Petang tadi saya pegi klinik, appointment kol 3 petang. Tapi sampai sana lambat sket, dekat2 3.10 sebab jalan jam, ade kereta eksiden tengah jalan masa odw pegi. Sampai2 je klinik, cuak jugak takut dia dah cancelkan appointment tu, tapi nasib baek boleh proceed lagi. Duduk kejap je kat ruang menunggu, tetibe ada sorang perempuan tu keluar daripada bilik doktor, panggil kuat2..
"Cik Izyan Farhana, sila masuk."
huh.dalam hati ni terkezut gak, sape la skema sangat ni. Dah la saya je satu-satunya pesakit yang tunggu kat situ. mana ade orang lain dah, tapi dia still panggil dengan penuh bersemangat, siap dengan pronunciation yang betul dan tepat. Selama pegi appointment sebelum ni tak penah lagi ada orang panggil camtu. sebelum ni biasanya panggil nama pendek je. Pastu kita tau-tau sendiri la turn kita kan..
Pastu saya pun pegi la kat bilik checkup tersebut..sampai2 je depan pintu, tengok kat depan bilik ada banyak kasut. Sebelum2 ni kalau masuk nak checkup, biasanya ade doktor sorang, pastu ada pembantu sorang. Takpun, paling ramai ada la 2 orang pembantu dalam tu. tapi kali ni, tengok2 ada ramai gila manusia. macam nak buat kenduri ke apa. ada brape orang tah..sempat lagi saya tercakap kat akak yang berdiri kat pintu tu,
"eh, ramainye orangg........."
bila saya masuk dalam tu, semua pandang. bila doktor suruh baring kat kerusi check gigi tu, semua berkerumun keliling kerusi tu jugak. rupanya dorang pelatih baru pembantu doktor! malu seyh... -..- doktor suruh nganga mulut luas2, letak pengepit ape tah dalam mulut, semua pun sebok nak tengok.. -..-
gigiku jadi bahan eksperimen rupanya. terherot-herot mulut aku ni dibuatnya. Sebelum ni, kalau nk tergelak2 depan orang ramai pun aku cover2 sebab malu dengan braces ni, ni pulak semua orang tengok aku nganga mulut luas2. tengok dengan penuh khusyuk dan perhatian pulak tu! tapi nasib baik semua perempuan. pastu ade skali tu, ntah cmane tah, ada sorang pembantu tu salah buat apa kat mulut ni, semua pun gelak. dengan aku sekali tergelak. start daripada tu, asek nak tergelak je sepanjang checkup. tapi aku gagahkan jugak kawal. aku fikir positif la, xpe,.. berkorban gigi untuk bantu dorang belajar. ~_~
Abes bab dental. dan jauh melalut daripada cerita konsert. Sebenarnya malam besok ada konsert diraja buat kat Temerloh woo! belakang rumah saya pulak tu. Sampai tengah malam, saat post ni ditulis pun dorang still buat reherseal lagi. dah 1.53am kot.. takleh tido sebab bising sangat. Belakang rumah kitorang ni dulu hutan belukar je, semak samun je penuh.
So, malam besok ada konsert sempena hari keputeraan Sultan Pahang buat kat sini. Hari Keputeraan yang ke-80. tarikh dah lepas sebenarnya, 24 Oktober. tapi baru dapat sambut kat sini. Dah dekat 3 hari kot dorang reherseal. Malam tadi kitorang pegi tengok.maklum le, saya tak dapat nak pegi real konsert malam besok ='( sebab siang dah balik KL. Meriah gile tadi. Panggil artis macam Rossa, Amy Search, Fauziah Latiff, Haiza, n beberapa orang lagi. Dengar citer, nak invite Rossa je pun dah 20k. wow! Nak beli sebijik Viva pun dah hampir nak lepas tu. Kek besar je pun berbelas ribu. Bunga api lagi.. makan2 lagi..tapi takpelah, tema konsert ni pun Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada. So, bape puluh ribu rakyat pun boleh datang dan tengok free je konsert ni..makan pun free.ok la tu kan..
kanak2 ribena main tolak kerusi |
selambe je pakai baju tido, mentang2 belakang rumah jek.. |
ni pulak khusyuk menghayati bait2 lagu |
mulanya saya duduk sini. kat kerusi row first skali..jauh gak dengan pentas. |
tapi... tak tau la cmane saya boleh berada kat sini time Amy nyanyi. Hmm..musykil bukan? |
Tu je lah kot nak cerita. Tak dapat pegi real konsert, pegi raptai je pun jadi la.. Okkai..Nak tido dulu, pagi besok nak pegi tengok baby! hehe,tak sabo.. sepupu baru bersalin. rasa lame gila tak jumpa mane2 baby, sampai dah lupe cmane rupa seorang baby.. =')
p/s : tadi kat konsert tu ade orang nyanyi lagu ni, Y.M.C.A. First time dengar. Best! ;)
No comments:
Post a Comment