Monday, May 23, 2011

17 Langkah Hilangkan Mengantuk dan Tekanan

 Anda mengantuk? atau stress?



Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!


LANGKAH 1


Ini adalah ala taichi sikit… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..


LANGKAH 2


Bermula dengan kepala
pusingkan kepala 360 darjah…



LANGKAH 3
 

Tiru macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..


LANGKAH 4


Untuk merenggangkan otot2 tangan.. buat macam ni



LANGKAH 5


Gerak ke kanan kemudian ke kiri..



LANGKAH 6


Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..



LANGKAH 7


Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..



LANGKAH 8


Kemudian goyang-goyangkan tangan dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…



LANGKAH 9


Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..



LANGKAH 10

 
Dalam keadaan ceria, tepis segala aura2 jahat dan mengantuk yang menghampiri..



LANGKAH 11


Hilangkan semua tekanan…sambil ucapkan :
"bye bye stress.. don't u ever come again..fuhh"



LANGKAH 12


Tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…



LANGKAH 13

Berlari-lari anak.. Kalau ada orang tanya, cakap je ini langkah no 13..



 LANGKAH 14


Akhir sekali lakukan joget kucing…



Kalau tak mampu jugak menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan tersebut, boleh lakukan langkah tambahan di bawah :



LANGKAH 15


Minta bantuan rakan sebelah untuk picit2 kepala anda..


LANGKAH 16
 

Ataupun goyang2 kan macam ni sampai anda tersedar.


LANGKAH 17
 

 Last sekali, minta kawan anda ambil pen atau pensel, cucuk di mana2 spot yang mampu mengejutkan seperti gambarajah di atas.



————–

Sekian….SELAMAT MENCUBA>>>



*edited from original post, blog Kalam Abu Musaddad*






Sunday, May 15, 2011

Info mengenai Pusat Asasi UIA bagi pelajar baru

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.. ;)


Kalau tak salah, baru2 ni result matric dengan UPU dah keluar. Tahniah pada sume yang dh dapat tawaran untuk menyambung pengajian. Pada time ni, mesti ada yang still dalam dilema nak pilih yang mane satu, matric atau UPU. Ada jugak yang still tak dapat mana2 tawaran lagi. Kepada yang tak dapat mane2 lagi, insyaAllah akan tiba jugak nanti. Rezeki Allah ade di mana2.. ;)


Kepada adik2 lepasan SPM yg dapat tawaran kat Pusat Asasi UIA, korang akan register lagi 2minggu (28 Mei 2011) kan? Firstly, tahniah diucapkan kat korang! =) Selamat menjadi warga UIA. Welcome to The Garden of Knowlege and Virtue. 


Sebenarnya post ni ditulis sebab ade request daripada adik2 yang nak pegi register kat UIA tak lama lagi. Nak tahu lebih lanjut pasal UIA katanya,hehe. Cara belajar, pengalaman mula2 masuk pusat asasi, kos2 kat kampus Gombak, Kuantan, etc. Okai, kat sini akak (sy bahasakan diri sebagai akak ye) nak share sedikit sebanyak info n pengalaman selama 5 tahun lebih berada kat UIA ni. 


Untuk pengetahuan adik2, UIA ni ada 4 campus :


1) UIA Gombak - main campus. bagi programmes seperti Law, Engineering, IRK, Human Sciences, BENL(English), BAR(Arabic), ICT, Economics dan Architechture (KAED)
2) UIA Kuantan - bagi programmes Medical, Pharmacy, Bio & Physical sciences, Nursing, Dentistry, and Allied health science.)
3) CFS/Pusat Asasi Petaling Jaya - untuk semua Sciences Programmes
4) CFS/Pusat Asasi Nilai - untuk Arts Programmes - (BEN, Human Science, BAR, Islamic Revealed Knowledge, and Economics)


Centre for Foundation Studies (CFS) / Pusat Asasi  UIAM
"The Gate of Garden Knowledge and Virtue"




-Sebelum ni, CFS ni dikenali sebagai IIUM Matriculation. Tapi sejak zaman akak dulu, nama ni dah ditukarkan jadi Pusat Asasi. Ok, kita pegi step by step soalan yang biasa orang tanya.


Berapa lama kena belajar kat Pusat Asasi?
- Setiap orang berbeza, dan perkara paling penting nak tentukan korang akan berada bape lama kat sini adalah 2 exam ni. Korang akan menduduki exam ni masa awal2 masuk nanti.
  1. English Placement Test (EPT) dan 
  2. Arabic Placement Test (APT). 
Grading dia ada 6 level (level 1-paling rendah, level 6-paling tinggi) ataupun Exampted-tamat. (Tak payah belajar dah). Biasanya yang starting dengan level 6 atau exampted, korang akan jimat la cket tempoh belajar kat sini. Dalam setahun atau setahun setengah je kat CFS. Pastu boleh sambung kat Gombak atau Kuantan. 
Kalau yang takde basic Arab tu jangan riso2. Ramai je yang tak belajar Arab sebelum masuk sini. Masa exam tu nanti ada je yang masuk2 just tulis nama kat paper exam, pastu cukup syarat duduk dalam tu 15 minit, then keluar.hehe. Bagi yang ada basic Arab, soalan yang ditanya adalah Bahasa Arab Komunikasi :)


Klik untuk download sample EPT
Klik untuk download sample APT
* pasni boleh la try buat exercise cket. ;)


- Satu lagi exam yang korang kena ambik, exam Tilawah. Korang akan di tanya pasal tajwid dan kena hafal surah2 pendek. Kalau yang pass, korang akan masuk Study Circle, atau lebih dikenali sebagai Usrah. Selebihnya, akan masuk kelas Fardhu Ain. 
- Salah satu beza UIA dgn matric lain, kat sini dia dah offer dengan specific course. kalau kat matric, xde specific lagi kan.. Tapi kat CFS ni still boleh lagi kalau ade yang nak tukar kos. Tapi awal2 nanti kena apply la, dan mencukupi syarat2 yang diperlukan untuk kos tersebut.


Registration day?
- Nanti masa 1st day masuk Pusat Asasi UIA, korang sume akan register kat AMF (Al-Malik Faisal Hall). InsyaAllah tak sesat, sebab ada ramai akak2 n abang2 komiti yg baik2 belaka akan menyambut dan meng-usher korang sume nanti. Daripada car park, sampai lah ke bilik baru masing2. :D
tapi kalau takut gak sesat, ni dia gambar AMF Hall.

- Sistem registration dia tak lame langsung. Akak aritu masuk2, kejap je duduk, dah siap. Sebab dia ade banyak kaunter. Nanti lepas dah register dan dapat kunci mahallah, boleh la terus check in. 
- Kat UIA ni, kolej2@hostel yang bakal korang menginap dipanggil "mahallah". Jom kite berkenalan cket dengan mahallah2 ni. =D
Umar Al-Khattab College (UKC)

Abu Bakar College (ABC)

dulu, mahallah ni dikenali sebagai Umar Al-Khattab 2 College (UKC 2).
Sekarang ni wallahualam..

dis is my mahallah! =D
Zainab Jahsy College (ZC)

Khadijah College (KC)
ni satu-satunya mahallah yang ade lif. sebab tinggi bebenor =P

Aisyah College (AC)
- Setiap mahallah ada disediakan cafe. Dun wori, harga sume berpatutan.. ;) Facilities pun baguih..ade yang ade gym, court, CC, kiosk (kedai runcit), tempat nengok tv, dan sekarang ni dengar cite dah ade wiFi. Untung la korang. zaman akak dulu, nak men tenet kena pegi lab or cc je..huhu.

Taaruf week? 
- Minggu pertama korang masuk, akan ada taaruf week lebih kurang seminggu. Best taw. nanti ade banyak la briefing pasal kos masing2, pasal management kat UIA, life campus, tour dalam UIA, bai'ah, etc. Time tu baru korang akan lebih clear pasal life kat UIA ni. Ade medical checkup jugak. So, jangan lupe bawak result x-ray yang beso tu k.
- Lagi 1 yang paling best, nyanyi lagu CFS IIUM. Ni antara lagu feveret nih.. Lyric dia sangat meaningful. Nanti sila nyanyi dengan penuh bersemangat ok! kalu nak prektis awal2 pun boleh, taip je 'CFS song' kat youtube. =P


Macamane cara belajar kat UIA?
- Kat sini kita ada concept carry marks. Sama macam tempat lain. Maknanya, setiap kali lecturer bagi assignments, quiz, presentation, midterm exam, adik2 kena buat betul2 la. Sume marks tu akan di bawak ke final sem nanti. 
Carry marks + final exam = cgpa.

1 benda yang special lagi kat UIA ni berbanding U lain, student akan diberi kebebasan nak susun schedule sendiri daripada awal sem, sampai la habis belajar. Daripada tahun pertama, sampai tahun akhir. maksudnya, boleh pilih :
  • nak ambik berapa subjek setiap sem? 
  • nak amek subjek apa?
  • nak amek kelas pukul berapa?
  • nak belajar dengan lecturer mana?
  • hari apa? etc. 
Best kan? Kalau kat sekolah, kite kena ikut jadual yang sekolah dah susun, kat sini semua benda kita boleh tentukan sendiri. So, kalau taknak kelas pagi, boleh pilih kelas petang2 ke, tengahari ke, malam pun ada. Tapi korang kena pandai2 la susun. Kena plan baik2, dan start daripada 1st year dah kena plan untuk entire study kat sana. *tapi kebebasan nak susun schedule ni adelah masa kat main campus nanti..


Boleh bawak transport tak kat UIA?
Kalau kat Pusat Asasi nanti, tak perlu bawak kenderaan. Kelas dengan mahallah tersangat la dekat. Intai kat tingkap pun boleh nampak bumbung kelas.hehe. Tapi kalau kat main campus nanti, boleh la bawak motor start daripada 1st year. Kereta pulak diberi keutamaan pada 4th year je, sebab tempat parking terhad. Bas pun disediakan. Tapi biasanya orang jalan kaki je, sebab kitorang student uia ni kebanyakannya sume gagah perkasa nak jalan kaki. =P


Co-curiculum activities 
Nanti bila dah masuk UIA, join la mane2 club or persatuan. MRC (Mahallah Representative Club) ke, BRC ke, kalau kat main campus nanti lagi la berlambak. Debating Club, Fasilitating Club, Gamelan, etc. Kat sini takde orang dah nak push kita masuk or join mane2 persatuan macam kat sekolah dulu. Jadi terpaksa la kena involve kan diri sendiri. Kalau kita join ape2 program, kita akan dapat merit (lebih kurang macam pointer la) akan di masukkan dalam akaun cocuriculum kita. Jadi kumpul la banyok2 yerk.


Adik2 boleh tengok2 website ni : http://www.iium.edu.my/cfs/student-services-1 .Dia ada list kan contoh2 co-curiculum activities kat CFS nanti. Ada banyak sangat academic-based societies, martial arts club, sports and recreational club, etc. Tapi semuanya bergantung pada rajin or malas kita je nak join ataupun taknak.



Apa uniknya UIA ni berbanding U lain?
Setiap unversiti ade keistimewaan masing2. Tapi kalau kat UIA, antara keistimewaannya :

1) Bahasa pengantara yang digunakan totally English. Time belajar dalam kelas, time nak consult dengan lecturer, kat ofis atau department mane2, kalau nak tanya ape2 biasanya memang guna English. Ni salah satu cara dapat improve penggunaan bahasa inggeris, sesuai dengan job requirement skrg. Guna broken English pun takpe, asal berani cuba..hehe. 

2) Kat UIA, selain belajar subjek2 mcm Sciences, Math, Physics, etc, kita akan belajar basic Arabic, English, dan beberapa kos berkaitan Islamic, sebab UIA ni nak menyeimbangkan ilmu duniawi n ukhrawi.
Memang ade yang akan cakap, 

"huh? kenapakah aku kena belajar Arab??"

hehe, akak dulu pun tertanya2 benda yang sama. Tapi bila dah belajar, baru realize dan rasa bersyukur sangat2 dapat peluang belajar bahasa Arab. Kalau sebelum ni bila baca Quran tak faham meaning dia, atleast sekarang baca Quran boleh faham certain2 perkataan. Tak banyak, cket pun jadi la.. 

Contoh Islamic subjects yang kena belajar kat CFS IIUM :
Understanding Islam, Religions in Malaysia, Basic Themes of Quran. 

Kalau kat Main Campus Gombak :
Islamic Worldview,  Islam Knowledge and Civilization, Ethics, dan jugak Methods of Da'wah.

3) Skill courses yang ditawarkan kat main campus UIA semua best2. Contohnya :
  • Skill sewing,                               
  • swimming, 
  • cooking, 
  • counselling skills, 
  • archery, 
  • automotive, 
  • photography skills, 
  • recreation skills, 
  • family management and parenting, dan banyak lagi. 
nanti korang boleh pilih sesuka hati nak ambik yang mana. 


Kat atas tu adelah list skills yang akan diajar kat main camp nanti. Kat CFS ade jugak club2 yg lebih kurang camtu, contohnya :

  • Adventure Club (ARC)
  • Swimming Club
  • Cycling Club
  • Archery Club

4) Kat UIA menerapkan unsur2 Islam dan mementingkan dress code. Sisters diwajibkan bertudung n menutup aurat tak kira la nak pegi kuliyah mahupun pegi bersiar2. 

5) Haa..lagi 1. Kat sini menggunakan panggilan brothers and sisters. First time guna dulu janggal gak. rasa kelako je. tapi lama2 nanti korang akan biasa.. :D 

"tumpang tanya sis.. "
"brother, bla bla bla... " 

6) Semua pelajar diwajibkan stay in-campus, kecuali yang ada sebab2 tertentu, sebab setakat ni UIA still boleh afford semua student untuk live in campus. Kalau kat certain2 universiti, pelajar2nya kena menyewa kat luar, dan kalau nak duduk dalam campus kena apply. Kat sini terbalik. Nak duduk luar UIA yang kena apply. Maybe sebab UIA nak menjaga kebajikan student2 dia kot..taknak kita sume susah2 duduk luar.huu~

7) UIA has the highest number of foreign students. Tapi nanti korang jangan pelik lak kalau tak jumpe foreigner kat CFS tu nanti. Macam akak masa mula2 masuk aritu la,, jenuh carik omputeh kat sana.haha. kat CFS memang tak ramai sangat foreigner. Tapi kat main campus nanti memang sangat berlambak. Nanti korang boleh la berkenal-kenalan dengan dorang, belajar bahasa dorang ke, untung2 nanti dorang ajak korang balik kampung diorang..hoho. 

 Dan last pesanan:
  1. Nanti kat sana pandai2 bawak diri dan pilih kawan2 yang baik.
  2. Nanti kalau ade yang dapat elaun daripada KPM (Kementerian Pengajian Tinggi), memang best ar. 1st time pegang duit sendiri beribu-riban. Tapi kena pandai berjimat-cermat, sebab kat main campus nanti takde sape dah nak bagi kita elaun banyak2 camtu. Melainkan dapat tajaan JPA, etc.
Okey, itu saja nak share. Hopefully info yang tak seberape ni berguna dan dapat membantu.. =)
Kami kat main campus ni menantikan kedatangan anda semua.. ;)
Ini dia pintu gerbang yang korang semua akan datang 2 minggu lagi. 
Welcome to THE GATE OF GARDEN KNOWLEGE AND VIRTUE!
Till then, ganbatte! 



Dulu lain, sekarang lain

Assalamualaikum n salam sejahtera =)


Lame gile rasenye tak post pape kat sini.
Zaman terasa dah berubah. sy sekarang sedang menjalani fasa perubahan yang sangat ketara. 


wat?? Fasa perubahan??
yup. Fasa perubahan daripada seorang remaja kepada seorang dewasa..weewiittt.hehe. 


Ramai je lagi member2 lain tengah lalui & merasai ape yang sy lalui skrg. Cuma yang beza, tempoh je. Ade yang 3 4 bulan je. pastu boleh balik ke study life yang lama. tapi ade certain2 yang akan kekal camni sampai bile2.. sy la tu =( 
Bagi yang tak merasai lagi, insyaAllah korang sume pun akan lalui perkara yang sama. Sebab sy dolu2 pun asek dengar je senior2 ni citer pengalaman dorang. Tapi tak amek peduli sangat pun, sebab time tu sy merasakan diri ini masih muda remaja. Takperlu amek tahu sangat itu sume..hehe. Sekarang, alhamdulillah sy pulak yg sedang melaluinya.

Ni just nak share beza antara student life, dengan working life. Tapi maybe pengalaman setiap orang tak sama..

  • Kalau dulu, bila start musim exam, kuiz, mesti tensen2. Tapi sekarang, sume tu dh takperlu riso.. takde kuiz, takde exam dah kat sini..

  • Kalau dulu, hari yang boleh dikatakan paling best adelah hari Khames. sebab kat uia, besoknya (jumaat) dh xde kelas. Tapi sekarang, setiap hari menghitung hari, bile la nak hari Jumaat. bila tiba hari Jumaat, hati terasa berbunga-bunga n bahagia je. Indah gile hari Jumaat tu sebab besoknya, (sabtu) dah holiday! wohoho. Bile dah masuk hari Ahad, hati terasa sedey bagai dirobek-robek. MySpace
  • Kalau dulu, hari minggu selalu terasa nak outing. sebab nak menghilangkan tensen studi. (konon-kononnyer..). Tapi sekarang, hari sabtu n ahad la hari digunakan utk tido n lepak kat bilek sepuas-puasnye.. rasa taknak keluar bilik langsung. Inilah antara detik2 yang membahagiakan =')MySpace
  • Kalau sebelum ni ngantuk dalam kelas, boleh lagi la nk melelapkan mata 5 minit, lecturer kadang2 tak nampak.. tapi kat sini kalau ngantuk macamane pun, mata akan sentiasa dibulatkan! Begini --> O_O
  • Kalau dulu, bila kelas stat lambat, pagi2 sengaja bangun lambat gak masa matahari dah agak2 nak tegak atas kepala. Tapi sekarang, keluar pagi2 pergi kerja mase hari still gelap. balik kerja pun hari dah gelap. Tak sempat nak jumpe matahari.
  • Kalau dulu, bila dah bangun lambat, sure tak breakfast dah. terus tunggu lunch je. Sekarang, breakfast adelah antara makanan yang wajib. Hampir tiap pagi beli nasik lemak n kuih karipap depan ofis. hehe
  • Kalau dulu2, bila nak dengar lagu mesti pasang mp3, tak pun dengar radio hot.fm or era.fm. Sekarang, kat opis konfem tiap pagi sampai petang kitorang akan dengar Sinar.fm! iaitu Radio rasmi kat sini. Jiwa akan sentiasa terasa muda di alam 80-an..huhu
  • Kalau dulu2, tido mesti dalam kol 2 3 pagi. Tak pun, stay sampai subuh terus. Setakat kol 11 tu terase malam sangat mude. Sempat lagi berfoye-foye dengan kawan2 mahalah (piQah, Gee, Aimi, Aisyah, Atif, SiQin, wani) tengok movie ramai2. kadang2 tengok citer antu sambil tutup muka dengan bantaL.MySpace (rindu la nk spend mase dengan korang.. =( ) Sekarang, bila jam dah 12 lebih... "hmm..selamat malam dunia.."
  • Kalau before ni, kawan kat sekeliling, kat kelas, kat mahalah, sume member2 lebih kurang sebaya. Kalau x matured, x matured la sume. Bergelak je tiap masa. Sekarang, kawan2 baru kitorang ade pelbagai range usia. Tak bley dah la nk buat perangai gila-gila.
  • Kalau dulu, celik2 mate sebok tengok notifications kat fesbuk. malam2 sebelum tido pun wajib on9 dulu. hidup macam xlengkap je kalau tak online.. ish., taksenonoh la korang ni.   
Sekarang, fesbuk pun xleh bukak selalu. Malam2 kat bilek, sejak tukar mahalah ni, internet slow ya amat. Nak bukak fesbuk pun kdg2 tak lepas. Setakat on9 bace blog member2 tu boleh lagi, pastu terus tutup. Kat opis ni plak, ade certain time dia block. Kalau nak reply komen fesbuk pun, boleh reply through emel je. Blog pun kena block! tapi tak tau nape 2 3 hari ni dah bleh bukak pulak. huhu. gumbira. 
Haa..ni nak share ni. Kepada sape2 yang kat tempat kerja dia dah block fb, korang still boleh keep in touch dgn kwn2 kat fesbuk. Still boleh reply komen2 hanya melalui emel je. x payah sign in fb. ;)


Lain orang, lain2 pengalaman. Tapi kat atas ni la antara perubahan2 yg sedang sy lalui sekarang. Menuju ke alam kedewasaan.(dewase la sangat...)hoho. Mula2 memang rasa macam susah nak adapt. Sekarang pon, still in learning process nak menyesuaikan diri dengan life baru. Tapi sebenarnya sume tu benda yg positif. yelah. Contohnya bangun awal, tido pun awal. masa makan teratur, belajar bergaul dengan orang yg pelbagai usia, etc. Sume benda yang baik2 kan. 


So kepada kengkawan yang same2 start kerja @ bakal dapat kerja @ praktikal macam sy , all the bez korang! selamat menghadapi life baru. Kalau sebelum ni kita berada dalam kepompong yg same je, sekarang la masanya kita kenal dunia sebenar.  
Rase cam poyo lak ckp gini.haha. Tapi siyes ni.. kalau ade sape2 nak share ape2 pengalaman korang kat sana, or nak tambah pape, sila2 la share.. sangat2 dialu-alukan.. :D

Wednesday, May 4, 2011

Belajar vs Bekerja

Salam.

"Blaja vs Keje. Mane lagi best?"  <--- Soalan yg biase orang tanya.

Sebenarnye harini hari 1st sy stat praktikal. Malam sebelum tu, nerves macam ape je.huhu. Tapi nasib baek ade kawan yg dapat same2 kat sane, iaitu PiQah. So malam tu kitorg dok discuss la ape barang patut bawak. Maklumla, tak penah pegi keje.. 


Banyak gak barang2 yang tak perlu bawak, tapi kitorang bawak. Pastu time lunch kena perli dengan staff2 kat sana, (dengan nada gurauan yg sopan :)  )


"Besarnya beg.. bawak ape la tu.."
"Duit besar sangat agaknya..haha"


-___-"


Lagi satu, kitorang bawak softcopy notes2 mase pergi keje tadi..hoho. Rajen bukan?? Terpaksa rajen sebenarnye. sebab dalam acceptance form tu tulis, kitorang punya task ade kaitan dengan programming. Tapi habuk pun tak ingat. ingat la jugak, tapi perlukan revision.jadi, untuk langkah berjaga2, kami bersepakat membawa berkat untuk membawak sume softcopy notes2 kat dalam pendrive. Nanti, kalau ade kerja ape2, senang ade rujukan. Mula sy ingat nak bawak hardcopy je..senang cket.tapi budak2 ni gelak pulak. Pastu tak jadi la bawak..

Besoknya, (iaitu pagi tadi), tepat jam 7pagi dh kuar bilek. Padahal masuk keje sepatutnya kol 9pg-6ptg. Awal gile keluar. Semangat bukan?? Terpaksa bersemangat sebenarnye. sebab kitorang tak tau jalan..hehe. Pastu, hari ni jugak 1st time guna rapidPass Pelajar. kad ni baru je dibuat minggu lepas. kad ni murah sket. setiap bulan bayaran dia fix. Rm100 untuk tren dengan bas. Tapi kad itu sengaL. -..-


ade ke patut dia tulis student IIC (international islamic college), instead of uia??
Grrr...


Habes bab kad. Sampai kat stesen Ampang Park, kitorang sesat kejap. Pegi jalan ikut jalan jauh. Tapi masa dalam keadaan kesesatan tu kitorang sempat gak la beli kuih singget. Masa tu awal gila lagik. Baru jam 8.20pg..so duduk2 la kat kerusi kaki lima, makan2 dulu.. (panjang la pulak cite ni.terase macam menaip cerpen dah ni) 
Kesimpulannya, sepanjang bekerja harini, keje kitorang melangut je. takde keje langsung!..hoho. keje hari ni sgt rilex. on9 dpd pagi sampai petang sebab person in charge yg akan ajar kitorang tengah becuti.. Staff kat sini siap tolong bukak kan pc soh kitorang buat pape yang patut sementara takdo kijo..hehe. nak bukak fesbuk segan, tapi taip belog tak segan.. =P

piQah yg sedang bz meng-online =P

Tapi ada 1 la disadvantage kerja kat sana. Iaitu penggunaan bahasa. Company tu fully Malay, bercakap pun konfem la BM. kadang2 rasa jeles dengan certain company yg still guna english untuk communicate dengan staff. Boleh gak improve vocab ke, grammar ke kan. Kalau tak guna english, alamat berhabuk la BI kitorang nanti. pasni nak ajak piqah speaking la kat bilek..huu


TAPI..important lesson for today. Hidup kat tempat orang ni memang kena pandai sesuaikan diri. kena rajin bertanya, dan maniskan mulut untuk bertegur sapa. Bila bergaul dengan staff2 yang averagenya umur 30++, terase diri ni pun terpaksa jadi matang tiba2. Bercakap pun kena susun dulu kata2 sebab takut tak sesuai atau tak kena mase. Sepanjang hari ni baru kenal 7 8 orang staff, termasuk akak lady tea yg rajin bg air pagi petang, and kak Ita yang sangat peramah. Dia satu-satunya staff yang teman kitorang pegi makan, pastu tunjuk ajar environment kat sini. pastu ade la beberape org lain lagi.

Rasa susah nak mulakan relation yg baru kat environment yang totally new. Nak pegi bersalam2, berkenal-kenalan, takut kaco orang tengah buat keje. Dorang sume tengah bz, kitorang bedua je yg free..
Secara overall, pegi bekerja ni sangat lah memenatkan.(hatta takde task sekalipun) Kalau 2 taun lepas sy penah cakap kerja lagi best dpd belajar, arini dengan konfidennya sy tarik balik ayat tersebut. Belajar lagi best! Sejauh-jauh perjalanan nak jalan kaki pegi kelas, jauh lagi nak jalan pegi ofis! -__-


Jalan kaki dpd bilik nak pegi tunggu bas dh 15mins. Tunggu bas, dan naek bas g putra dah setengah jam. Berdiri dalam tren dekat setengah jam. Jalan kaki nak pegi ofis dh 10 minit. Camtu la rutin harian stat daripada harini. Betul la senior2 cakap, org bekerja ni macam takde life. Celik mata, pegi keje. Balik keje, kol 10malam dah ngantuk nak tido. Bangun pagi besok pegi keje lagi, pastu balik, pastu tido lagi. Satu hari nanti, agaknya sy pegi keje, tak balik2 dah. tido sane lagi senang. =')

Mood : I missed my study life! wuwuw. Y_Y Dulu2 mase tension study especially utk exam, terase nak cepat2 je grad.nak keje. Tapi bila dah merasa alam pekerjaan ni, tiba2 rase nak sambung master kat luar negara. hoho..gedik bukan?? Tak gedik. Itu azam yg bagus. :D


Sy pun tak paham ape sy taip ni. dah mamai. ok lah. nak pegi tido, besok pagi nk pegi keje. Selamat malam.. Thanks for reading! Salam.. :)


P/s : Try la dengar lagu 2 lagu ni. Gara2 citer sinetron Indon, i'm currently addicted to both of it.


1) Rindu Setengah Mati
2) Biarkan Aku Jatuh Cinta