Sebelum ni ade jugak dengar komen2 daripada org yg dah tengok cerita Karak ni. Kebanyakannya cakap,
"cerita ni tak seram tapi lawak"
"tak best.."
"ok la tapi boleh diperbaiki.." etc.
So, semalam kitorang plan nk tengok citer ni pas abes kerja. Mula2 riso gak..kang membazir je kalo tak best. Nak pegi ke taknak.. tapi last2, kitorang pertaruhkan jugak rm8 utk tengok cerita yg dikatakan tak best ni.. Maklumle..laluan Karak tu boleh kira laluan wajib aku nk balik rumah.huu.. So, nak gak tengok gak ape mende misteri kat jalan tu.
Cerita ni pasal 4 org pelajar dlm perjalanan KL-Kuantan yg sengaja lalu ikut jalan lama Karak sebab highway KL-Kuantan jammed, ade eksiden. Dorang taknak terperangkap dalam jammed tersebut, pastu dorang pilih utk lalu ikut jalan lama sebab nk cepat sampai. Tapi dorang tak tau, jalan yg dorang pilih tu la yg akan mengubah nasib mereka...
(suspen tak??haha)
Teringat pulak dalam taun lepas rasenye. kitorg 1 family penah gak lalu ikut jalan lama Karak ni. Masa tu otw dpd KL nak balik Pahang. tengah2 malam gk, sebab ayh ckp saje2 nk cuba lalu jalan lama. Tengah2 malam woo. Memang sunyi gile, takde kereta nak lalu ikut situ. Pastu tiba2, tengah sunyi2 tu, keadaan dlm kereta pun tengah sunyi sepi, my 3rd adik named Aqil tibe2 bersuara dengan nada suspen..
"abg Aqil rasa kan,.. (dia mmg bahasakan diri dia abg Aqil)
macam ade hantu la kat bawah kereta kita.... .. ."
tu diaaa..biler budak sekolah rendah yg takde insuran berkata-kata. Meremang bulu tengkuk! Pastu kitorang gelak2 je, buat tak endah, buat2 tak dengar ape dia ckp.hoho. Alhamdulillah, selamat je sampai umah.. :D
Back to the topic, review cerita Karak Laluan Puaka ni, overall..tak rugi tengok citer ni. Memang yg lawak tu lagi banyak, sebab tu citer ni tak bosan. Tapi yg plg penting, ade moral values yg kita boleh amek dpd citer ni. Ade certain part tu rasa mcm.. perghhh, terasa gila! tersentap gak ar. rasa mcm kena perli pun ade. Contohnya :
1) Baca Ayat Qursi bukan sekadar tahu baca, tapi kena tau maksud dia. Ada antara kita yg memang hafal ayat Qursi ni.lancar je baca dgn bacaan yg betul. Tapi meaning dia? satu habuk pun tak paham. yillek. Ade satu scene dlm movie ni, hantu2 siap mengejek lagi bila perempuan tu bace ayat Qursi.siap boleh main2 kan lagi sbb perempuan tu just tau baca, tapi tak faham langsung terjemahan dia.
2) Surah2 yg banyak kelebihan dan fadhilat sebolehnya kita try hafal. Contohnya mcm Surah Yassin. Macam yg ada dlm 1 part dlm movie ni, perempuan tu bawak risalah Yassin yg nk dijadikan sebagai pendiding tu kehulu kehilir. Tapi sampai satu time dia kena kacau dengan makhluk2 tu, dia tak mampu nak baca langsung walaupun sepotong ayat. sebab ape takleh baca? sebab hantu tu buat dia nampak kandungan dlm tu blank je. kosong! Hantu2 tu siap gelak2 lagi tgk perempuan tu tak dapat baca. Ni antara salah 1 kelebihan yg kita boleh nampak antara org yang memang bergantung 100% dengan bacaan dpd buku, dengan org yang memang dh hafal surah ni.
3) Ade 1 part lagi tu, hantu tu perli lagi. kali ni perli lagi baek punya. Nak dijadikan cerita, budak perempuan ni antara budak baik la nk banding dengan 3 org lagi kawan dia tu. dia ni pernah masuk pertandingan musabaqah Quran kat skolah dulu2. Tapi bila hantu tu datang kacau, dia lari. Dia yg paling penakut. Hantu nenek tua tu pun siap perli gini kat dia,
"kenapa lari? kate orang beriman............."
hoho.
Kesimpulannya, hobi hantu2 dlm citer ni adelah perli org.. =P Tapi bagus gak dia ckp cenggitu..kalo tak, kite yg menonton ni takkan sedar..ye tak?
Tapi itu la antara 3 scenes yg aku rasa mampu buatkan aku tersentop. Buatkan aku berfikir, kalau benda yg sama jadi kat aku, aku pun tak reti nk handle camane. Ayat Qursi pun tau certain2 je maksud.tak penah nk amek penting pun meaning dia sebelum ni..maen hafal je. Surah Yassin pun dulu dh hafal, tapi skrg dh lama tak tasmi' balik.. :( mesti ada yg dah tak ingat..
Thanks to Karak, buat aku muhasabah balik. ade certain2 mesej yg director tu nk sampaikan, kesampaian la..bravo! :D
Kat bawah ni aku dh google2 cket Ayat Qursi n terjemahan dia bg sape2 yg tak tahu maksudnya..sama2 la kita muhasabah diri, refresh balik hati.. :)
Wallahualam..
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Terjemahan Ayat Kursi;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
cam nk tgk tp takut sbb kang nk balik kelantan, teringat plak... huhuhu...
xde la farra..best je cite ni. klako..hoho
Post a Comment