Thursday, June 23, 2011

Kaki Novel yang tak berapa nak berjaya

Bulan 4 aritu pegi PWTC dengan piQah, aisyah n ciQin,ade book fair. Beli buku tak agak2, skali pegi je dh beli 7 bijik buku..hamek kau. Tamak sangat. Dalam jumlah tu ade 4 buah buku noveL. Dan dalam 4 novel tu, teka brape banyak saya dah habis baca?


tetttt. tepat sekali!


satu pun tak habis lagi! haha. Pelik gak kadang2 tengok orang lain yang boleh habiskan novel dalam sehari je..bukan pelik sebenarnya, tapi kagum.

ciQin, piQah, me, aisyah
Tak tau la ape kena dengan saya ni, saya memang jenis baca buku separuh jalan je. Antara novel yang saya bace separuh je adalah :
1) Manisnya Cinta (beli pas SPM) - beli sebab gambar cover depan dia unik dan macam best
2) Rindu Cintaku (beli 2 3 tahun lepas) - beli sebab ni novel sambungan utk Ombak Rindu dan Cinta...tiada akhirnya.
3) Hati Seorang Wanita (beli zaman matrik kot) - beli sebab sinopsis dia macam best.
4) Aa + Bb (beli kat book fair tahun lepas) - beli sebab ramai member2 kaki novel cakap, ni la n0vel paling best dorg penah bace.
5) Cucur Bawang (beli kat bookfair baru-baru ni) - beli sebab ni antara novel paling laris dijual dan mendapat sambutan hangat dan orang cakap best gile.
6) ade lagi rasanya tapi dah tak ingat tajuk..
7) ....dan baru2 ni, buku yang saya baru je stop bace sebelum sempat sampai ending adalah... novel M.A.I.D

novel ni best sebenarnya. best gile. teruja je nak bace

Sinopsis kat belakang buku : 
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?
                                                           -----   ------  -----

Awal2 baca dulu sangat excited nak tau ending dia. dalam bas, dalam tren odw nk pegi & balik kerja pun sempat lagi baca. tak pedulik dah ape orang kata. tapi sekarang,..hmm
saya tak suka nak baca sangat sebab Haris dalam novel tu baik sangat + romantik sangat.. =') saya kejelesan dan takmau bace dah.
heh. reason yang tak masuk akal. tapi sekarang saya tengah berusaha mengawal kejelesan tersebut dan cuba jugak nak habiskan dalam masa terdekat. ade beberapa bab lagi. chaiiyyok!


kat bookfair baru2 ni. membeli sakan, tapi bacanya tak jugak





 p/s : kat kedai buku The Mall (depan pwtc) ade 1 kedai buku yang jual banyak gila buku2 terpakai, termasuk novel2. berkualiti lagi, nk sewa pun boleh. sesiapa nak jual buku2 terpakai kat kedai tu pun boleyy..


2 comments:

Anonymous said...

hehe..saye pun beli 7 8 bijik jgk la..hehe..dan da abes bce sume..cepat yan, habeskan sume..hehe

Izyan Farhana said...

hehe..sedang berusaha!