Tuesday, April 26, 2011

FYP dan Restoren Arab

Salam.. :)


Apa kaitan antara Final Year Project (FYP) dan Kedai makan orang Arab??


1) FINAL YEAR PROJECT
Ya, tepat sekali. memang takde kaitan. Sebenarnya, dalam post A.I.T lepas, sy ada bgtau sy kena balik awal daripada camp kan. Sebenarnya sy balik awal sebab ada showcase untuk FYP. Showcase ni boleh dikatakan fasa terakhir la untuk melengkapkan FYP, selain kena siapkan report & kena present depan outsider. Showcase ni lebih kurang mcm pameran tertutup kat Conference Room. Wakil2 dpd company luar, dgn beberapa lecturer luar dijemput utk evaluate hasil kerja kitorang. Tempat petame-ketiga dpt hadiah berapa ratus tah. Saguhati RM50 pun ade gak.


Advisor kitorg cakap, showcase start jam 9pg - 1 ptg. Jadi, dlm kol 8 pg sy pun bergerak la dpd Hulu Langat. Nak dijadikan cerita, tunggu punya tunggu, turn sy no 19 out of 23. Dlm kol 3 ptg baru dpt present utk showcase tersebut..lama sgt2 menunggu. Y_Y Nasib baek ada banyak makanan free.
Kalau main Inspire Ceria Hey pun sempat lg sebenarnya.. Masa penyampaian hadiah pulak, kitorg tak dpt pape..tumpang hepi dari jauh je..sob3


(untuk showcase ni, kena bawak poster sendiri. Buat, and print sendiri. Saiz A2. RM20 satu! nasib baek mdm offer nak kelim balik..hehe. ingat nak bergambar kat poster aritu, tapi terlupa pulak. Jadi takde la gambo..)




2) MAKAN2 KAT KEDAI ARAB


Habis showcase, madam cakap nak belanje anak2 buah yg buat FYP under dia.
Mula ingat taknak pi, sebab nak g bookfair..tapi lepas pikir masak2, lastly g jugak. Lunch besoknya kitorg pegi 2 buah kereta kat Taman Melawati. Lupa pulak name kedai tu ape, sebab namenye pelik banget..huhu


Tapi nama makanan sy ingat! :D
Chicken Mandy - RM 17 satu.
Dalam gmbar ni disediakan utk 5 org.


Sy taktau nak pilih ape senarnya, sebab name dia sume mcm pelik2. Pastu semua orang order nasik mandy ni, dan sebab name dia pun macam familiar dan tak brape pelik kalau compare dengan yg laen,.sy pun ikut je.. 


"Mandy satooo!" =P


Ade gak lamb mandy. Rm20 satu. Dorang cakap nasik ni guna Basmati Rice..sebab tu halus.


Fatoosh - RM 7
Kami pegi ber-10. Termasuk madam :)


Thanks madam, belanje beratus2 untuk kitorg. Habis dah FYP, Alhamdulillah, sangat2 lega. Selama ni hidup tak tenang je bergelumang dengan FYP ni..hoho.


Owh, lupe nak tambah. Malam habis showcase aritu, Aimi, ex-roomate kat Matric tiba2 ajak jumpa sebab nak belanja makan. (rezeki murah pulak akhir2 sem ni..semua org nak belanje. hehe)
Aimi datang mahallah bawak hadiah. Dia ckp hadiah bestday tahun lepas lupe nak bg. Thanks Aimi


Comel kan! tapi tak bg nama lagi..
Itu je nak share kali ni. Wassalam.. =)

Sunday, April 24, 2011

A.I.T - Not just a training camp

Assalamualaikum wbt..


A.I.T (Advanced Intensive Training). Final phase training yg wajib dilalui sebelum seseorang tu dapat green light untuk turun sekolah sebagai fasilitator Kelab Inspire. Camp ni diadakan setaun sekali je.. bagi yg terlepas A.I.T kali ni, boleh tunggu lagi 2 semester akan datang. =)

A.I.T kali ni baru je habis. Alhamdulillah.. (18-21 April) kat Lubuk Manggis Hulu Langat. Mencatatkan rekod peserta lelaki teramai setakat ni, 21 org. Total sume participants 68. Camp kali ni memang havoc la! Sume aktif2. Ada 1 slot baru je di hari yg kedua, adik2 baru ni dh buat sketsa yang dah same level dengan culture night..hoho..memang sporting habis! (time talk dgn abg Umar). Tapi yang kesiannya, baru2 sampai je dah kena denda dengan CC. But its ok, thats what we called memories right. =')

Camp 4 hari 3 malam ni memang pack. Slot start dpd awal pg sampai la malam. Tapi alhamdulillah, semua bagi kerjasama yg baik. To all committees, and participants, you're really great! nak taruk gamba banyak2, tapi..sy tak beli cd lagi.. :(  rugi lak x cilok sekeping 2 gambo dpd multimedia crew aritu..huu
Tapi, 1 benda yg paling terkilan, bukan lah sebab takde gamba.. Tapi sebab sy tak sempat bersama2 dengan program ni sampai closing. Tak sempat nak join Inspire Ceria, tak sempat nk join Pintu Gerbang, dan tak sempat tengok adik2 ni berbai'ah.. Program habis petang, tapi awal pagi dh kena rushing balik UIA sebab ada hal yang lg penting. 

Kepada adik2 Inspire batch 11, akak harap semua dapat kekal bersama Inspire, sebab seramai 68 orang yang ada dalam A.I.T ni, belum tentu bilangan ni kekal sampai ke penghujung. Dan, betulkan niat masing2 supaya setiap langkah kita dalam kelab ni dapat keberkatan..insyaAllah.. :)

This A.I.T reminds me to the previous one. 

ADVANCED INTENSIVE TRAINING 2010 (as a trainer)
Last day A.I.T taun lepas
LDK tepi sungai..
Group yg dinamakan Synerdina

sgt kecik di situ,. =')

Sekarang, adik2 group Synerdina taun lepas dh jadi komiti AIT taun ni.. =) termasuk 3 org dh jadi trainers utk taun ni..(Kamil, Ain, Fatihah) 


ADVANCED INTENSIVE TRAINING 2009 (as a participant)


1st LDK
muka blur habis! haha
nisa n naza.. same2 lukis logo group
skrg nisa dh jadi DnT Inspire yg berjaya.
naza dh jadi S/U Gen yg digeruni..hoho
Pizentation group Super Junior!
teruk kena hentam dengan senior. =P
LDK tengah2 hutan, dalam air
habes LDK, kaki semua kecut mcm org tua..hehe
survival.. ntah ape jadik dengan nasik kitorang time tu..
tapi taun ni sy jadi juri tak bertauliah utk survival AIT.. hoho =_="
yg ni tak payah ckp...semua pun tau maen ape.. :P
p/s : nisa, awat hg sedey sgt?? 
Setiap yg melalui A.I.T pasti ade tersimpan kenangan yg tersendiri. Bagi sy, A.I.T bukanlah sekadar camp training fasi. Tapi kat sini banyak mengajar erti disiplin, daya tahan fizikal n mental, hidup berkawan yang tak boleh pentingkan diri sendri, dan paling penting SABAR..


kat A.I.T ni la kitorang 

  • tido dalam khemah yg lenjun dengan air hujan. 
  • baju se-beg yg basah kuyup,
  • pegi practical turun sekolah dlm keadaan baju tudung berkedut
  • hampir lupa erti mandi yang sebenar..uhuk, 
  • denda kena berenang dalam paya sebab tak ingat name CC, 
  • guling2 kat rumput, 
  • makan dlm masa 3 minit yg hampir nk tercekik (sampaikan penah terfikir nak simpan makanan dlm poket seluar sebab tak habis mkn. hehe.)
  • duduk 'mcm tunggang motor' yang mcm nk patah pinggang, dan yang paling best, 
  • belajar meragut rumput. hoho..
Tingat lagi kata2 CC time tu, masa tu kitorg tengah dalam  keadaan pamping. Pastu abg tu cakap lebih kurang gini, 
"aku nak, lepas ni masa angkat kepala, masing2 ade rumput kat mulut masing2..kalau takde, siap r! "


Dengan rakus sume orang meragut rumput guna mulut..haha. Ade tu, sampai tak buang2 rumput kat mulut sebab takut. Nak tergelak bila ingat balik. What a memory..dulu2 bengang je rasa. Sekarang bila teringat, rase nak tersenyum je.. :')
mane boleh dpt lagi experience camtu. Hanya di A.I.T. Titik permulaan sy sayangkan Karisma@Inspire dan kekal sampai sekarang. Ukhuwah yang ada mcm sebuah keluarga, yang menjadikan hati ikhlas dalam menjalankan amanahNya.. Semoga ukhuwah yg ada akan kekal selamanya..InsyaAllah. :)

Saturday, April 16, 2011

Cerita di Hari Last Exam..

Hari ni last paper. EOP. English for Occupational Purposes. Exam plak kat main hall, molek sangat la meraikan last paper utk last sem kat venue yg grand2 cket. Pegi exam dgn Atif n Aimi n Liza, n Kam. naek kete Atif. sebab kereta pinjam selama satu sem dah takde. Dah balik CH. :'( 
Moto pulak tak siap2 lagi kat bengkeL. Mau sebulan lebih dh kat bengkeL tu. Sms pakcik tu, dia tak reply. Kol berkali2 dh, tapi tak angkat. Membe2 sume dh pikir bukan2. Dorang cakap myb moto tu dh kena jual. Pastu pakcik tu melarikan diri, sebab tu tak angkat fon. bia beno?!  Y_Y

Sebenarnya moto tu ade je lagi kat bengkeL. dh pegi tengok 2 hari lepas. Moto tu tersadai macam tu je.. Pekerja bengkel tu ckp, barang2 spare part takde. so, takleh baiki. Persoalannya kat sini, nape tak bagitau lgsg atau update apa2 pada pemilik motor Scooter Naza tersebut, iaitu saya. Berjaman tunggu, ingatkan dorang tengah baiki. Bila pelanggan tanya, tak jawab, tak angkat. Betul la ade orang cakap, org Melayu ni tamak. Semua benda yang rasa tak mampu buat pun tetap nak jugak, sebab nk untung lebih. Kalau rasa tak boleh baiki, kan senang kalau cakap tak boleh. Myb kita ada solution lain. Anta kat bengkel lain ke, atau kalau dh teruk sangat, pegi jual ke moto tu. Moto tu banyak lagi kegunaan dan kepentingan lain selain dijadikan hiasan kat bengkel tu. Kalau la pakcik tu tau, betapa pentingnya moto tu sekarang ni, nk guna pegi exam, keje, etc..

moto yang banyak berjasa.
abg bengkel tu ckp, kalau jual bleh dpt dlm 8rat-1rib..
tapi x sampai hati gue nak jual :'(
tp kalo buleh dpt dlm 2ribu ok gak an..huhu



Habis topik motor. Exam td kol 3ptg, gerak dari mahalah kol 2.35, smpai hall kol 2.45, terus masuk. Bajet best je masuk terus, tak study pape langsung dah.
Sampai awal kat hall, sempat r snap2 pic cket, buat kenangan last amek exam kan..hehe

atif and aimi.. :)

pastu kena tego ngn akak invigilator sebab buat bising dalam dewan. akak tu saje kecoh sebab tak ajak die bergambar skali la tu.. =P

Aritu dlm post Rindu Blog ade cakap pasal praktikal kat Jalan Ampang. Dh bjaman tnggu, tadi baru la dapat confirmation letter. Alhamdulillah.. :)

Satu lagi, pasal isu blog. Semalam sy belajar samting. Ada seseorang tegur n cakap, kalau boleh dlm blog: 

1) jangan syok sendiri. contohnya mcm post kali ni la, hehe. cerita mcm2 hal diri sendiri. Tapi sy kureng bersetuju dengan komen itu, sebab blog ni ada byk kategori. termasuklah personal blog yg memang menceritakan pengalaman, dan event2 tertentu yang blogger tersebut nak share dlm blog beliau. Jadi, sy rasa xde salahnya untuk nak share apa2 pengalaman, atau pendapat sendiri yang mungkin menampakkan seperti syok sendiri, tapi tidak mengapa sebab itu dilakukan dalam blog sendiri. Dan sesungguhnya tiada paksaan utk membaca mana2 blog, terpulang pada setiap individu.

2) jgn letak info2 yang orang lain boleh google sendiri. Contohnya mcm post sy yg sebelum ni,pasal Universiti. Pengomen tersebut jugak cakap, post mcm tu tersangat lah general. Dan info yg diketengahkan sangat tidak sesuai dengan org yg umurnya mcm sy. hmm.. -_-
Sy kureng bersetuju jugak dengan komen tersebut, sebab bg pendapat sy yang sgt kekurangan general knowledge ni, takde salahnya nak share ape2 yang dirasakan berguna untuk pengetahuan org lain. Tak semestinya apa yang dh ada dlm gooooogle tu org lain akan tetibe rajen untuk pegi surf. Alang2 dh ade org share knowledge secara percuma, dan dh tolong gooooogle kan, walaupun tak banyak, at least dpt la sedikit manfaat n info. Kalau sy sebagai pembaca sekalipun, sy sgt appreciate apa2 isi kandungan blog org lain walaupun mende tu sy dh tau. At least kita boleh compare kan samada info yang kita dh sedia tau dengan ape yang org tu post betul ke tak, atau tuka2 pendapat ke..

Pastu bila sy tanya, "dah tu, ape jenis post yg sy patut sy letak kat blog? sumenye mcm tak betul.. -__-" Pengomen tersebut jawab,


3) buat la entri blog yang menceritakan pengalaman. Pengalaman tu sesuatu yang org lain tak boleh dapat. Tapi bila sy buat entri pasal pengalaman pasal braces, pasal pengalaman belajar bahasa isyarat,etc, sy tny pendapat pengomen tersebut. Beliau ckp, ntahlah.. bese je.. takde la best mane.. hmm. 

Walaupun agak tersedih dan terasa dengan komen2 dan kritikan tersebut, dan kadang2 selalu hilang semangat n konfiden nk tulis blog dah, tapi sy takleh nak ckp pape. Sebab biasanya insan2 yang berani tegur kita ni adalah insan yang betul2 mahukan yang terbaik utk kita. Dan tak salah kalau sy katakan insan2 tersebut biasanya org yang rapat dengan kita. Dan biasanya takde orang yang suka, dan boleh terima teguran n kritikan dengan hati terbuka, melainkan, cara teguran tersebut disampaikan dengan penuh berhemah. Dan cara pengomen tersebut menegur sy sebelum2 ni adalah sgt berhemah, dan sy tau dia dh cuba sedaya upaya jaga bahasa dan susun kata sebab taknak bg sy terasa. :) 
Time kasih sy ucapkan. Satu lagi kata2 dia yg betul2 buat sy belajar nak terima kritikan ni, bila dia ckp camni :
"jangan jadi typical malay, jadi orang yang berani terima kritikan..."


Sekian saje 3 cerita dalam 1 entri. Boboi.