Sunday, May 15, 2011

Info mengenai Pusat Asasi UIA bagi pelajar baru

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.. ;)


Kalau tak salah, baru2 ni result matric dengan UPU dah keluar. Tahniah pada sume yang dh dapat tawaran untuk menyambung pengajian. Pada time ni, mesti ada yang still dalam dilema nak pilih yang mane satu, matric atau UPU. Ada jugak yang still tak dapat mana2 tawaran lagi. Kepada yang tak dapat mane2 lagi, insyaAllah akan tiba jugak nanti. Rezeki Allah ade di mana2.. ;)


Kepada adik2 lepasan SPM yg dapat tawaran kat Pusat Asasi UIA, korang akan register lagi 2minggu (28 Mei 2011) kan? Firstly, tahniah diucapkan kat korang! =) Selamat menjadi warga UIA. Welcome to The Garden of Knowlege and Virtue. 


Sebenarnya post ni ditulis sebab ade request daripada adik2 yang nak pegi register kat UIA tak lama lagi. Nak tahu lebih lanjut pasal UIA katanya,hehe. Cara belajar, pengalaman mula2 masuk pusat asasi, kos2 kat kampus Gombak, Kuantan, etc. Okai, kat sini akak (sy bahasakan diri sebagai akak ye) nak share sedikit sebanyak info n pengalaman selama 5 tahun lebih berada kat UIA ni. 


Untuk pengetahuan adik2, UIA ni ada 4 campus :


1) UIA Gombak - main campus. bagi programmes seperti Law, Engineering, IRK, Human Sciences, BENL(English), BAR(Arabic), ICT, Economics dan Architechture (KAED)
2) UIA Kuantan - bagi programmes Medical, Pharmacy, Bio & Physical sciences, Nursing, Dentistry, and Allied health science.)
3) CFS/Pusat Asasi Petaling Jaya - untuk semua Sciences Programmes
4) CFS/Pusat Asasi Nilai - untuk Arts Programmes - (BEN, Human Science, BAR, Islamic Revealed Knowledge, and Economics)


Centre for Foundation Studies (CFS) / Pusat Asasi  UIAM
"The Gate of Garden Knowledge and Virtue"




-Sebelum ni, CFS ni dikenali sebagai IIUM Matriculation. Tapi sejak zaman akak dulu, nama ni dah ditukarkan jadi Pusat Asasi. Ok, kita pegi step by step soalan yang biasa orang tanya.


Berapa lama kena belajar kat Pusat Asasi?
- Setiap orang berbeza, dan perkara paling penting nak tentukan korang akan berada bape lama kat sini adalah 2 exam ni. Korang akan menduduki exam ni masa awal2 masuk nanti.
  1. English Placement Test (EPT) dan 
  2. Arabic Placement Test (APT). 
Grading dia ada 6 level (level 1-paling rendah, level 6-paling tinggi) ataupun Exampted-tamat. (Tak payah belajar dah). Biasanya yang starting dengan level 6 atau exampted, korang akan jimat la cket tempoh belajar kat sini. Dalam setahun atau setahun setengah je kat CFS. Pastu boleh sambung kat Gombak atau Kuantan. 
Kalau yang takde basic Arab tu jangan riso2. Ramai je yang tak belajar Arab sebelum masuk sini. Masa exam tu nanti ada je yang masuk2 just tulis nama kat paper exam, pastu cukup syarat duduk dalam tu 15 minit, then keluar.hehe. Bagi yang ada basic Arab, soalan yang ditanya adalah Bahasa Arab Komunikasi :)


Klik untuk download sample EPT
Klik untuk download sample APT
* pasni boleh la try buat exercise cket. ;)


- Satu lagi exam yang korang kena ambik, exam Tilawah. Korang akan di tanya pasal tajwid dan kena hafal surah2 pendek. Kalau yang pass, korang akan masuk Study Circle, atau lebih dikenali sebagai Usrah. Selebihnya, akan masuk kelas Fardhu Ain. 
- Salah satu beza UIA dgn matric lain, kat sini dia dah offer dengan specific course. kalau kat matric, xde specific lagi kan.. Tapi kat CFS ni still boleh lagi kalau ade yang nak tukar kos. Tapi awal2 nanti kena apply la, dan mencukupi syarat2 yang diperlukan untuk kos tersebut.


Registration day?
- Nanti masa 1st day masuk Pusat Asasi UIA, korang sume akan register kat AMF (Al-Malik Faisal Hall). InsyaAllah tak sesat, sebab ada ramai akak2 n abang2 komiti yg baik2 belaka akan menyambut dan meng-usher korang sume nanti. Daripada car park, sampai lah ke bilik baru masing2. :D
tapi kalau takut gak sesat, ni dia gambar AMF Hall.

- Sistem registration dia tak lame langsung. Akak aritu masuk2, kejap je duduk, dah siap. Sebab dia ade banyak kaunter. Nanti lepas dah register dan dapat kunci mahallah, boleh la terus check in. 
- Kat UIA ni, kolej2@hostel yang bakal korang menginap dipanggil "mahallah". Jom kite berkenalan cket dengan mahallah2 ni. =D
Umar Al-Khattab College (UKC)

Abu Bakar College (ABC)

dulu, mahallah ni dikenali sebagai Umar Al-Khattab 2 College (UKC 2).
Sekarang ni wallahualam..

dis is my mahallah! =D
Zainab Jahsy College (ZC)

Khadijah College (KC)
ni satu-satunya mahallah yang ade lif. sebab tinggi bebenor =P

Aisyah College (AC)
- Setiap mahallah ada disediakan cafe. Dun wori, harga sume berpatutan.. ;) Facilities pun baguih..ade yang ade gym, court, CC, kiosk (kedai runcit), tempat nengok tv, dan sekarang ni dengar cite dah ade wiFi. Untung la korang. zaman akak dulu, nak men tenet kena pegi lab or cc je..huhu.

Taaruf week? 
- Minggu pertama korang masuk, akan ada taaruf week lebih kurang seminggu. Best taw. nanti ade banyak la briefing pasal kos masing2, pasal management kat UIA, life campus, tour dalam UIA, bai'ah, etc. Time tu baru korang akan lebih clear pasal life kat UIA ni. Ade medical checkup jugak. So, jangan lupe bawak result x-ray yang beso tu k.
- Lagi 1 yang paling best, nyanyi lagu CFS IIUM. Ni antara lagu feveret nih.. Lyric dia sangat meaningful. Nanti sila nyanyi dengan penuh bersemangat ok! kalu nak prektis awal2 pun boleh, taip je 'CFS song' kat youtube. =P


Macamane cara belajar kat UIA?
- Kat sini kita ada concept carry marks. Sama macam tempat lain. Maknanya, setiap kali lecturer bagi assignments, quiz, presentation, midterm exam, adik2 kena buat betul2 la. Sume marks tu akan di bawak ke final sem nanti. 
Carry marks + final exam = cgpa.

1 benda yang special lagi kat UIA ni berbanding U lain, student akan diberi kebebasan nak susun schedule sendiri daripada awal sem, sampai la habis belajar. Daripada tahun pertama, sampai tahun akhir. maksudnya, boleh pilih :
  • nak ambik berapa subjek setiap sem? 
  • nak amek subjek apa?
  • nak amek kelas pukul berapa?
  • nak belajar dengan lecturer mana?
  • hari apa? etc. 
Best kan? Kalau kat sekolah, kite kena ikut jadual yang sekolah dah susun, kat sini semua benda kita boleh tentukan sendiri. So, kalau taknak kelas pagi, boleh pilih kelas petang2 ke, tengahari ke, malam pun ada. Tapi korang kena pandai2 la susun. Kena plan baik2, dan start daripada 1st year dah kena plan untuk entire study kat sana. *tapi kebebasan nak susun schedule ni adelah masa kat main campus nanti..


Boleh bawak transport tak kat UIA?
Kalau kat Pusat Asasi nanti, tak perlu bawak kenderaan. Kelas dengan mahallah tersangat la dekat. Intai kat tingkap pun boleh nampak bumbung kelas.hehe. Tapi kalau kat main campus nanti, boleh la bawak motor start daripada 1st year. Kereta pulak diberi keutamaan pada 4th year je, sebab tempat parking terhad. Bas pun disediakan. Tapi biasanya orang jalan kaki je, sebab kitorang student uia ni kebanyakannya sume gagah perkasa nak jalan kaki. =P


Co-curiculum activities 
Nanti bila dah masuk UIA, join la mane2 club or persatuan. MRC (Mahallah Representative Club) ke, BRC ke, kalau kat main campus nanti lagi la berlambak. Debating Club, Fasilitating Club, Gamelan, etc. Kat sini takde orang dah nak push kita masuk or join mane2 persatuan macam kat sekolah dulu. Jadi terpaksa la kena involve kan diri sendiri. Kalau kita join ape2 program, kita akan dapat merit (lebih kurang macam pointer la) akan di masukkan dalam akaun cocuriculum kita. Jadi kumpul la banyok2 yerk.


Adik2 boleh tengok2 website ni : http://www.iium.edu.my/cfs/student-services-1 .Dia ada list kan contoh2 co-curiculum activities kat CFS nanti. Ada banyak sangat academic-based societies, martial arts club, sports and recreational club, etc. Tapi semuanya bergantung pada rajin or malas kita je nak join ataupun taknak.



Apa uniknya UIA ni berbanding U lain?
Setiap unversiti ade keistimewaan masing2. Tapi kalau kat UIA, antara keistimewaannya :

1) Bahasa pengantara yang digunakan totally English. Time belajar dalam kelas, time nak consult dengan lecturer, kat ofis atau department mane2, kalau nak tanya ape2 biasanya memang guna English. Ni salah satu cara dapat improve penggunaan bahasa inggeris, sesuai dengan job requirement skrg. Guna broken English pun takpe, asal berani cuba..hehe. 

2) Kat UIA, selain belajar subjek2 mcm Sciences, Math, Physics, etc, kita akan belajar basic Arabic, English, dan beberapa kos berkaitan Islamic, sebab UIA ni nak menyeimbangkan ilmu duniawi n ukhrawi.
Memang ade yang akan cakap, 

"huh? kenapakah aku kena belajar Arab??"

hehe, akak dulu pun tertanya2 benda yang sama. Tapi bila dah belajar, baru realize dan rasa bersyukur sangat2 dapat peluang belajar bahasa Arab. Kalau sebelum ni bila baca Quran tak faham meaning dia, atleast sekarang baca Quran boleh faham certain2 perkataan. Tak banyak, cket pun jadi la.. 

Contoh Islamic subjects yang kena belajar kat CFS IIUM :
Understanding Islam, Religions in Malaysia, Basic Themes of Quran. 

Kalau kat Main Campus Gombak :
Islamic Worldview,  Islam Knowledge and Civilization, Ethics, dan jugak Methods of Da'wah.

3) Skill courses yang ditawarkan kat main campus UIA semua best2. Contohnya :
  • Skill sewing,                               
  • swimming, 
  • cooking, 
  • counselling skills, 
  • archery, 
  • automotive, 
  • photography skills, 
  • recreation skills, 
  • family management and parenting, dan banyak lagi. 
nanti korang boleh pilih sesuka hati nak ambik yang mana. 


Kat atas tu adelah list skills yang akan diajar kat main camp nanti. Kat CFS ade jugak club2 yg lebih kurang camtu, contohnya :

  • Adventure Club (ARC)
  • Swimming Club
  • Cycling Club
  • Archery Club

4) Kat UIA menerapkan unsur2 Islam dan mementingkan dress code. Sisters diwajibkan bertudung n menutup aurat tak kira la nak pegi kuliyah mahupun pegi bersiar2. 

5) Haa..lagi 1. Kat sini menggunakan panggilan brothers and sisters. First time guna dulu janggal gak. rasa kelako je. tapi lama2 nanti korang akan biasa.. :D 

"tumpang tanya sis.. "
"brother, bla bla bla... " 

6) Semua pelajar diwajibkan stay in-campus, kecuali yang ada sebab2 tertentu, sebab setakat ni UIA still boleh afford semua student untuk live in campus. Kalau kat certain2 universiti, pelajar2nya kena menyewa kat luar, dan kalau nak duduk dalam campus kena apply. Kat sini terbalik. Nak duduk luar UIA yang kena apply. Maybe sebab UIA nak menjaga kebajikan student2 dia kot..taknak kita sume susah2 duduk luar.huu~

7) UIA has the highest number of foreign students. Tapi nanti korang jangan pelik lak kalau tak jumpe foreigner kat CFS tu nanti. Macam akak masa mula2 masuk aritu la,, jenuh carik omputeh kat sana.haha. kat CFS memang tak ramai sangat foreigner. Tapi kat main campus nanti memang sangat berlambak. Nanti korang boleh la berkenal-kenalan dengan dorang, belajar bahasa dorang ke, untung2 nanti dorang ajak korang balik kampung diorang..hoho. 

 Dan last pesanan:
  1. Nanti kat sana pandai2 bawak diri dan pilih kawan2 yang baik.
  2. Nanti kalau ade yang dapat elaun daripada KPM (Kementerian Pengajian Tinggi), memang best ar. 1st time pegang duit sendiri beribu-riban. Tapi kena pandai berjimat-cermat, sebab kat main campus nanti takde sape dah nak bagi kita elaun banyak2 camtu. Melainkan dapat tajaan JPA, etc.
Okey, itu saja nak share. Hopefully info yang tak seberape ni berguna dan dapat membantu.. =)
Kami kat main campus ni menantikan kedatangan anda semua.. ;)
Ini dia pintu gerbang yang korang semua akan datang 2 minggu lagi. 
Welcome to THE GATE OF GARDEN KNOWLEGE AND VIRTUE!
Till then, ganbatte! 



117 comments:

Muhammad Farhan Aminudin said...

Bagusnya akak ni..huhu..
nice sharing...

Izyan Farhana said...

hehe..trimas abg paan.. ;)

.najihah. said...

sekarang ni UKC2 tu mahallah aisyah (yg kat belakang tu).
yang kat depan sebelah postguard tu mahallah fatimah azzahra (tp utk brothers)..

Izyan Farhana said...

tulah. dengar cite dh tukar name dia..thanks for the info najihah =)

adik c0mel said...

haha,,baguih2..best la akak punye bl0g..ney syg kat akak ney..haha.=p senyum kambing..h0ho~

Izyan Farhana said...

adik comel jaezah adlina, thank u my adek..hoho
wish u all the best in uia ;)

Teman Sejati said...

thans 4 da info sis!!!cam xsabo je nk dftar...hihi

Soon-to-be cfs iium student said...

Thanks a lot for the info! Can't wait to register this 30th may ^^

Izyan Farhana said...

teman sejati & soon-to-be cfs iium student :

welcome.. =)
bawak2 besabo adik2. ade 2 mggu lagi ni..prepare brg2 penting2, surat2 yg kena bwak, kemas2 beg dulu okei..hehe

zephyrz said...

kat cfs ade gak foreigner.tp x ramai..kos engine mgkn x de..econs ade je..lbh kurg 5~10 org 1 batch..

Izyan Farhana said...

zephyrz, thanks for additional info =)

زليخا said...

tQ akk ats info nih..
memnag sgt berguna..

ummi nur said...

thousands of appreciation goes to akak..
i really enjoy reading this article + memang berguna . banyak sangat info yang dapat saya explore . huhu .
thanks a lot yeah . c yaa =)

Izyan Farhana said...

Zulaiqa : u r welcome =)

ummi nur : okeh. no problemo dik. c yaa jugak! hehe

Everlasting Eternity said...

ish...prihatin btoi la akak nie...^_^
nnti cita psai course kta plak..
rmai dok ty ni...haha~~ =P

anyway...uia nk tmbah lg 1 campus g..
kt johor...campus pagoh...
n dngaq kta campus di nilai nk ttup plak dh...=P

FamousLight said...

sis , thanks for this info .. hehe~

Nadirah Aziz said...

info yg cukup berguna..thanks..^,^

Anonymous said...

kalau skor.. masa asasi.. degree boleh dpt biasiswa x?
uia bagi? atau apply sendiri?
thnx. =)


_nur_

Izyan Farhana said...

nad : hg pulak cite pasal kos kite..huhu

syahirah & nadirah : its ok.. ^^

nur : time degree nanti boleh apply biasiswa, bukan uia bg. kita apply sendiri mcm dpd jpa ke, company2 besar mcm maybank, proton, sime darby,n byk lagi. kena rajin tgk2 iklan la. tp akak x sure dia tgk result dpd pusat asasi or time degree nanti.

Anonymous said...

thanks akak,,,, huhu.. best plak rase.. x sabo plak nak mengalami kehidupan asrama balik.. hehe...

Anonymous said...

kak...tumpang tnye...
lw dpt jpa ,,
xleyh amek bantuan asasi dary kpm tu ke aek..??
sy blurr la kak...tlg sy...

Nan said...

thanx2!! Will be there 10 hri lg...huh!!

Anonymous said...

kalau x pandai baca al-quran? :(

Anonymous said...

akak...paling lame kat cfs ni brape tahun.. saye ade dgr 2 tahun setgh.. betul ke??

Izyan Farhana said...

anonymous 1 : biasanya elaun KPM tu akan dpt time kat cfs nanti bg sesiapa yg layak.. yg biasiswa JPA pulak biasanya adik2 boleh apply masa dah masuk main campus nanti.. kesimpulannya :
kpm - available time kat cfs
jpa - available time amek degree :)

Izyan Farhana said...

anonymous 2 : kalau xpndai baca quran, nanti myb dia akan bg kelas tilawah/kelas fardhu ain, sesuai dgn kemampuan n potensi masing2. akak pun xpasti dik. wallahualam..

Izyan Farhana said...

anonymous 3 : biasanya paling lama 2 tahun je.. yg 2taun stgh tu jarang sgt.. myb sebab diorang ade yang failed certain subjek n kena repeat.sebab tu extend lebih cket..

Anonymous said...

thnks akak,,,,
info akak byk membantu... ^_^

Nudisham Amar Syafiq said...

thanks for that info...but i'm really2 scare...hope get roommate with good attitude...seram2..

cik beLLanan said...

rindunya dekat pj! ;)

MuhammadSidqi said...

assalamualaikum.. very well written here :)

cuma nk tambah sket, uia sekarang ada 6 kampus semuanya yg beroperasi (tak termasuk pagoh, chenor, gambang, dan bandar enstek nilai - yg masih dlm perancangan & pembinaan).

selain 4 kampus yg dinyatakan, ada 2 lg kampus tuk postgraduate, iaitu ISTAC di taman duta damansara, dan IIIBF juga di damansara.

congratz btw :)

dak kolej said...

sis,tnye cket.apt n ept tu bpe lme time dy kc nk jwb?

Everlasting Eternity said...

haha~~ kejap...perlukan idea dan ketenangan...=P

Anonymous said...

slm..kalu asasi sains fzkal..after that mnjurus kpd engineer ke? cntoh nak apply electrcal engineer..bole?

Izyan Farhana said...

MuhammadSidqi, thanks 4 ur additional info. really appreciate it ;)

dak kolej : x bape nak ingat la dik, tp klu xsalah, ept 3hours, apt 2hours

Izyan Farhana said...

Anonymous : sc fizik ni biasanya pengkhususan dia more to maths, statistic, etc. tp xtau la still boleh nk apply utk engin ke x. klu nk lebih lanjut, tgk web ni
http://www.iium.edu.my/cfs/programmes-courses-0

Anonymous said...

nak tau course structure bila ambik degree dlm allied health sc ngan sc hayat bley x?

Anonymous said...

assalamualaikum kak...brilliant info,,hehe
tp kak,ad bnde laen ag yg sye nk tau...sal mahallah n byk ag r...
1 dorm bpe org?
l.top bley bwak ark?
bantal,cadar,,2 sume kene bwak sndiri ke?

Anonymous said...

salam??sye amek asasi bi...mule2 kan ad test(EPT & APT)so,,,kene amek dua2 ke??

nurulsyuhada said...

salam kak..kalo xjwb pape lam APT, xpe ke?
EPT ngan APT ni juz utk mnntukan brape taon kte stdy je kan??n last,mark APT n EPT ni gabung ke?
sori r kak,,,sye ni mmg byk tnye..(new student)
arap akak bley bg yg dtail erk??

Izyan Farhana said...

Anonymous 1 : course structure utk allied health dgn sc hayat akak xtau la..akak x amek kos tersebut..hehe. nnti masa taaruf, insyaAllah akn ade briefing utk setiap kos.

Izyan Farhana said...

Anonymous 2: kat uia x pggl dorm. biasanya panggil bilik je. kalau mahallah sister, 1 bilik 4 org..klu brother akak x pasti..
klu ade lptop, bwak la..boleh je bawak, tp pndai2 la jaga. cadar ngn bantal kena bwak sendiri. tilam je provided.. :P

Izyan Farhana said...

Anonymous 3 : yup. kena amek 2 2 exam, utk menentukan bape lama kita study kat sana nanti.

nurulsyuhada : klu ada basic arab, try la jawab.. :) aah, apt ngn ept nk tntukan bape lama study, n level brape kita starting untuk ambik english class. markah x gabung..apt utk tentukan class arab, ept utk tentukan english class.

to all - all the best sume! ^^

Azza Azman said...

ej ISTAC tak termasuk eh..

blog yang buruk (T_T)

Raf said...

boleh tolong balas kat www.facebook.com/qeifar ??

Saya nak tahu lah berapa banyak sebenarnya CFS course kat UIA??

Anonymous said...

salam.
akk leh tak bwt info psl uia kuantan pulak. takot lak nk msk kuantan bulan 2 ni :(

Izyan Farhana said...

Rafieq : nnti try cek website UIA ek. sbb akak pun xpasti.. Course yg ditawarkan mungkin berubah dan bertambah mengikut masa. so bleh refer kat sana utk info yg latest..

Anon : huu..akak pun xtry pegi lagi UIA kuantan. jgn la takot2,.insyaAllah sume kan baik2 saja di sana.. eceyh..hehe

Shasya Yasmin said...

thanks kak :) boleh sy buat persediaan sebelum masuk uia nanti..insyaAllah :)

mira filla -asmk- said...

nk tnye..tyme asasi perlu laptop x?

#perlu kn sokongan moral msok uia..hehe

Unknown said...

Assalamualaikum..sis..hehe
best bace artikel ni..

nk tye ni..
mcm mner dy tentukan ahli bilik?berdasarkan kos ke rawak je?dlm satu bilik sume satu batch ke ader senior junior?

next,yes..tyme asasi laptop ni guna x?

lagi2,pakaian tyme keluar . ada pakaian sendiri o bebas asal menutup aurat?

[apa lagi eak?ty ada saya tanya lagi ea..hehe]
[p/s : kalau dah rep inform kt bLog sy ea..sy dtg sini blk ]

>.<

Nasuha Syukri =) said...

assalam kak..

sy pelajar lepasan spm 2011

sy dpt twaran course Allied Health Science kt UIAM

sedih gak la sbb sy harap dpt masuk UIAM utk course Dentistry..

kalu sy amik asasi ni 6ti degree sy sambung ape?

Izyan Farhana said...

kat pusat asasi ni, mase akak dlu, xpakai sgt pun laptop..
kat main campus nanti perlu..
tp depends jgk.. ade jgk certain2 assignment nanti yg kne submit bertaip, bukan handwriting. =)

Izyan Farhana said...

utk roomate, biasenye die letak by batch. tp sistem skrg xtau la kalau dh berubah.. tapi dalam 1 bilik, x semestinya same kos sebab randomly je dia tentukan.. kalau ade yg sama tu, rezeki la kot, bleh studi same2.. =)

pasal laptop tu, akak dh jwb kat komen atas..hehe

utk attire masa outing, bebas. xde pakaian rasmi pun..huhu.. tapi mesti tutup aurat and no jeans, no ketat2.. :)

Izyan Farhana said...

nasuha, firstly, dun wori.. sbb kat pusat asasi uia ni, kalau nasuha ade intend nak tukar kos, boleh je.. =) nanti ade prosedur2 die kalau nk apply tukar kos.. tapi akak xpasti awal2 masuk dh boleh apply atau kne tnggu 1 semester dlu utk die tgk pencapaian cgpa kita dlu..nanti try la tny kat opis ke, cane prosedur n syarat2 die..

utk Allied Health ni pun bgus je sbnrny..die ade bahagian optometri, radioterapi,.ce try refer kat link ni http://www.iium.edu.my/kahs (kat bahagian department) :)

Unknown said...

ouh..mcm tu..oke kak..thanks a lot..~ :)

Siti Hajar said...

assalammualaikum sis,
first terima kasih tuk blog ni.. informative sgt.
ermm..nk tanye..
lepas asasi.. pljar dpt x bantuan biasiswa selain jpa??

Anonymous said...

assalamualaikum sis, nk tanye pasal dress code dkat cfs uia, dia kata masa dftr pakai tdg putih..means tdg bawal atau mcm tdg jahit sekolah tu..lps tu dia kata kt sana mse nk gi klas kene pki tdg plain shj..so, tdg corak2 xbolehla??..

Anonymous said...

assalamualaikum kak....nak tanya pasal arab tu..saya da lama tinggalkan bahasa arab ni dan saya nak masuk uiam bulan 6 ni..kalau belaja asasi bahasa inggeris pon kene belajar jugak ke arab..kalau nak tolak subjek tu boleh x?? lepas tu soalah tilawah die susah x?? saya tajwid ni x berapa mahir!!

Izyan Farhana said...

wslm..
lepas asasi, selain dpd jpa, ade lagi company2 swasta yg offer biasiswa.. kne rajen la sket google, n apply.. :)

selain dpd tu, biasenye student2 apply pinjaman PTPTN..

Izyan Farhana said...

wslm.. Yup.
dress code pegi class x boleh pakai tdg corak2.. Plain kaler je boleh.. :)

Nina_@ said...

salam kak..sy insyaAllah akan ambil Asasi Arab kat PJ..hm,,rase bdebar2 jgk..tp bile dh bce ape yg akk tulis..rse kurg sikit..thnx kak for the info.. =)

Anonymous said...

salam.. mcm mna nak apply biasiswa jpa time degree?

Unknown said...

Batch bile? Sy batch 2004. Dh 8 thun tp mmg ingt ar sbb kat matric lah paling bnyk activities

Unknown said...

Assalamualaikum, nk tanye kalau dpt asasi sains hayat, berapa pointer kena skor utk tukar ke asasi perubatan?

Izyan Farhana said...

Sy batch 2006. :)

Izyan Farhana said...

waalaikumussalam.. sori dik, akak pun x pasti sbb akak x ambik kos tu. dan myb skrg syarat die pun dh berbeza dgn time akak dlu.. better consult dgn head department kat sana.. :)

raindrops said...

wah info yang begitu membantu, terima kasih akak uia :D

Anonymous said...

Akak, UIA ada asasi perakaunan tak? berminat sgt2...

Aennathirah said...

membantu yg teramat-amat..suka baca info akak ni...thanks..

Izyan Farhana said...

welcome :)
korang sume dh nk daftar uia ek xlame lagi.. all the best!

Izyan Farhana said...

zaman akak dulu rasenye takde..skrg ni akak xsure sbb course structure pn mungkin dah berubah. cuba refer kat website uia..

Anonymous said...

Salam, kak, pakaian kat kuliah macamana? bole pakai t shirt gan seluar jean and sandal x ? (MALE) XD

Izyan Farhana said...

tak boleh.. dress code skrg dah strict sket.. nk lagi lanjut try donlod pdf ni :

https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&sqi=2&ved=0CCoQFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.iium.edu.my%2Fasasi%2Fdownload%2FNew%2520Dress%2520code.pdf&ei=vvyYUbzlPIP5rQfRxYHwDA&usg=AFQjCNHyxiUM0UyE-chsM7chcODiwcon_A&sig2=48GpkGfgGUQfOcBQlrFAQw

Anonymous said...

salam kaq, bidang nursing memg akn jdi nurse atau bleh k mana lagi? n bleh x nk tuka kos k sc berskutu? xminat nurse :( n xpe ke kalu xde basic arab ?

Izyan Farhana said...

setahu akak, nursing ni xsemestinye jd nurse. boleh jgk jd nurse admin, chief officer kat hospital ke, etc. klu nk mintak tuka kos, boleh.. dpends dgn kos ape kte mintak n menepati requirement ke x, dan ade prosedur die la utk tukar kos ni..

takde basic arab xpe, nanti kat sana ade kelas arab bleh blaja.. :)

Anonymous said...

akak sy dapat uia tapi rasa takut pulak nak masuk sbb tak pandai sangat baca al quran. hmmm takut lah

Anonymous said...

really thanks for the info sis. and utk dress code tu kan, kalau macam shawl or pashmina, dibenarkan ke tak sis kat sana? tq :)

Anonymous said...

Salam 1 Malaysia,
saya dari Sarawak. Adakah hotel yang paling dekat ngan CFS PJ ?
Saya minat course sains hayat, bolehkah tukar course?
TQ

Izyan Farhana said...

its ok.. kalau xpndai, kita boleh blaja.. :) nanti myb dia akan bg kelas tilawah/kelas fardhu ain, sesuai dgn kemampuan n potensi masing2..

Izyan Farhana said...

dress code skrg akak xpasti la dik.. nanti try refer kat website uia ek..

Izyan Farhana said...

hotel tu akak xtau..kne google sket..hehe

klu nk mintak tuka kos, boleh.. dpends dgn kos ape kte mintak n menepati requirement ke x, dan ade prosedur die la utk tukar kos ni..

Anonymous said...

Klu nk dpt tajaan jpa utk degree kat uia nnt ssh tk? And kat cfs ni lelaki kena pakai kemeja plain je ke? Ade stripe tk boleh?

Anonymous said...

apa beza matriculation teacher dgn matriculation lecturer?

Anonymous said...

askum,kak kalau boleh baca al-quran siket2 boleh masuk UIA ke?

Anonymous said...

salam.kak,saya dpt offer uia kos irk..susah x blajr irk tu? kwn saya dpt 10a n msuk uia kos irk then skg xsampai 3 bln kat asasi irk dia keluar dr uia...so jd agak bimbang nk ambk kos tu..mohon pendapat..nk kna dftr 27 okt ni..

Siti Hazi said...

salam sis, do u know anything about ENCOM? im going to rgstr for that course on this 27th. huuu so nervous sis! :(

Unknown said...

InsyaAllah..nanti akan ada kelas fardhu ain..
Practice makes perfect! ;)

Unknown said...

wslm.. susah akak nk jawab soalan tu sbb akak bukan dari kos irk. Susah or senang tu atas usaha kita sendiri.. mungkin kawan adik tu keluar dari uia sebab x serasi dengan kos tu, tak biasa dgn cara pembelajaran kat sana, atau sbb2 lain2.. sbb akak ada juga kawan2 dpd kos irk. ok je setakat ni tgk dorg, dan ramai dh grad skali aritu..

Mana2 kos pun sama je, asalkan ade usaha n keinginan nk graduate. buat keputusan betul2, dan jgn mudah terpengaruh dgn kawan2 yg lain ya, sebab setiap ada org potensi berbeza. gud luck! :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

wslm hazie. sorry, never heard abt that couse b4.. myb zaman akak dulu x wujud lagi kot..huhu. its okay. awal2 je nervous..its a normal feeling. :) lama2 tak rasa pape dah.hehe.
gud luck!

humble student said...

Assalamualaikum sis. Kat stiap blik dlm mahallah ada bpa org erk bole stay? Sma ke stiap mahallah? syukran.

Unknown said...

setiap mahallah x sama.. tp mostly, 4 org 1 bilik.

Anonymous said...

thank you akak! hehe. blog ni membantu sgt! tq tq tq

Anonymous said...

white "sarong" tu cemana kak?
kalau ada hal, dan tk boleh dtg hari pendaftaran tu, cemana eh? boleh dftar lain hari? mcm saya ada hal dlm semggu jugaklah.

Aisha Ali said...

macam best je. hehe. thanks share info pasal UIA:)

Izyan Farhana said...

Tq Isha n Anon.. gud luck in UIA! ;)


@Anon - white sarong tu, kain putih biasa. cthnye mcm kain baju kurung tu.. Kalau ada mslh psl registration, better adik call inform pihak UIA awl2.

Anonymous said...

Assalamualaikum akak. saya nk tanya selepas habis asasi kat UIA, susah ke senang utk sambung belajar kat uni lain dalam atau luar negara?

Anonymous said...

Hi sis! Nak tanya sikit. Yg sports kat pusat asasi tu mmg ada archery dgn swimming ke? :D

Anonymous said...

dulu ukc2, alhamdulillah skrg mahallah fatimah zahra, Fz dorm pemuda2.

Enthusiastic Arts Explorer said...

Nice info. Miss UIA! I'm ex CFS PJ and graduate from Main Camp Gombak taon 2007!

Anonymous said...

As salaam sis... Baru di offer foundation physical science di PJ. Keliru sikit.. Masa nk buat degree nanti kat gombak ke atau Kuantan.
Asrama lelaki kat PJ tu tak der yg sharing 2 orang ke?

Anonymous said...

Sis... Saya minta course lain Alhamdulillah diberi physical sains.. Bagus ke course ni... Risau juga sis... Takut Susah dapat kerja... Saya tak suka mengajar...

Unknown said...

Salam akak, saya nak tanya asasi uia ni budak baru habis SPM je ke boleh apply? Kalau SPM 2-3 tahun lepas boleh tak? Terima kasih... =)

Anonymous said...

Salam sis wajib ke tinggal kat asrama?

LOLZ said...

maaf mencelah..nak tanya,semua document kita tu macam sijil lahir,surat tawaran,slip spm,sijil ko kurikulum,sijil berhenti sekolah..semua kena minta cop pegawai kerajaan ke utk pengesahan?

Anonymous said...

Yup bro.pegawai A or seangkatan dengannya.hmm..da nak register dah.lambat reply..tu utk biasiswa KPT

Unknown said...

sis berhantu tak .lul dengar cita mahllah khadijah most scary... lul...susah tk kt sna...pendalaman ke tak..kiranya kalo sya amik coure pharmacy asasi kt petaling jaya n smbung kt kuantan la kan

Unknown said...

assalam sis,, kalau ambil asasi bahasa arab dekat uia ni,, boleh sis terangkan macam mane cara pembelajaran nya? segala assignment or presentation fully in Arabic ke? xsusah ke sis? sorry if sis xtahu.. saye tanye sis maybe sis ade kawan or roommate yang ambil asasi b.arab.:)

Alya A. Mohsin said...

*salam kak, sy nak tnya, kalau tak join any koko boleh ke? or semua org wajib join at least 1?

*1 lagi sy nak tnya. sy pelajar spm lepasan 2015. keputusan math sy D, requirements utk foundation in English nak at least math C. mcm mana ya kak? sy sedih sgt sbb bnyk U nak math C. rezeki sy setakat D je kak, bukan sy tak struggle. I tried my best :(

*and susah tak subjek Arabic ni? other than tht, apa additional subject yg kena ambik ya? sy kurang cekap bab hafal ayat atau belajar Agama. sy slow sgt2, pendidikan Islam sy pun dpt B+ je. kalau sy tak pass certain agama subject, jejas tak foundation sy? tak nak lah disappoint mak dgn ayah lagi :(

Anonymous said...

Umm, can i know about the changing course application still have or..??

Anonymous said...

Kene lulus arab baru boleh grad....what, why??

Unknown said...

Terima kasih kak..sangat membantu

nazifahsai said...

sis, I got biological science foundation. but the problem is, I don't know the amount I have to pay. :( dalam registration tu, dia x sertakan pon.. apa yg perlu sya buat ni.

Unknown said...

ok.saya dah dapat dah amount for payment.

Unknown said...

akak,apa kebaikan yg kita dpt kalau dpt asasi 2 tahun @ 1 tahun..semuatu based on our EPT Result kan..

Unknown said...

akak,apa kebaikan yg kita dpt kalau dpt asasi 2 tahun @ 1 tahun..semuatu based on our EPT Result kan..

Unknown said...

kak, apa kebaikan dpt asasi 1 tahun dn 2 tahun..semuatu based on our EPT result kan?