Sunday, May 15, 2011

Dulu lain, sekarang lain

Assalamualaikum n salam sejahtera =)


Lame gile rasenye tak post pape kat sini.
Zaman terasa dah berubah. sy sekarang sedang menjalani fasa perubahan yang sangat ketara. 


wat?? Fasa perubahan??
yup. Fasa perubahan daripada seorang remaja kepada seorang dewasa..weewiittt.hehe. 


Ramai je lagi member2 lain tengah lalui & merasai ape yang sy lalui skrg. Cuma yang beza, tempoh je. Ade yang 3 4 bulan je. pastu boleh balik ke study life yang lama. tapi ade certain2 yang akan kekal camni sampai bile2.. sy la tu =( 
Bagi yang tak merasai lagi, insyaAllah korang sume pun akan lalui perkara yang sama. Sebab sy dolu2 pun asek dengar je senior2 ni citer pengalaman dorang. Tapi tak amek peduli sangat pun, sebab time tu sy merasakan diri ini masih muda remaja. Takperlu amek tahu sangat itu sume..hehe. Sekarang, alhamdulillah sy pulak yg sedang melaluinya.

Ni just nak share beza antara student life, dengan working life. Tapi maybe pengalaman setiap orang tak sama..

  • Kalau dulu, bila start musim exam, kuiz, mesti tensen2. Tapi sekarang, sume tu dh takperlu riso.. takde kuiz, takde exam dah kat sini..

  • Kalau dulu, hari yang boleh dikatakan paling best adelah hari Khames. sebab kat uia, besoknya (jumaat) dh xde kelas. Tapi sekarang, setiap hari menghitung hari, bile la nak hari Jumaat. bila tiba hari Jumaat, hati terasa berbunga-bunga n bahagia je. Indah gile hari Jumaat tu sebab besoknya, (sabtu) dah holiday! wohoho. Bile dah masuk hari Ahad, hati terasa sedey bagai dirobek-robek. MySpace
  • Kalau dulu, hari minggu selalu terasa nak outing. sebab nak menghilangkan tensen studi. (konon-kononnyer..). Tapi sekarang, hari sabtu n ahad la hari digunakan utk tido n lepak kat bilek sepuas-puasnye.. rasa taknak keluar bilik langsung. Inilah antara detik2 yang membahagiakan =')MySpace
  • Kalau sebelum ni ngantuk dalam kelas, boleh lagi la nk melelapkan mata 5 minit, lecturer kadang2 tak nampak.. tapi kat sini kalau ngantuk macamane pun, mata akan sentiasa dibulatkan! Begini --> O_O
  • Kalau dulu, bila kelas stat lambat, pagi2 sengaja bangun lambat gak masa matahari dah agak2 nak tegak atas kepala. Tapi sekarang, keluar pagi2 pergi kerja mase hari still gelap. balik kerja pun hari dah gelap. Tak sempat nak jumpe matahari.
  • Kalau dulu, bila dah bangun lambat, sure tak breakfast dah. terus tunggu lunch je. Sekarang, breakfast adelah antara makanan yang wajib. Hampir tiap pagi beli nasik lemak n kuih karipap depan ofis. hehe
  • Kalau dulu2, bila nak dengar lagu mesti pasang mp3, tak pun dengar radio hot.fm or era.fm. Sekarang, kat opis konfem tiap pagi sampai petang kitorang akan dengar Sinar.fm! iaitu Radio rasmi kat sini. Jiwa akan sentiasa terasa muda di alam 80-an..huhu
  • Kalau dulu2, tido mesti dalam kol 2 3 pagi. Tak pun, stay sampai subuh terus. Setakat kol 11 tu terase malam sangat mude. Sempat lagi berfoye-foye dengan kawan2 mahalah (piQah, Gee, Aimi, Aisyah, Atif, SiQin, wani) tengok movie ramai2. kadang2 tengok citer antu sambil tutup muka dengan bantaL.MySpace (rindu la nk spend mase dengan korang.. =( ) Sekarang, bila jam dah 12 lebih... "hmm..selamat malam dunia.."
  • Kalau before ni, kawan kat sekeliling, kat kelas, kat mahalah, sume member2 lebih kurang sebaya. Kalau x matured, x matured la sume. Bergelak je tiap masa. Sekarang, kawan2 baru kitorang ade pelbagai range usia. Tak bley dah la nk buat perangai gila-gila.
  • Kalau dulu, celik2 mate sebok tengok notifications kat fesbuk. malam2 sebelum tido pun wajib on9 dulu. hidup macam xlengkap je kalau tak online.. ish., taksenonoh la korang ni.   
Sekarang, fesbuk pun xleh bukak selalu. Malam2 kat bilek, sejak tukar mahalah ni, internet slow ya amat. Nak bukak fesbuk pun kdg2 tak lepas. Setakat on9 bace blog member2 tu boleh lagi, pastu terus tutup. Kat opis ni plak, ade certain time dia block. Kalau nak reply komen fesbuk pun, boleh reply through emel je. Blog pun kena block! tapi tak tau nape 2 3 hari ni dah bleh bukak pulak. huhu. gumbira. 
Haa..ni nak share ni. Kepada sape2 yang kat tempat kerja dia dah block fb, korang still boleh keep in touch dgn kwn2 kat fesbuk. Still boleh reply komen2 hanya melalui emel je. x payah sign in fb. ;)


Lain orang, lain2 pengalaman. Tapi kat atas ni la antara perubahan2 yg sedang sy lalui sekarang. Menuju ke alam kedewasaan.(dewase la sangat...)hoho. Mula2 memang rasa macam susah nak adapt. Sekarang pon, still in learning process nak menyesuaikan diri dengan life baru. Tapi sebenarnya sume tu benda yg positif. yelah. Contohnya bangun awal, tido pun awal. masa makan teratur, belajar bergaul dengan orang yg pelbagai usia, etc. Sume benda yang baik2 kan. 


So kepada kengkawan yang same2 start kerja @ bakal dapat kerja @ praktikal macam sy , all the bez korang! selamat menghadapi life baru. Kalau sebelum ni kita berada dalam kepompong yg same je, sekarang la masanya kita kenal dunia sebenar.  
Rase cam poyo lak ckp gini.haha. Tapi siyes ni.. kalau ade sape2 nak share ape2 pengalaman korang kat sana, or nak tambah pape, sila2 la share.. sangat2 dialu-alukan.. :D

5 comments:

Encik Bulan said...

kalau dulu duit ada yang hulurkan, sekarang duit kene cari sendiri huhuhu~

Everlasting Eternity said...

huhuhu~~
kalau dulu,wat keja ada kwan2...
sekarang kna blajar brdikari...

klu dlu laptop on 24 jam...
skrg,nk tgk laptop pon dh x lalu...huu~~

klu dlu 24 jam mendownload ja...
skrg nk mndownload apa pon xdan dh...
any update pon x ikot dh...huu~~

pnjang x perkongsian aku?=P

Izyan Farhana said...

encik bulan : betol sangat la tu..huhu

nad : ye, sangat panjang. boleh buat post baru dah tu.hoho. tp nasib bek aku keje kat sini ade kawan skali..hehe. xlah buat keje sorg2

Everlasting Eternity said...

huhu~~ untung la ko...
wuuu~~ bla nk abeh praktikal nie?
aku nk blik UIA...sob3...

Anonymous said...

Kak, ade ke untuk pelajar wat repeat? Means, ambil asasi semula lepas result asasi keluar.