Sebelum ni ade jugak dengar komen2 daripada org yg dah tengok cerita Karak ni. Kebanyakannya cakap,
"cerita ni tak seram tapi lawak"
"tak best.."
"ok la tapi boleh diperbaiki.." etc.
So, semalam kitorang plan nk tengok citer ni pas abes kerja. Mula2 riso gak..kang membazir je kalo tak best. Nak pegi ke taknak.. tapi last2, kitorang pertaruhkan jugak rm8 utk tengok cerita yg dikatakan tak best ni.. Maklumle..laluan Karak tu boleh kira laluan wajib aku nk balik rumah.huu.. So, nak gak tengok gak ape mende misteri kat jalan tu.
Cerita ni pasal 4 org pelajar dlm perjalanan KL-Kuantan yg sengaja lalu ikut jalan lama Karak sebab highway KL-Kuantan jammed, ade eksiden. Dorang taknak terperangkap dalam jammed tersebut, pastu dorang pilih utk lalu ikut jalan lama sebab nk cepat sampai. Tapi dorang tak tau, jalan yg dorang pilih tu la yg akan mengubah nasib mereka...
(suspen tak??haha)
Teringat pulak dalam taun lepas rasenye. kitorg 1 family penah gak lalu ikut jalan lama Karak ni. Masa tu otw dpd KL nak balik Pahang. tengah2 malam gk, sebab ayh ckp saje2 nk cuba lalu jalan lama. Tengah2 malam woo. Memang sunyi gile, takde kereta nak lalu ikut situ. Pastu tiba2, tengah sunyi2 tu, keadaan dlm kereta pun tengah sunyi sepi, my 3rd adik named Aqil tibe2 bersuara dengan nada suspen..
"abg Aqil rasa kan,.. (dia mmg bahasakan diri dia abg Aqil)
macam ade hantu la kat bawah kereta kita.... .. ."
tu diaaa..biler budak sekolah rendah yg takde insuran berkata-kata. Meremang bulu tengkuk! Pastu kitorang gelak2 je, buat tak endah, buat2 tak dengar ape dia ckp.hoho. Alhamdulillah, selamat je sampai umah.. :D
Back to the topic, review cerita Karak Laluan Puaka ni, overall..tak rugi tengok citer ni. Memang yg lawak tu lagi banyak, sebab tu citer ni tak bosan. Tapi yg plg penting, ade moral values yg kita boleh amek dpd citer ni. Ade certain part tu rasa mcm.. perghhh, terasa gila! tersentap gak ar. rasa mcm kena perli pun ade. Contohnya :
1) Baca Ayat Qursi bukan sekadar tahu baca, tapi kena tau maksud dia. Ada antara kita yg memang hafal ayat Qursi ni.lancar je baca dgn bacaan yg betul. Tapi meaning dia? satu habuk pun tak paham. yillek. Ade satu scene dlm movie ni, hantu2 siap mengejek lagi bila perempuan tu bace ayat Qursi.siap boleh main2 kan lagi sbb perempuan tu just tau baca, tapi tak faham langsung terjemahan dia.
2) Surah2 yg banyak kelebihan dan fadhilat sebolehnya kita try hafal. Contohnya mcm Surah Yassin. Macam yg ada dlm 1 part dlm movie ni, perempuan tu bawak risalah Yassin yg nk dijadikan sebagai pendiding tu kehulu kehilir. Tapi sampai satu time dia kena kacau dengan makhluk2 tu, dia tak mampu nak baca langsung walaupun sepotong ayat. sebab ape takleh baca? sebab hantu tu buat dia nampak kandungan dlm tu blank je. kosong! Hantu2 tu siap gelak2 lagi tgk perempuan tu tak dapat baca. Ni antara salah 1 kelebihan yg kita boleh nampak antara org yang memang bergantung 100% dengan bacaan dpd buku, dengan org yang memang dh hafal surah ni.
3) Ade 1 part lagi tu, hantu tu perli lagi. kali ni perli lagi baek punya. Nak dijadikan cerita, budak perempuan ni antara budak baik la nk banding dengan 3 org lagi kawan dia tu. dia ni pernah masuk pertandingan musabaqah Quran kat skolah dulu2. Tapi bila hantu tu datang kacau, dia lari. Dia yg paling penakut. Hantu nenek tua tu pun siap perli gini kat dia,
"kenapa lari? kate orang beriman............."
hoho.
Kesimpulannya, hobi hantu2 dlm citer ni adelah perli org.. =P Tapi bagus gak dia ckp cenggitu..kalo tak, kite yg menonton ni takkan sedar..ye tak?
Tapi itu la antara 3 scenes yg aku rasa mampu buatkan aku tersentop. Buatkan aku berfikir, kalau benda yg sama jadi kat aku, aku pun tak reti nk handle camane. Ayat Qursi pun tau certain2 je maksud.tak penah nk amek penting pun meaning dia sebelum ni..maen hafal je. Surah Yassin pun dulu dh hafal, tapi skrg dh lama tak tasmi' balik.. :( mesti ada yg dah tak ingat..
Thanks to Karak, buat aku muhasabah balik. ade certain2 mesej yg director tu nk sampaikan, kesampaian la..bravo! :D
Kat bawah ni aku dh google2 cket Ayat Qursi n terjemahan dia bg sape2 yg tak tahu maksudnya..sama2 la kita muhasabah diri, refresh balik hati.. :)
Wallahualam..
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Terjemahan Ayat Kursi;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)
Saturday, June 4, 2011
Monday, May 23, 2011
17 Langkah Hilangkan Mengantuk dan Tekanan
Anda mengantuk? atau stress?
Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!
LANGKAH 1
Ini adalah ala taichi sikit… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
Bermula dengan kepala
pusingkan kepala 360 darjah…
LANGKAH 3
Tiru macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 4
Untuk merenggangkan otot2 tangan.. buat macam ni
Gerak ke kanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan tangan dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
Dalam keadaan ceria, tepis segala aura2 jahat dan mengantuk yang menghampiri..
LANGKAH 11
Hilangkan semua tekanan…sambil ucapkan :
"bye bye stress.. don't u ever come again..fuhh"
LANGKAH 12
Tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
Berlari-lari anak.. Kalau ada orang tanya, cakap je ini langkah no 13..
LANGKAH 14
Akhir sekali lakukan joget kucing…
Kalau tak mampu jugak menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan tersebut, boleh lakukan langkah tambahan di bawah :
LANGKAH 15
Minta bantuan rakan sebelah untuk picit2 kepala anda..
LANGKAH 16
Ataupun goyang2 kan macam ni sampai anda tersedar.
LANGKAH 17
Last sekali, minta kawan anda ambil pen atau pensel, cucuk di mana2 spot yang mampu mengejutkan seperti gambarajah di atas.
————–
Sekian….SELAMAT MENCUBA>>>
*edited from original post, blog Kalam Abu Musaddad*
Sunday, May 15, 2011
Info mengenai Pusat Asasi UIA bagi pelajar baru
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.. ;)
Kalau tak salah, baru2 ni result matric dengan UPU dah keluar. Tahniah pada sume yang dh dapat tawaran untuk menyambung pengajian. Pada time ni, mesti ada yang still dalam dilema nak pilih yang mane satu, matric atau UPU. Ada jugak yang still tak dapat mana2 tawaran lagi. Kepada yang tak dapat mane2 lagi, insyaAllah akan tiba jugak nanti. Rezeki Allah ade di mana2.. ;)
Kepada adik2 lepasan SPM yg dapat tawaran kat Pusat Asasi UIA, korang akan register lagi 2minggu (28 Mei 2011) kan? Firstly, tahniah diucapkan kat korang! =) Selamat menjadi warga UIA. Welcome to The Garden of Knowlege and Virtue.
Sebenarnya post ni ditulis sebab ade request daripada adik2 yang nak pegi register kat UIA tak lama lagi. Nak tahu lebih lanjut pasal UIA katanya,hehe. Cara belajar, pengalaman mula2 masuk pusat asasi, kos2 kat kampus Gombak, Kuantan, etc. Okai, kat sini akak (sy bahasakan diri sebagai akak ye) nak share sedikit sebanyak info n pengalaman selama 5 tahun lebih berada kat UIA ni.
Untuk pengetahuan adik2, UIA ni ada 4 campus :
1) UIA Gombak - main campus. bagi programmes seperti Law, Engineering, IRK, Human Sciences, BENL(English), BAR(Arabic), ICT, Economics dan Architechture (KAED)
2) UIA Kuantan - bagi programmes Medical, Pharmacy, Bio & Physical sciences, Nursing, Dentistry, and Allied health science.)
3) CFS/Pusat Asasi Petaling Jaya - untuk semua Sciences Programmes
4) CFS/Pusat Asasi Nilai - untuk Arts Programmes - (BEN, Human Science, BAR, Islamic Revealed Knowledge, and Economics)
Centre for Foundation Studies (CFS) / Pusat Asasi UIAM
"The Gate of Garden Knowledge and Virtue"
-Sebelum ni, CFS ni dikenali sebagai IIUM Matriculation. Tapi sejak zaman akak dulu, nama ni dah ditukarkan jadi Pusat Asasi. Ok, kita pegi step by step soalan yang biasa orang tanya.
Berapa lama kena belajar kat Pusat Asasi?
- Setiap orang berbeza, dan perkara paling penting nak tentukan korang akan berada bape lama kat sini adalah 2 exam ni. Korang akan menduduki exam ni masa awal2 masuk nanti.
- English Placement Test (EPT) dan
- Arabic Placement Test (APT).
Kalau yang takde basic Arab tu jangan riso2. Ramai je yang tak belajar Arab sebelum masuk sini. Masa exam tu nanti ada je yang masuk2 just tulis nama kat paper exam, pastu cukup syarat duduk dalam tu 15 minit, then keluar.hehe. Bagi yang ada basic Arab, soalan yang ditanya adalah Bahasa Arab Komunikasi :)
Klik untuk download sample EPT
Klik untuk download sample APT
* pasni boleh la try buat exercise cket. ;)
- Satu lagi exam yang korang kena ambik, exam Tilawah. Korang akan di tanya pasal tajwid dan kena hafal surah2 pendek. Kalau yang pass, korang akan masuk Study Circle, atau lebih dikenali sebagai Usrah. Selebihnya, akan masuk kelas Fardhu Ain.
- Salah satu beza UIA dgn matric lain, kat sini dia dah offer dengan specific course. kalau kat matric, xde specific lagi kan.. Tapi kat CFS ni still boleh lagi kalau ade yang nak tukar kos. Tapi awal2 nanti kena apply la, dan mencukupi syarat2 yang diperlukan untuk kos tersebut.
Registration day?
- Nanti masa 1st day masuk Pusat Asasi UIA, korang sume akan register kat AMF (Al-Malik Faisal Hall). InsyaAllah tak sesat, sebab ada ramai akak2 n abang2 komiti yg baik2 belaka akan menyambut dan meng-usher korang sume nanti. Daripada car park, sampai lah ke bilik baru masing2. :D
| tapi kalau takut gak sesat, ni dia gambar AMF Hall. |
- Kat UIA ni, kolej2@hostel yang bakal korang menginap dipanggil "mahallah". Jom kite berkenalan cket dengan mahallah2 ni. =D
| Umar Al-Khattab College (UKC) |
![]() |
| Abu Bakar College (ABC) |
![]() |
| dulu, mahallah ni dikenali sebagai Umar Al-Khattab 2 College (UKC 2). Sekarang ni wallahualam.. |
![]() |
| dis is my mahallah! =D Zainab Jahsy College (ZC) |
![]() |
| Khadijah College (KC) ni satu-satunya mahallah yang ade lif. sebab tinggi bebenor =P |
![]() |
| Aisyah College (AC) |
- Setiap mahallah ada disediakan cafe. Dun wori, harga sume berpatutan.. ;) Facilities pun baguih..ade yang ade gym, court, CC, kiosk (kedai runcit), tempat nengok tv, dan sekarang ni dengar cite dah ade wiFi. Untung la korang. zaman akak dulu, nak men tenet kena pegi lab or cc je..huhu.
Taaruf week?
- Minggu pertama korang masuk, akan ada taaruf week lebih kurang seminggu. Best taw. nanti ade banyak la briefing pasal kos masing2, pasal management kat UIA, life campus, tour dalam UIA, bai'ah, etc. Time tu baru korang akan lebih clear pasal life kat UIA ni. Ade medical checkup jugak. So, jangan lupe bawak result x-ray yang beso tu k.
- Lagi 1 yang paling best, nyanyi lagu CFS IIUM. Ni antara lagu feveret nih.. Lyric dia sangat meaningful. Nanti sila nyanyi dengan penuh bersemangat ok! kalu nak prektis awal2 pun boleh, taip je 'CFS song' kat youtube. =P
Macamane cara belajar kat UIA?
- Kat sini kita ada concept carry marks. Sama macam tempat lain. Maknanya, setiap kali lecturer bagi assignments, quiz, presentation, midterm exam, adik2 kena buat betul2 la. Sume marks tu akan di bawak ke final sem nanti.
Carry marks + final exam = cgpa.
- 1 benda yang special lagi kat UIA ni berbanding U lain, student akan diberi kebebasan nak susun schedule sendiri daripada awal sem, sampai la habis belajar. Daripada tahun pertama, sampai tahun akhir. maksudnya, boleh pilih :
- nak ambik berapa subjek setiap sem?
- nak amek subjek apa?
- nak amek kelas pukul berapa?
- nak belajar dengan lecturer mana?
- hari apa? etc.
Boleh bawak transport tak kat UIA?
Kalau kat Pusat Asasi nanti, tak perlu bawak kenderaan. Kelas dengan mahallah tersangat la dekat. Intai kat tingkap pun boleh nampak bumbung kelas.hehe. Tapi kalau kat main campus nanti, boleh la bawak motor start daripada 1st year. Kereta pulak diberi keutamaan pada 4th year je, sebab tempat parking terhad. Bas pun disediakan. Tapi biasanya orang jalan kaki je, sebab kitorang student uia ni kebanyakannya sume gagah perkasa nak jalan kaki. =P
Co-curiculum activities
Nanti bila dah masuk UIA, join la mane2 club or persatuan. MRC (Mahallah Representative Club) ke, BRC ke, kalau kat main campus nanti lagi la berlambak. Debating Club, Fasilitating Club, Gamelan, etc. Kat sini takde orang dah nak push kita masuk or join mane2 persatuan macam kat sekolah dulu. Jadi terpaksa la kena involve kan diri sendiri. Kalau kita join ape2 program, kita akan dapat merit (lebih kurang macam pointer la) akan di masukkan dalam akaun cocuriculum kita. Jadi kumpul la banyok2 yerk.
Adik2 boleh tengok2 website ni : http://www.iium.edu.my/cfs/student-services-1 .Dia ada list kan contoh2 co-curiculum activities kat CFS nanti. Ada banyak sangat academic-based societies, martial arts club, sports and recreational club, etc. Tapi semuanya bergantung pada rajin or malas kita je nak join ataupun taknak.
Apa uniknya UIA ni berbanding U lain?
Setiap unversiti ade keistimewaan masing2. Tapi kalau kat UIA, antara keistimewaannya :
1) Bahasa pengantara yang digunakan totally English. Time belajar dalam kelas, time nak consult dengan lecturer, kat ofis atau department mane2, kalau nak tanya ape2 biasanya memang guna English. Ni salah satu cara dapat improve penggunaan bahasa inggeris, sesuai dengan job requirement skrg. Guna broken English pun takpe, asal berani cuba..hehe.
2) Kat UIA, selain belajar subjek2 mcm Sciences, Math, Physics, etc, kita akan belajar basic Arabic, English, dan beberapa kos berkaitan Islamic, sebab UIA ni nak menyeimbangkan ilmu duniawi n ukhrawi.
Memang ade yang akan cakap,
"huh? kenapakah aku kena belajar Arab??"
hehe, akak dulu pun tertanya2 benda yang sama. Tapi bila dah belajar, baru realize dan rasa bersyukur sangat2 dapat peluang belajar bahasa Arab. Kalau sebelum ni bila baca Quran tak faham meaning dia, atleast sekarang baca Quran boleh faham certain2 perkataan. Tak banyak, cket pun jadi la..
Contoh Islamic subjects yang kena belajar kat CFS IIUM :
Understanding Islam, Religions in Malaysia, Basic Themes of Quran.
Kalau kat Main Campus Gombak :
Islamic Worldview, Islam Knowledge and Civilization, Ethics, dan jugak Methods of Da'wah.
3) Skill courses yang ditawarkan kat main campus UIA semua best2. Contohnya :
- Skill sewing,
- swimming,
- cooking,
- counselling skills,
- archery,
- automotive,
- photography skills,
- recreation skills,
- family management and parenting, dan banyak lagi.
Kat atas tu adelah list skills yang akan diajar kat main camp nanti. Kat CFS ade jugak club2 yg lebih kurang camtu, contohnya :
- Adventure Club (ARC)
- Swimming Club
- Cycling Club
- Archery Club
4) Kat UIA menerapkan unsur2 Islam dan mementingkan dress code. Sisters diwajibkan bertudung n menutup aurat tak kira la nak pegi kuliyah mahupun pegi bersiar2.
5) Haa..lagi 1. Kat sini menggunakan panggilan brothers and sisters. First time guna dulu janggal gak. rasa kelako je. tapi lama2 nanti korang akan biasa.. :D
"tumpang tanya sis.. "
"brother, bla bla bla... "
6) Semua pelajar diwajibkan stay in-campus, kecuali yang ada sebab2 tertentu, sebab setakat ni UIA still boleh afford semua student untuk live in campus. Kalau kat certain2 universiti, pelajar2nya kena menyewa kat luar, dan kalau nak duduk dalam campus kena apply. Kat sini terbalik. Nak duduk luar UIA yang kena apply. Maybe sebab UIA nak menjaga kebajikan student2 dia kot..taknak kita sume susah2 duduk luar.huu~
7) UIA has the highest number of foreign students. Tapi nanti korang jangan pelik lak kalau tak jumpe foreigner kat CFS tu nanti. Macam akak masa mula2 masuk aritu la,, jenuh carik omputeh kat sana.haha. kat CFS memang tak ramai sangat foreigner. Tapi kat main campus nanti memang sangat berlambak. Nanti korang boleh la berkenal-kenalan dengan dorang, belajar bahasa dorang ke, untung2 nanti dorang ajak korang balik kampung diorang..hoho.
Dan last pesanan:
- Nanti kat sana pandai2 bawak diri dan pilih kawan2 yang baik.
- Nanti kalau ade yang dapat elaun daripada KPM (Kementerian Pengajian Tinggi), memang best ar. 1st time pegang duit sendiri beribu-riban. Tapi kena pandai berjimat-cermat, sebab kat main campus nanti takde sape dah nak bagi kita elaun banyak2 camtu. Melainkan dapat tajaan JPA, etc.
Okey, itu saja nak share. Hopefully info yang tak seberape ni berguna dan dapat membantu.. =)
Kami kat main campus ni menantikan kedatangan anda semua.. ;)
Ini dia pintu gerbang yang korang semua akan datang 2 minggu lagi. Welcome to THE GATE OF GARDEN KNOWLEGE AND VIRTUE! Till then, ganbatte! |
Subscribe to:
Posts (Atom)

























