Thursday, December 31, 2015

Memori 2015




Assalamualaikum.

As we all know, today is the last day of 2015..
Phewww....
Perasaan bercampur baur nak meninggalkan 2015 ni, because this year has been one of the greatest year for me, that left so many great memories and experiences.

So, to ensure the memories remain fresh and not to be forgotten, I've decided to 'blog' it.
Let's start from month of January.


January 2015

Musim hujan dan tengkujuh yang start daripada hujung 2014 sampai awal 2015 memang lain macam kali ni. Bandar Temerloh banjir sampai semua jalan tutup. Jalan nak balik rumah aku pun tutup! Kebetulan adik2 aku tengah cuti sekolah masa tu dan ada kat rumah aku di KL. Mak aku je tinggal sorang2 kat rumah di Temerloh, dengan takde bekalan air, letrik, dan signal fon. Seksa woo time tu. Hari2 risau fikir macamana keadaan kat sana. Ayah pulak bertugas time tu. Kitorang nak balik rumah pun tak lepas. Sampaikan adik aku ajak aku balik rumah naik bot.. :'D

Bandar Temerloh naik air
Sesudah banjir

Kedai baju banyak la lelong2 time ni..huhu

Tengah bulan Januari, aku dan husband berkesempatan melawat one of my best friend yang baru balik KL lepas berpantang. Macam tak caye je time tu Fazet dah beranak..huhu

1st time dukung baby. haha. Nampak sgt kekok. Sekarang toksah cite la..die la paling pro dukung anak dgn perbagai style! hwahwah


Muhammad Furqan dgn mama nye kat belakang tuu..hehe


Dekat penghujung bulan Januari, aku dan husband buat pertama kalinya pergi ke Baby Expo. Awww..lain sangat rasanya. Masa tu kandungan 5 bulan. Sebelum ni kitorang rajin pegi Wedding Expo je. Bila masuk Baby Expo ni rasa lain sikit fefeeling dan environment dia. Mostly yang datang bawak perut besar2, takpun bwk anak kecik2 dgn stroller bagai. Satu environment baru la bagi kami yang baru nak join alam parenthood ni..hehe.

Rambang mata woo..itu nak, ini nak..

Bakal bapak yang excited! kikiki

Hasil tangkapan 1st time. Ni pun tak cukup lagi..hehe. Hari2 woo belek mende2 ni..geram tgk kecik sgt

31 Januari, 1st time kami celebrate anniversary yang pertama.
Dinner @Oasis Square

Cantik woo pemandangan dia. Pool Light Dinner
Ya Allah, baru habis Januari ke??? Ya ampunnn rasa macam banyak dah taip... hahaha
 Let's move on..


Febuari 2015

1 Feb, sempena sambut anniversary, kitorang melancongkan diri ke Johor. Saje la nak celebrate jauh2 sikit kan..jauh ke? hehe

awww

Kacang pool itu wajib!

Tak ingat berjimba kat mana masa ni
comelnye masa ni..hahah!

Jumpa Tok Baba (atuk sedara yang tinggal kat JB)
Boleh dikatakan ni la last vacation kitorang berdua..sebelum kehadiran insan ketiga yang kenit itu..hehe
Hujung Febuari sekolah menengah kitorang ada buat reunion..setelah last reunion 2007. Kitorang wajib la pegi kan..dah 2 2 asal daripada sekolah yang sama..hehe

Baru perasaan, aku takde 1 pun gambar reunion. jadi ini saje ada..sob3


Mac 2015

Sekali lagi kitorang pergi Baby Expo by Pureen. Kalini punya expo extreme sikit. Memang hardcore tahap berebut dia. Aku dah google daripada awal lagi, dan based daripada research yang aku buat, memang ada strategi kalau nak beli kat Pureen ni. Sebab masing-masing macam Pirana. Dan apa yang diorang cakap tu semua betul..hohoho. Korang tengok la sendiri betapa ramai nye manusia..

rebut2, longgok2, lambak2, kutip2, pilih2.. pastu beratur nak bayar 2 jam! ya ampunnn



Hasil tangkapan yang berjaya dibawa pulang

Tapi memang murah la kat Pureen Expo ni. Satu baju 2 hengget je. Cantik pun cantik lagi. Contoh nya macam ni..

Tshir ni. Kiri masa baru beli. Kanan dah pakai..hehe

Pertengahan Mac ibu dan ayah pergi Korea, bercuti ikut rombongan..kitorang menghantar je..hehe


Sebelum ke Korea
Pulang dari Korea
Dah jadi Korean woman dah mak aku... huhuhu..hampir2 tak cam :'D



Sepanjang ibu dan ayah ke Korea, adik2 duk kat umah kitorang. Sempat la bawak merasa dinner kat hotel mahal, Mandarin Oriental sempena besday Damia



Penghujung Mac, aktiviti mendobi baju2 baby dah start. Masa ni 7 bulan..Excited wehhh! excited campur takut nak bersalin..ngee





April 2015


As a future parent, rasa tak lengkap kalau tak pergi class or taklimat asas sket kan..Jadi kitorang register antenatal class di KJMC. Murah je, dah la dapat banyak gift.. Makan best2 pulak tu..



Nampak tak si bapa yang excited? hehe

Free gift. Byk woo supplements, vitamins n krim2 utk baby


Mei 2015

Its May!
Alhamdulillah, selepas beberapa jam bertarung nyawa, akhirnya anak soleh si Aydin Qayyim selamat dilahirkan. :')

beberapa saat setelah lahir ke dunia
say hi to daddy :)


beberapa saat setelah lahir ke dunia
ngantuk sangat budak Aydin ni..hehe
Just now u are inside me, but now u are beside me..

Ni la moment paling win sekali. Dapat lihat betapa bahagia dan terujanya kedua belah orang tua jumpa cucu sulong mereka. On the spot naik pangkat jadi atok nenek. hehe

Thank you for coming, chingus! :D


Jun 2015

Setelah melalui fasa kesakitan dan kebahagiaan, kini 2 bulan melalui fasa kebosanan, iaitu berpantang. Baring, tido, bertungku, melepak, tengok tv, lalu mereput di rumah..phewwww
**Gambar mereput takde..

Tapi pertengahan Jun, aku dikejutkan dengan rombongan ofis yang datang ke rumah untuk surprise birthday dan lawat baby. huhu



Tapi, lepas dah start kerja semula, dan bila anak kena hantar ke taska, baru rasa bersyukur dan rasa nak berpantang semula supaya hari2 dapat berkepit dengan anak pagi sampai malam. huhu


Julai 2015

Majlis aqiqah Aydin

Aydin dibotakkan..huhu


Sambut raya bertiga for the 1st time :)



Ogos 2015

Aydin Qayyim selamat daftar sekolah baru, di Taska Ibnu Soleh.

Polos je muka..huhu



September 2015

1st time Aydin Qayyim swim! hee


layaaannn


Oktober 2015

Macam takde hightlight pape sangat..rutin biasa je hari2.huhu


November 2015

Yezzzzaaa ini bulan yang best jugak!
1st time melancong luar negara..hewhew.. 1st time jugak berjalan 1 famili lengkap. Kitorang ke China 4 hari, tiket beli awal tahun aritu lagi. Pergi balik dalam rm300++ seorang.

Ingat nak buat entry khas ke China ni..tapi tak tau la bila..
Jom layan gambar dulu.

Kat airport jam 3.30 pagi


Suke naik flight yee

Sampai Baiyun Airport,Guangzhou

At Window of The World

Anok cino mano ni.. sampai china muka terus jadi cine. haha


K la gambar banyak2 share dalam entri China nanti la..


Disember 2015.

Disember dah?? wah pantas la pulak. hehe

Hmm..bulan ni alhamdulillah hujan n musim tengkujuh tak seteruk tahun lalu. Tahun ni kitorang 1 famili siap bercuti famili day lagi tepi pantai..hehe.

Marathon famili day, bermula dari famili day ofis husband yang buat di Hot Spring Sg Kelah Sungkai, then balik kg kat Cameron semalaman, then famili day big famili aku pulak di Port Dickson.



Ok la, panjang sangat dah. Alhamdulillah, habis satu tahun yang bermakna. Semoga 2016 lagi banyak memori yang manis2 tercipta..aminn

Until then, thank you for reading! :)











2 comments:

Unknown said...

its my Pleasure to read your blogs post are very exelent thanks to give good informasion
regards
Birthday Return Gifts for Kids
Birthday Return Gifts for Kids delhi

Mia Devis said...

Nice post
apple contact number