah Yassin. Macam yg ada dlm 1 part dlm movie ni, perempuan tu bawak risalah Yassin yg nk dijadikan sebagai pendiding tu kehulu kehilir. Tapi sampai satu time dia kena kacau dengan makhluk2 tu, dia tak mampu nak baca langsung walaupun sepotong ayat. sebab ape takleh baca? sebab hantu tu buat dia nampak kandungan dlm tu blank je. kosong! Hantu2 tu siap gelak2 lagi tgk perempuan tu tak dapat baca. Ni antara salah 1 kelebihan yg kita boleh nampak antara org yang memang bergantung 100% dengan bacaan dpd buku, dengan org yang memang dh hafal surah ni.


3) Ade 1 part lagi tu, hantu tu perli lagi. kali ni perli lagi baek punya. Nak dijadikan cerita, budak perempuan ni antara budak baik la nk banding dengan 3 org lagi kawan dia tu. dia ni pernah masuk pertandingan musabaqah Quran kat skolah dulu2. Tapi bila hantu tu datang kacau, dia lari. Dia yg paling penakut. Hantu nenek tua tu pun siap perli gini kat dia, 


"kenapa lari? kate orang beriman............."




hoho.


Kesimpulannya, hobi hantu2 dlm citer ni adelah perli org.. =P Tapi bagus gak dia ckp cenggitu..kalo tak, kite yg menonton ni takkan sedar..ye tak?
Tapi itu la antara 3 scenes yg aku rasa mampu buatkan aku tersentop. Buatkan aku berfikir, kalau benda yg sama jadi kat aku, aku pun tak reti nk handle camane. Ayat Qursi pun tau certain2 je maksud.tak penah nk amek penting pun meaning dia sebelum ni..maen hafal je. Surah Yassin pun dulu dh hafal, tapi skrg dh lama tak tasmi' balik.. :( mesti ada yg dah tak ingat..


Thanks to Karak, buat aku muhasabah balik. ade certain2 mesej yg director tu nk sampaikan, kesampaian la..bravo! :D


Kat bawah ni aku dh google2 cket Ayat Qursi n terjemahan dia bg sape2 yg tak tahu maksudnya..sama2 la kita muhasabah diri, refresh balik hati.. :)
Wallahualam..




SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.



Terjemahan Ayat Kursi;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)