Showing posts with label Colours of Life. Show all posts
Showing posts with label Colours of Life. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

Dulu lain, sekarang lain

Assalamualaikum n salam sejahtera =)


Lame gile rasenye tak post pape kat sini.
Zaman terasa dah berubah. sy sekarang sedang menjalani fasa perubahan yang sangat ketara. 


wat?? Fasa perubahan??
yup. Fasa perubahan daripada seorang remaja kepada seorang dewasa..weewiittt.hehe. 


Ramai je lagi member2 lain tengah lalui & merasai ape yang sy lalui skrg. Cuma yang beza, tempoh je. Ade yang 3 4 bulan je. pastu boleh balik ke study life yang lama. tapi ade certain2 yang akan kekal camni sampai bile2.. sy la tu =( 
Bagi yang tak merasai lagi, insyaAllah korang sume pun akan lalui perkara yang sama. Sebab sy dolu2 pun asek dengar je senior2 ni citer pengalaman dorang. Tapi tak amek peduli sangat pun, sebab time tu sy merasakan diri ini masih muda remaja. Takperlu amek tahu sangat itu sume..hehe. Sekarang, alhamdulillah sy pulak yg sedang melaluinya.

Ni just nak share beza antara student life, dengan working life. Tapi maybe pengalaman setiap orang tak sama..

  • Kalau dulu, bila start musim exam, kuiz, mesti tensen2. Tapi sekarang, sume tu dh takperlu riso.. takde kuiz, takde exam dah kat sini..

  • Kalau dulu, hari yang boleh dikatakan paling best adelah hari Khames. sebab kat uia, besoknya (jumaat) dh xde kelas. Tapi sekarang, setiap hari menghitung hari, bile la nak hari Jumaat. bila tiba hari Jumaat, hati terasa berbunga-bunga n bahagia je. Indah gile hari Jumaat tu sebab besoknya, (sabtu) dah holiday! wohoho. Bile dah masuk hari Ahad, hati terasa sedey bagai dirobek-robek. MySpace
  • Kalau dulu, hari minggu selalu terasa nak outing. sebab nak menghilangkan tensen studi. (konon-kononnyer..). Tapi sekarang, hari sabtu n ahad la hari digunakan utk tido n lepak kat bilek sepuas-puasnye.. rasa taknak keluar bilik langsung. Inilah antara detik2 yang membahagiakan =')MySpace
  • Kalau sebelum ni ngantuk dalam kelas, boleh lagi la nk melelapkan mata 5 minit, lecturer kadang2 tak nampak.. tapi kat sini kalau ngantuk macamane pun, mata akan sentiasa dibulatkan! Begini --> O_O
  • Kalau dulu, bila kelas stat lambat, pagi2 sengaja bangun lambat gak masa matahari dah agak2 nak tegak atas kepala. Tapi sekarang, keluar pagi2 pergi kerja mase hari still gelap. balik kerja pun hari dah gelap. Tak sempat nak jumpe matahari.
  • Kalau dulu, bila dah bangun lambat, sure tak breakfast dah. terus tunggu lunch je. Sekarang, breakfast adelah antara makanan yang wajib. Hampir tiap pagi beli nasik lemak n kuih karipap depan ofis. hehe
  • Kalau dulu2, bila nak dengar lagu mesti pasang mp3, tak pun dengar radio hot.fm or era.fm. Sekarang, kat opis konfem tiap pagi sampai petang kitorang akan dengar Sinar.fm! iaitu Radio rasmi kat sini. Jiwa akan sentiasa terasa muda di alam 80-an..huhu
  • Kalau dulu2, tido mesti dalam kol 2 3 pagi. Tak pun, stay sampai subuh terus. Setakat kol 11 tu terase malam sangat mude. Sempat lagi berfoye-foye dengan kawan2 mahalah (piQah, Gee, Aimi, Aisyah, Atif, SiQin, wani) tengok movie ramai2. kadang2 tengok citer antu sambil tutup muka dengan bantaL.MySpace (rindu la nk spend mase dengan korang.. =( ) Sekarang, bila jam dah 12 lebih... "hmm..selamat malam dunia.."
  • Kalau before ni, kawan kat sekeliling, kat kelas, kat mahalah, sume member2 lebih kurang sebaya. Kalau x matured, x matured la sume. Bergelak je tiap masa. Sekarang, kawan2 baru kitorang ade pelbagai range usia. Tak bley dah la nk buat perangai gila-gila.
  • Kalau dulu, celik2 mate sebok tengok notifications kat fesbuk. malam2 sebelum tido pun wajib on9 dulu. hidup macam xlengkap je kalau tak online.. ish., taksenonoh la korang ni.   
Sekarang, fesbuk pun xleh bukak selalu. Malam2 kat bilek, sejak tukar mahalah ni, internet slow ya amat. Nak bukak fesbuk pun kdg2 tak lepas. Setakat on9 bace blog member2 tu boleh lagi, pastu terus tutup. Kat opis ni plak, ade certain time dia block. Kalau nak reply komen fesbuk pun, boleh reply through emel je. Blog pun kena block! tapi tak tau nape 2 3 hari ni dah bleh bukak pulak. huhu. gumbira. 
Haa..ni nak share ni. Kepada sape2 yang kat tempat kerja dia dah block fb, korang still boleh keep in touch dgn kwn2 kat fesbuk. Still boleh reply komen2 hanya melalui emel je. x payah sign in fb. ;)


Lain orang, lain2 pengalaman. Tapi kat atas ni la antara perubahan2 yg sedang sy lalui sekarang. Menuju ke alam kedewasaan.(dewase la sangat...)hoho. Mula2 memang rasa macam susah nak adapt. Sekarang pon, still in learning process nak menyesuaikan diri dengan life baru. Tapi sebenarnya sume tu benda yg positif. yelah. Contohnya bangun awal, tido pun awal. masa makan teratur, belajar bergaul dengan orang yg pelbagai usia, etc. Sume benda yang baik2 kan. 


So kepada kengkawan yang same2 start kerja @ bakal dapat kerja @ praktikal macam sy , all the bez korang! selamat menghadapi life baru. Kalau sebelum ni kita berada dalam kepompong yg same je, sekarang la masanya kita kenal dunia sebenar.  
Rase cam poyo lak ckp gini.haha. Tapi siyes ni.. kalau ade sape2 nak share ape2 pengalaman korang kat sana, or nak tambah pape, sila2 la share.. sangat2 dialu-alukan.. :D

Wednesday, May 4, 2011

Belajar vs Bekerja

Salam.

"Blaja vs Keje. Mane lagi best?"  <--- Soalan yg biase orang tanya.

Sebenarnye harini hari 1st sy stat praktikal. Malam sebelum tu, nerves macam ape je.huhu. Tapi nasib baek ade kawan yg dapat same2 kat sane, iaitu PiQah. So malam tu kitorg dok discuss la ape barang patut bawak. Maklumla, tak penah pegi keje.. 


Banyak gak barang2 yang tak perlu bawak, tapi kitorang bawak. Pastu time lunch kena perli dengan staff2 kat sana, (dengan nada gurauan yg sopan :)  )


"Besarnya beg.. bawak ape la tu.."
"Duit besar sangat agaknya..haha"


-___-"


Lagi satu, kitorang bawak softcopy notes2 mase pergi keje tadi..hoho. Rajen bukan?? Terpaksa rajen sebenarnye. sebab dalam acceptance form tu tulis, kitorang punya task ade kaitan dengan programming. Tapi habuk pun tak ingat. ingat la jugak, tapi perlukan revision.jadi, untuk langkah berjaga2, kami bersepakat membawa berkat untuk membawak sume softcopy notes2 kat dalam pendrive. Nanti, kalau ade kerja ape2, senang ade rujukan. Mula sy ingat nak bawak hardcopy je..senang cket.tapi budak2 ni gelak pulak. Pastu tak jadi la bawak..

Besoknya, (iaitu pagi tadi), tepat jam 7pagi dh kuar bilek. Padahal masuk keje sepatutnya kol 9pg-6ptg. Awal gile keluar. Semangat bukan?? Terpaksa bersemangat sebenarnye. sebab kitorang tak tau jalan..hehe. Pastu, hari ni jugak 1st time guna rapidPass Pelajar. kad ni baru je dibuat minggu lepas. kad ni murah sket. setiap bulan bayaran dia fix. Rm100 untuk tren dengan bas. Tapi kad itu sengaL. -..-


ade ke patut dia tulis student IIC (international islamic college), instead of uia??
Grrr...


Habes bab kad. Sampai kat stesen Ampang Park, kitorang sesat kejap. Pegi jalan ikut jalan jauh. Tapi masa dalam keadaan kesesatan tu kitorang sempat gak la beli kuih singget. Masa tu awal gila lagik. Baru jam 8.20pg..so duduk2 la kat kerusi kaki lima, makan2 dulu.. (panjang la pulak cite ni.terase macam menaip cerpen dah ni) 
Kesimpulannya, sepanjang bekerja harini, keje kitorang melangut je. takde keje langsung!..hoho. keje hari ni sgt rilex. on9 dpd pagi sampai petang sebab person in charge yg akan ajar kitorang tengah becuti.. Staff kat sini siap tolong bukak kan pc soh kitorang buat pape yang patut sementara takdo kijo..hehe. nak bukak fesbuk segan, tapi taip belog tak segan.. =P

piQah yg sedang bz meng-online =P

Tapi ada 1 la disadvantage kerja kat sana. Iaitu penggunaan bahasa. Company tu fully Malay, bercakap pun konfem la BM. kadang2 rasa jeles dengan certain company yg still guna english untuk communicate dengan staff. Boleh gak improve vocab ke, grammar ke kan. Kalau tak guna english, alamat berhabuk la BI kitorang nanti. pasni nak ajak piqah speaking la kat bilek..huu


TAPI..important lesson for today. Hidup kat tempat orang ni memang kena pandai sesuaikan diri. kena rajin bertanya, dan maniskan mulut untuk bertegur sapa. Bila bergaul dengan staff2 yang averagenya umur 30++, terase diri ni pun terpaksa jadi matang tiba2. Bercakap pun kena susun dulu kata2 sebab takut tak sesuai atau tak kena mase. Sepanjang hari ni baru kenal 7 8 orang staff, termasuk akak lady tea yg rajin bg air pagi petang, and kak Ita yang sangat peramah. Dia satu-satunya staff yang teman kitorang pegi makan, pastu tunjuk ajar environment kat sini. pastu ade la beberape org lain lagi.

Rasa susah nak mulakan relation yg baru kat environment yang totally new. Nak pegi bersalam2, berkenal-kenalan, takut kaco orang tengah buat keje. Dorang sume tengah bz, kitorang bedua je yg free..
Secara overall, pegi bekerja ni sangat lah memenatkan.(hatta takde task sekalipun) Kalau 2 taun lepas sy penah cakap kerja lagi best dpd belajar, arini dengan konfidennya sy tarik balik ayat tersebut. Belajar lagi best! Sejauh-jauh perjalanan nak jalan kaki pegi kelas, jauh lagi nak jalan pegi ofis! -__-


Jalan kaki dpd bilik nak pegi tunggu bas dh 15mins. Tunggu bas, dan naek bas g putra dah setengah jam. Berdiri dalam tren dekat setengah jam. Jalan kaki nak pegi ofis dh 10 minit. Camtu la rutin harian stat daripada harini. Betul la senior2 cakap, org bekerja ni macam takde life. Celik mata, pegi keje. Balik keje, kol 10malam dah ngantuk nak tido. Bangun pagi besok pegi keje lagi, pastu balik, pastu tido lagi. Satu hari nanti, agaknya sy pegi keje, tak balik2 dah. tido sane lagi senang. =')

Mood : I missed my study life! wuwuw. Y_Y Dulu2 mase tension study especially utk exam, terase nak cepat2 je grad.nak keje. Tapi bila dah merasa alam pekerjaan ni, tiba2 rase nak sambung master kat luar negara. hoho..gedik bukan?? Tak gedik. Itu azam yg bagus. :D


Sy pun tak paham ape sy taip ni. dah mamai. ok lah. nak pegi tido, besok pagi nk pegi keje. Selamat malam.. Thanks for reading! Salam.. :)


P/s : Try la dengar lagu 2 lagu ni. Gara2 citer sinetron Indon, i'm currently addicted to both of it.


1) Rindu Setengah Mati
2) Biarkan Aku Jatuh Cinta

Tuesday, April 26, 2011

FYP dan Restoren Arab

Salam.. :)


Apa kaitan antara Final Year Project (FYP) dan Kedai makan orang Arab??


1) FINAL YEAR PROJECT
Ya, tepat sekali. memang takde kaitan. Sebenarnya, dalam post A.I.T lepas, sy ada bgtau sy kena balik awal daripada camp kan. Sebenarnya sy balik awal sebab ada showcase untuk FYP. Showcase ni boleh dikatakan fasa terakhir la untuk melengkapkan FYP, selain kena siapkan report & kena present depan outsider. Showcase ni lebih kurang mcm pameran tertutup kat Conference Room. Wakil2 dpd company luar, dgn beberapa lecturer luar dijemput utk evaluate hasil kerja kitorang. Tempat petame-ketiga dpt hadiah berapa ratus tah. Saguhati RM50 pun ade gak.


Advisor kitorg cakap, showcase start jam 9pg - 1 ptg. Jadi, dlm kol 8 pg sy pun bergerak la dpd Hulu Langat. Nak dijadikan cerita, tunggu punya tunggu, turn sy no 19 out of 23. Dlm kol 3 ptg baru dpt present utk showcase tersebut..lama sgt2 menunggu. Y_Y Nasib baek ada banyak makanan free.
Kalau main Inspire Ceria Hey pun sempat lg sebenarnya.. Masa penyampaian hadiah pulak, kitorg tak dpt pape..tumpang hepi dari jauh je..sob3


(untuk showcase ni, kena bawak poster sendiri. Buat, and print sendiri. Saiz A2. RM20 satu! nasib baek mdm offer nak kelim balik..hehe. ingat nak bergambar kat poster aritu, tapi terlupa pulak. Jadi takde la gambo..)




2) MAKAN2 KAT KEDAI ARAB


Habis showcase, madam cakap nak belanje anak2 buah yg buat FYP under dia.
Mula ingat taknak pi, sebab nak g bookfair..tapi lepas pikir masak2, lastly g jugak. Lunch besoknya kitorg pegi 2 buah kereta kat Taman Melawati. Lupa pulak name kedai tu ape, sebab namenye pelik banget..huhu


Tapi nama makanan sy ingat! :D
Chicken Mandy - RM 17 satu.
Dalam gmbar ni disediakan utk 5 org.


Sy taktau nak pilih ape senarnya, sebab name dia sume mcm pelik2. Pastu semua orang order nasik mandy ni, dan sebab name dia pun macam familiar dan tak brape pelik kalau compare dengan yg laen,.sy pun ikut je.. 


"Mandy satooo!" =P


Ade gak lamb mandy. Rm20 satu. Dorang cakap nasik ni guna Basmati Rice..sebab tu halus.


Fatoosh - RM 7
Kami pegi ber-10. Termasuk madam :)


Thanks madam, belanje beratus2 untuk kitorg. Habis dah FYP, Alhamdulillah, sangat2 lega. Selama ni hidup tak tenang je bergelumang dengan FYP ni..hoho.


Owh, lupe nak tambah. Malam habis showcase aritu, Aimi, ex-roomate kat Matric tiba2 ajak jumpa sebab nak belanja makan. (rezeki murah pulak akhir2 sem ni..semua org nak belanje. hehe)
Aimi datang mahallah bawak hadiah. Dia ckp hadiah bestday tahun lepas lupe nak bg. Thanks Aimi


Comel kan! tapi tak bg nama lagi..
Itu je nak share kali ni. Wassalam.. =)

Sunday, April 24, 2011

A.I.T - Not just a training camp

Assalamualaikum wbt..


A.I.T (Advanced Intensive Training). Final phase training yg wajib dilalui sebelum seseorang tu dapat green light untuk turun sekolah sebagai fasilitator Kelab Inspire. Camp ni diadakan setaun sekali je.. bagi yg terlepas A.I.T kali ni, boleh tunggu lagi 2 semester akan datang. =)

A.I.T kali ni baru je habis. Alhamdulillah.. (18-21 April) kat Lubuk Manggis Hulu Langat. Mencatatkan rekod peserta lelaki teramai setakat ni, 21 org. Total sume participants 68. Camp kali ni memang havoc la! Sume aktif2. Ada 1 slot baru je di hari yg kedua, adik2 baru ni dh buat sketsa yang dah same level dengan culture night..hoho..memang sporting habis! (time talk dgn abg Umar). Tapi yang kesiannya, baru2 sampai je dah kena denda dengan CC. But its ok, thats what we called memories right. =')

Camp 4 hari 3 malam ni memang pack. Slot start dpd awal pg sampai la malam. Tapi alhamdulillah, semua bagi kerjasama yg baik. To all committees, and participants, you're really great! nak taruk gamba banyak2, tapi..sy tak beli cd lagi.. :(  rugi lak x cilok sekeping 2 gambo dpd multimedia crew aritu..huu
Tapi, 1 benda yg paling terkilan, bukan lah sebab takde gamba.. Tapi sebab sy tak sempat bersama2 dengan program ni sampai closing. Tak sempat nak join Inspire Ceria, tak sempat nk join Pintu Gerbang, dan tak sempat tengok adik2 ni berbai'ah.. Program habis petang, tapi awal pagi dh kena rushing balik UIA sebab ada hal yang lg penting. 

Kepada adik2 Inspire batch 11, akak harap semua dapat kekal bersama Inspire, sebab seramai 68 orang yang ada dalam A.I.T ni, belum tentu bilangan ni kekal sampai ke penghujung. Dan, betulkan niat masing2 supaya setiap langkah kita dalam kelab ni dapat keberkatan..insyaAllah.. :)

This A.I.T reminds me to the previous one. 

ADVANCED INTENSIVE TRAINING 2010 (as a trainer)
Last day A.I.T taun lepas
LDK tepi sungai..
Group yg dinamakan Synerdina

sgt kecik di situ,. =')

Sekarang, adik2 group Synerdina taun lepas dh jadi komiti AIT taun ni.. =) termasuk 3 org dh jadi trainers utk taun ni..(Kamil, Ain, Fatihah) 


ADVANCED INTENSIVE TRAINING 2009 (as a participant)


1st LDK
muka blur habis! haha
nisa n naza.. same2 lukis logo group
skrg nisa dh jadi DnT Inspire yg berjaya.
naza dh jadi S/U Gen yg digeruni..hoho
Pizentation group Super Junior!
teruk kena hentam dengan senior. =P
LDK tengah2 hutan, dalam air
habes LDK, kaki semua kecut mcm org tua..hehe
survival.. ntah ape jadik dengan nasik kitorang time tu..
tapi taun ni sy jadi juri tak bertauliah utk survival AIT.. hoho =_="
yg ni tak payah ckp...semua pun tau maen ape.. :P
p/s : nisa, awat hg sedey sgt?? 
Setiap yg melalui A.I.T pasti ade tersimpan kenangan yg tersendiri. Bagi sy, A.I.T bukanlah sekadar camp training fasi. Tapi kat sini banyak mengajar erti disiplin, daya tahan fizikal n mental, hidup berkawan yang tak boleh pentingkan diri sendri, dan paling penting SABAR..


kat A.I.T ni la kitorang 

  • tido dalam khemah yg lenjun dengan air hujan. 
  • baju se-beg yg basah kuyup,
  • pegi practical turun sekolah dlm keadaan baju tudung berkedut
  • hampir lupa erti mandi yang sebenar..uhuk, 
  • denda kena berenang dalam paya sebab tak ingat name CC, 
  • guling2 kat rumput, 
  • makan dlm masa 3 minit yg hampir nk tercekik (sampaikan penah terfikir nak simpan makanan dlm poket seluar sebab tak habis mkn. hehe.)
  • duduk 'mcm tunggang motor' yang mcm nk patah pinggang, dan yang paling best, 
  • belajar meragut rumput. hoho..
Tingat lagi kata2 CC time tu, masa tu kitorg tengah dalam  keadaan pamping. Pastu abg tu cakap lebih kurang gini, 
"aku nak, lepas ni masa angkat kepala, masing2 ade rumput kat mulut masing2..kalau takde, siap r! "


Dengan rakus sume orang meragut rumput guna mulut..haha. Ade tu, sampai tak buang2 rumput kat mulut sebab takut. Nak tergelak bila ingat balik. What a memory..dulu2 bengang je rasa. Sekarang bila teringat, rase nak tersenyum je.. :')
mane boleh dpt lagi experience camtu. Hanya di A.I.T. Titik permulaan sy sayangkan Karisma@Inspire dan kekal sampai sekarang. Ukhuwah yang ada mcm sebuah keluarga, yang menjadikan hati ikhlas dalam menjalankan amanahNya.. Semoga ukhuwah yg ada akan kekal selamanya..InsyaAllah. :)

Friday, March 25, 2011

Selamat Tinggal Campus.. T_T [Part 1]





Petang tadi baru abes presentation EOP
dalam cls td baru teringat samting..

"ni kelas last aku rupenye!"


Sebelum datang class pg td, mood happy bukan maen sebab hari last pegi cls kan.. besok luse tak payah g kelas dah. yeayy!


tapi bila teringat ni kelas last..hmm




tetibe rase macam..


Yelah, tadi kelas last untuk sem ni. sem ni pulak sem last belajar kat sini.


lepas ni takde dah keluar masuk dewan kuliyah ni..
takde dah nak borak2 dengan kawan dalam kelas..
takde dah nk present kat depan cls dengan kengkawan..
takde dah sebok2 nak print assignment beberapa minit sebelum kena hantar..
takde dah sebok2 study last minit untuk quiz esok hari..
takde dah malam2 buat discussion dengan groupmates sebab nak siapkan project..
takde dah nak cuak2 kira attandance bape kali dah ponteng class.


selamat tinggal campus life.. =(


cepatnya 4 tahun..
cepatnya 4 tahun..
cepatnya 4 tahun..
cepatnya..!!
(genap 4 kali aku repeat. membuktikan betapa cepatnya 4 tahun berlalu)




today make me revise on the 1st day we came here
pertama kali jejakkan kaki ke 'Taman Ilmu dan Budi' ni..
Taaruf Week (1st day)
walaupun masing2 still blur dengan life baru..


1st and 2nd 2week kat sini :
-Nak cari kelas pun tak jumpa, kena tanye senior2 kat tepi jalan.
-Jalan nk balik bilek pun boleh sesat. -__-"
All those things i will keep as valued memories.. :)

Walaupun selalu kadang2 ngantuk dalam kelas, jasad je berada di kelas tapi roh dah balik bilek, kadang2 jugak sebok kira brape minit lagi lecturer ni nak berenti lecture, etc..itu sume dh jadi kenangan.


Liza, me, Gee
Teringin nk pesan pada junior2 yang still ade bebarape sem lagi kat sini. Hargailah tiap detik korang melangkah nk pegi kelas, sebab selama 4 tahun ni je korang berpeluang belajar sama2 dengan kawan dalam 1 tempat. 
Bila masing2 dah kerja, dah ade haluan sendiri nanti, masing2 balik kampung halaman masing2..xde dah nak jumpa tiap2 ari macam sekarang.
Kalau ikutkan rasa malas, memang semua orang malas nk belajar.malas nak pegi kelas.
Tapi bila fikir yang semua pengalaman ni cuma sekejap sgt, sesuatu yang korang takkan dapat retrieve balik pada masa akan datang,
korang cuba la hargai sebaik mungkin k ;)


Banyak lagi nak kongsi semua kenangan2 dpd awal sem masuk sini sampai lah akhir sem. Dpd pasal kelas, club, mahallah, dan especially kwn2 kat sini. nanti lah, insyaAllah in the next part. 


your class
❤ your lecturer
 your buddies




*special THANKS to the 'Garden of Knowledge and Virtue' for give me such a precious moments here!
KOMAO!!! T_T

Thursday, March 3, 2011

Pengembaraan 24 jam [F.O.D]


Assalamualaikum..
F.O.D?? 

It stands for Friends Outing Day. Bersempena dgn final year ni.. pasni susah dh nk gather2 kn..ni kira mcm percutian kitorg la..hehe. yg joinnya 11 org, mmber2 dpd 1st year.. [atif, aimi, gee nafisah, kam, liza, izyan, wani che 'azhar', piqah, siqin, ain, n aisyah..] :)
Xigt sape punya plan asal..tp alhamdulillah, sume berjalan lancar. tp sume x ikut plan! 
Cdgnye cani, ni tentatif asal kitorg..

Tentative Friends Outing Day (F.O.D)

Date : 26 February 2011
Time : 5.30 PM (Saturday) – 7.00 PM (Sunday)

5.15pm: Set your mind (get ready ye….)
5.30pm: Gather at your nearest spot
5.45pm: Departure
6.15pm: The arrival of F.O.D. member; check in, rest little bit and etc
6.30pm: Tour
7.30pm: Maghrib prayer (Imam: Aisyah)
8.00pm: BBQ session + Game + Isya’ prayer (individual)
11.00pm: Exchange present + Photography session
12.00am: Disperse + Al-Mulk recitation + girl’s pillow talk (hoho)

5.00am: Qiamullail (Imam: Kamsiah)
6.10am: Subuh prayer (Imam: Pqah)
6.30am: Self preparation
7.15am: Aerobic + Stretching
8.00am: Treasure Hunt (not confirm yet)
9.40am: Prepare breakfast together-gether
10.00am: Enjoying the nature + swimming
1.30pm: Zohor prayer (Imam: Izyan)
2.00pm: Photography session + Games
4.50pm: Asar prayer (Imam: Aimi) + packing to go home
5.30pm: Departure
6.00pm: Pit-Stop to eat Chicken Rice “Penyet”
7.00pm: Departure to IIUM



haha..gempak kan. oleh sbb selalu sgt join program, program yg x rasmi ni pun come out dgn master plan yg tersendiri..huhu.. Destinasi asal kitorg sbnrny adalah kt J**g** L***e. (xleh sebut name ni kat sini, sbb dorg ni semua anti dgn nama ni sampai sekarang.. sebab ape anti?? hanya kami yg tahu...hehe)
tapi lain yg kitorg plan, lain yg jadik.


petang sabtu.. simpan2 barang dlm kete sbb dh nk gerak dh. sume muka heppi.. :D
ni piQah..my rumet. bawak beg AF tuuuu...haha. time dia bwk beg, kitorg ramai2 nyanyi "percaya..pada diri..pada azam dan keyakinaaaann.." hehe, maklumla dh nk tersingkir kn.. hoho, jgn mare piQah.. :P



ni aimi.. wlupun paling last turun dan paling lambat.. tp siket pun x rasa bersalah. tengok muke dia.. hePpi jerrr... (sori mi..haha)

yeahhh..sampai! di J**g** L***e..

time ni sume hepi lagi.. sebab xtau ape yg bakal jadi

kan, kan.. tengok. nampak x.. muka dah berubah..huhu
inilah dinamakan senyuman paksaan.. 

ini dia sebabnya. bukan sebab Kamsiah. tapi sebab pintu tu,, mls nk citer panjang2 nape dgn pintu tu.. Kam pun dah buat muka..huhu

penantian satu penyeksaan. satu kebosanan.

ni peserta ke-12 kami. join secare ad-hoc..

sian Kam.. menanti batu belah yang bertangkup.. :(

nak dipendekkan cite, dah malam.
hanye kami yg tau ape jadi kat J**g** L***e td..hoho

yang berlalu biarkan berlalu.. perjalanan tetap diteruskan~
eceyh..haha


next station. Taman Tasik Titiwangsa :D

berkelah + berBBQ kat sini





tengok ni pun dah lapa.. T_T

pengalaman 1 malam kat sini cukup mendewasakan (kami yg masih muda ni)..hoho.mcm2 jenis manusia kitorg jumpa








lepas makan, bergerak semula..
 x tau nape antara banyak2 kedai, gambar kedai ni jugak yg dorg amek.. 


pagi ahad.. sesi bertukar2 hadiah.. sorg kena beli 10 adiah..huu


Ni aisyah bagi..comey kan..mcm kitorg..
hwah2


thanks korg!  :)


perjalanan diteruskan.. jangan tanya berape orang dalam satu kereta ni. yang penting, kami bahagia! haha
tengok muka wani, selesa je kan..huhuk

next destination...

main air!! hoyeahh :D


ade AJK Sandwich yg buat breakfast utk kitorg..bahagia betul hidup..huu



walaupun sume jalan x ikut plan,.tapi bercuti dengan korang memang best!!
FOD season 2, kat Lost World of Tambun.. c0ming soon insyaAllah.. ^^, 
Buat sume sahabat2 yang ade dalam gmbar kat atas ni, ade 1 lagu nak dedicate kat korg.. 

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia…


❤ korang (。◕‿◕。)