Wednesday, March 30, 2011

Tips : LAST MINIT STUDY!

Tak suke ah exam. Satu perasaan yang tak best. Rase cam masa tu berharga tapi dah terlambat sebab banyak sangat tak tau.
Bile jawab soklan past year terkial-kial.
Bile nak refer buku or notes pun da tak taw nak refer chapter ape sebab notes masih 'bersih', clean n clear. Baru dicetak dari mesin printer.
Masa ni lah baru nak cakap,


"kan bagus kalo aku study awal.."


Tiap2 sem pun pikir cenggitu, tapi tak penah2 pon insaf, sampai la ke final sem..hoho. (tak terase pun.... -_-)


Mesti anda penah mengalami masalah yang same bukan?hehe.. tak payah segan2 nak ngaku... kita dh kesuntukan mase nak malu2. 
Jom cek tips2 study last minit kat bawah!




1 - Carik masa paling 'Terbaekkk'


Tiap orang lain2 cara study. Pick your own 'prime time'. Ade yang cepat pikap kalo study malam2. Ade yang rase minda dia lagi fresh pagi2. Jadi, study la pada waktu yang korang betul2 efektif & produktif. 
Mesti kdg2 kita rase bila duduk kat meja, temenung tengok buku spnjg hari, korbankan tido tiap2 ari, pastu tak pegi kafe sebab rase nk jimat mase study, lalu hanya makan megi boleh setelkan problem study last minit kan? Salah same skali!
Itu sebenarnya disebabkan perasaan besalah sebab study last minit. Bila dpt result x best, at least kita boleh la ckp, 


"xpela..aku dh cuba yg terbaek.. aku x tido spanjang malam kot sbb study.. =( "


Sebenarnye kalau kita study dan focus 2-4 jam pd waktu yg betul2 effective is much more better dpd bersengkang mata sehari suntuk sbb study.


2- Don't study hard.. (huh??)
Study yang banyak sbnrny tak menjamin result yg gempak.
The smarter way to study is, study the right thing. 
Amek important point, dan yg paling penting, fahamkan. Dan kalo boleh, catat point2 penting supaya senang nak ingat ape main point yg kita dh study sebenarnya. Kadang2 sesetengah org bila dh study 2 3 chapter sekaligus, dia cakap gini,


"mende ape aku bace tadi ek, byk sgt..x ingat dah la.." <---- sy la org tu.hwah2


Jadi, buat 1 notes yg simple tp padat dgn main points, supaya senang nak refer masa dh last2 minit.


3- Buat latihan Past Year Question
Sebab biasenye soklan exam tu dia keep repeat mende yang same.. Xpun pattern yang same. Soalan yang macamane biasa keluar untuk MCQ, mane yang biase utk essay, short answer, etc. Bila dh tau pattern cmane, senang sket nk organize cara study, & senang nk pick mane2 femes topics & important points.


4- Stay awake
 "cane ni..bukak buku je, ngantuk..baru bace tajuk, dh tetido.." (mane taknye, dh hang study ats katil! haha)


Maksudnya, berjaga pd time yg korang betul2 efektif td. (Prime time td tu..)
Time tu la kena betul2 fokus. Tapi besenye ramai org tetido mase tengah study sebab tak cukup tido.. Cane nak elakkan tertido pd waktu2 genting tersebut? 
Jawapan : BUAT LA PAPE PUN ASAL KORANG TAK TIDO!!


Stgh orang maybe rasa segar lepas basuh muka, atau pun jogging ke, minum kopi ke, tengok Running Man kejap ke, men game kejap ke, pape jela. Tapi yg paling penting, disiplin! Kena pandai2 la stop bila dh segar tu.. Pastu terus sambung study balik.


5- Jauhi daripada sebarang gangguan
Jauhi dpd ape2 je yang boleh mengganggu emosi. contohnye handphone, fesbuk (-__-), tengok movie, atau ape2 je yg boleh mengubah mood. Simpan handfon dan laptop anda di kampung, utk mengelakkan anda menggunakannya..  (haha..xpayah melampau cenggitu) Bukan bermaksud x boleh langsung bukak fesbuk nk ngomen kejap, cuma yg penting jangan sampai mood nk study tu hilang.


The keyword here is : CONTROL
Ape2 gangguan yang datang pon, keep it under control. Kalau rasa x boleh nk control, banned terus fesbuk/Twitter/Myspace, etc buat sementara.


Semoga tips2 yang x seberape best ni berguna kpd sesape yang tengah stdy last minit.  The most important thing in making last minute studies successful is DETERMINATION & EFFORT.


Macam yang biasa kita dgr : “where there’s a will, there’s a way"


Make the best use of the remaining time you have ! Gunakan saki baki mase yang tinggal ni sebaik mungkin! <---ucapan pd diri sendiri 
jugek.. -__-
MySpace


Ok lah, tu je nk share..nak g study plak ni, pagi besok exam maa..


Good luck semua! Ganbatte ne!!

Monday, March 28, 2011

Carik Rumah


Yesterday i went to Bangsar area, searching for room/house to rent. Baru ku taw betapa susahnye nak carik rumah kat kL ni! hadoi.. Ingatkan kalau pusing2 taman perumahan tu ade je jumpa mane2 iklan orang tampal ke ape ke..rupenye tak dok. -__-
Ade tu ade, tapi secipuut je.. 
Nak cari rumah area Bangsar South sebab dapat offer praktikal kat sane.
Ni bangunan ofis. Nampak cam canggih je kan? Tapi ofis nye hanyelah seciput je sebenarnye ye..haha.(merendah diri)
Tapi saje letak gambar canggih sket nak bagi nampak gempak.

Tapi tak accept lagi offer company ni, sebab tengah pikir2. Jauh sangat, malas nak nak dok umah sewa senarnye.. Lepas buat tinjauan semalam, area perumahan paling dekat adalah Kondo Rakyat dan Vista Angkasa. Nak dok umah mewah2 tak mampu.. ='( elaun pun seciput je.. tapi alhamdulillah..ok la daripade takde langsung..ye dok? (macam TM..bagi offer tapi langsung tak bagi elaun..isk3)


Mesti ade yang cakap, 


"eleh, ade orang nak ofer pun dah kira ok.."


Betol tu. Tapi yang duit elaun tu adalah sgt penting bagi seorang tudent mcm saya sebab nak guna untuk transport, accomodation, etc.


Back to the topic, kat bawah ni gambo2 umah tersebut
ni Kondo Rakyat, also known as Rakyat Condominium

ni dia Vista Angkasa (mcm same je lebeh kurang mcm gambo kat atas..huhu)


Nak cari rumah sewa ni susah cket.. tapi bilek sewa banyak je.. Buat masa ni tak tau lagi nak pegi dok sane ke tak.. 
Tetibe tadi google2, terjumpa lak gambar ni




was found dead at the bottom of Apartmen Vista Angkasa suspected falling down 16th floor




Aiiyyoo,.zaman bila punye gambo ni..bikin den cuak je..besok nak remove gambo ni..takut nak letak lelame dalam blog *_*

Pape pun, segala confirmation akan dibuat seblom Kames ni! Aku pulak berdebar nk tggu decision sendiri..haha

Saturday, March 26, 2011

Korean Drama - Mary Stayed Out All Night!

Assalamualaikum! 

Lama dah nak cakap pasal citer ni, tapi asek lupa je. Mary Stayed Out All Night atau name pendek dia Marry Me Mary.
Faktor utama ramai nak tengok citer ni tak lain tak bukan disebabkan hero dia..Jang Geuk Seuk atau lagi famous amous dengan nama Hwang Tae Kyung oppa! dalam citer You're Beautiful.
Tapi ramai jugak member2 yang takde minat nak tengok drama ni sebab dorang cakap imej Tae-Kyung dalam ni dah tak hensem. Rambut panjang.
Tae-Kyung dalam citer You're Beautiful
Ade gak yang tak suka sebab heroin dia ni tak comei (kata mereka...) But for me, comel jek.. ;)
Sinopsis citer ni rumit sket..
Citer ni mengisahkan perempuan daripada keluarga yang miskin, bercinta dengan lelaki A, iaitu penyanyi Indie Band.(Tae-Kyung) Tapi dalam masa yang same, ayah perempuan ni tak suka laki tu sebab laki tu pun miskin jugak..nanti takde sape nak tolong setelkan hutang dia.. So ayah dia ni tadi nak anak dia kawen dengan lelaki yang lagi kaya, almost perfect, iaitu lelaki B.

Tapi perempuan ni taknak, jadi dia kahwin tipu2 dengan lelaki A sebab nak tipu ayah dia dan bagitau yang konon-konon dia ni dah kawin.. Tapi ayah dia ni lagi bijak, ayah dia dah register kan secara legal dan sah, perkahwinan perempuan ni tadi dengan lelaki B tanpa pengetahuan perempuan tersebut.

Seterusnya, korang g la tengok k. Drama ni boleh tahan la slow dia, dan hanya peminat2 yang tegar lagi jitu je mampu habeskan..hehe
Ni link cerita ni kalau nak download.

Episode 1
Episode 2
Episode 3
Episode 4
Episode 5
Episode 6
Episode 7
Episode 8
Episode 9
Episode 10
Episode 11
Episode 12
Episode 13
Episode 14
Episode 15
Episode 16 END

Friday, March 25, 2011

Selamat Tinggal Campus.. T_T [Part 1]





Petang tadi baru abes presentation EOP
dalam cls td baru teringat samting..

"ni kelas last aku rupenye!"


Sebelum datang class pg td, mood happy bukan maen sebab hari last pegi cls kan.. besok luse tak payah g kelas dah. yeayy!


tapi bila teringat ni kelas last..hmm




tetibe rase macam..


Yelah, tadi kelas last untuk sem ni. sem ni pulak sem last belajar kat sini.


lepas ni takde dah keluar masuk dewan kuliyah ni..
takde dah nak borak2 dengan kawan dalam kelas..
takde dah nk present kat depan cls dengan kengkawan..
takde dah sebok2 nak print assignment beberapa minit sebelum kena hantar..
takde dah sebok2 study last minit untuk quiz esok hari..
takde dah malam2 buat discussion dengan groupmates sebab nak siapkan project..
takde dah nak cuak2 kira attandance bape kali dah ponteng class.


selamat tinggal campus life.. =(


cepatnya 4 tahun..
cepatnya 4 tahun..
cepatnya 4 tahun..
cepatnya..!!
(genap 4 kali aku repeat. membuktikan betapa cepatnya 4 tahun berlalu)




today make me revise on the 1st day we came here
pertama kali jejakkan kaki ke 'Taman Ilmu dan Budi' ni..
Taaruf Week (1st day)
walaupun masing2 still blur dengan life baru..


1st and 2nd 2week kat sini :
-Nak cari kelas pun tak jumpa, kena tanye senior2 kat tepi jalan.
-Jalan nk balik bilek pun boleh sesat. -__-"
All those things i will keep as valued memories.. :)

Walaupun selalu kadang2 ngantuk dalam kelas, jasad je berada di kelas tapi roh dah balik bilek, kadang2 jugak sebok kira brape minit lagi lecturer ni nak berenti lecture, etc..itu sume dh jadi kenangan.


Liza, me, Gee
Teringin nk pesan pada junior2 yang still ade bebarape sem lagi kat sini. Hargailah tiap detik korang melangkah nk pegi kelas, sebab selama 4 tahun ni je korang berpeluang belajar sama2 dengan kawan dalam 1 tempat. 
Bila masing2 dah kerja, dah ade haluan sendiri nanti, masing2 balik kampung halaman masing2..xde dah nak jumpa tiap2 ari macam sekarang.
Kalau ikutkan rasa malas, memang semua orang malas nk belajar.malas nak pegi kelas.
Tapi bila fikir yang semua pengalaman ni cuma sekejap sgt, sesuatu yang korang takkan dapat retrieve balik pada masa akan datang,
korang cuba la hargai sebaik mungkin k ;)


Banyak lagi nak kongsi semua kenangan2 dpd awal sem masuk sini sampai lah akhir sem. Dpd pasal kelas, club, mahallah, dan especially kwn2 kat sini. nanti lah, insyaAllah in the next part. 


your class
❤ your lecturer
 your buddies




*special THANKS to the 'Garden of Knowledge and Virtue' for give me such a precious moments here!
KOMAO!!! T_T

Wednesday, March 23, 2011

Contoh Surat Untuk Ibu Bapa Mohon Izin Kahwin Awal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, along takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.


 Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.


Puteramu,
Along

P/S : ini bukan sy punye surat..sy amek contoh dari sumber lain. Kalau korg nk kawen awl, bleh la guna sample ni.. sure dpt green light! hehe. insyaallah.....

Sunday, March 20, 2011

World Invasion - Battle Los Angeles

Battle Los Angeles. 
Citer ni sy baru je tengok. Best! 
Tapi bagi sesiapa yang tak suka filem action, suka citer yang kena fikir2, suka cerita yang ade selit2 aksi romantik, tak suka citer yang ade alien2 yang tak logik tu, movie ni tak sesuai kot untuk korang tengok..sebab dalam citer ni memang banyak alien, makhluk asing, UFO, dan yang seangkatan dengannya.


Tapi bagi sesiapa yang sukakan action, cerita yang tak perlu fikir banyak2, tak membuang masa dan straight to the point, movie ni korang memang kena tengok. Sebab citer ni 99% action, non-stop! Daripada awal sampai la habes, nk kelip mata pun rase tak sempat sebab takut termiss ape2 action..(hoho.ini adelah.hyperbola). 




Citer ni mengenai tentera Marin US yg try nak selamatkan bumi LA dpd serangan alien yang nk menakluk Bumi. Walaupun citer ni pasal perang dengan makhluk asing, tapi banyak gak dia selit pasal humanity and leadership. Bagus la.. Tapi rasanye movie ni tak cukup la 2 jam.. Patutnya kena 3 jam kot..sebab rasa macam kejap sangat. Tetibe je dah habes..huu


Kalau tak pernah tengok lagi, try la tengok.
Tapi kalau korang dah penah tengok, komen la sket..kot2 la pendapat kite lain kan..hehe

Friday, March 18, 2011

Info penting bagi mereka yang berniat nak pakai braces! ;)

Assalamualaikum.. 


Bila cakap pasal gigi, orang Malaysia kita ni ada satu fobia yang amat ketara. Iaitu fobia pergi klinik gigi atau jumpa dentist. Selagi dapat tahan sakit, selagi boleh tidur nyenyak malam2, selagi tu lah tak nak pegi klinik gigi. Sebijik macam sy. Kalau lalu depan klinik gigi je pun, dah cuak. Sebab dia ada satu bau kat klinik gigi ni yang sangat menakutkan..hoho. Padahal belum pun masuk lagi. Masa zaman sekolah dulu lagi la..bila tau je ade dental check up, idea utama yang keluar kat otak, nak nyorok kat toilet..huhu. Tapi sekarang ni sy dah tak kesah semua tu, cakap je pasal dentist, sy rilek je. 
Kawan2 yang rapat, dan yang selalu jumpa, maybe dah tau yang sy pakai braces sekarang ni..tapi kalau tak tau lagi bagos.heheh. Sy pakai ni dah lame dah.. (2 minggu lebih)  tp rase mcm dh pakai 2 taun! Tapi sejak selalu pergi klinik ni, dia jadi dah biasa, tak takut dah. Jadi sy nak share la sket info & pengalaman selama pakai braces @ gigi besi @ gigi comel ni.. hoho
Soalan biasa yang orang tanya bila jumpa :

1) Kenapa pakai braces? Gigi nampak macam ok je..

Sy dipaksa rela.. -_- 
Sebab gigi bawah berlapis2, compang camping (xtau nk guna perkataan ape). Gigi atas pulak macam senget benget sket. Bila katup gigi, gigi depan macam tak boleh kunyah dengan betul sangat sebab gigi atas dan bawah tak align.


2) Apa step dia sebelum pakai braces?

Ok, biasa sebelum kita pakai braces, dentist akan 'baiki' dulu ape2 yang patut, contohnya ada gigi yang kena tampal ke, kena cabut ke..tapi kalau gigi yang jarang, biasanya tak payah cabut gigi dah, tapi kalau kes gigi berlapis, biasanya dia akan cabut la dalam 1-4 batang. Macam kes sy ni, nasib baik sebatang je..Alhamdulillah sangat2..pastu dia akan ambik acuan gigi dulu, sebab dia nak study bentuk gigi kita camane. Pastu kena pergi x-ray gigi pulak. Macam kelakar kan bunyi "x-ray gigi".. hoho. Sebab dia nak tengok akar gigi tu camane kot. Lepas tu baru lah pakai braces.


3) Tak sakit ke pakai braces?

Tipu la kalau cakap tak sakit. Tapi sakit dia dari lain2 sebab.
  • Sakit masa nak cabut gigi

Hari nak pergi cabut gigi tu, Tuhan je tau betape cuaknye gue. Pucat, seram sejuk je rasa. Makan tak lalu, tidur tak lena..huhu.over kan.. yang sakitnya time dia inject je, bagi bius. 3kali gak la dia cucuk..yang tu memang sakit. Tapi bila time dia cabut, dia pulas2 gigi tu, dah tak rasa apa. Time tu terasa diri ni hebat gila, macam superwoman je sebab tak sakit langsung..haha

  • Sakit masa mula2 pakai

Masa tengah pakai pun sakit gak, dekat 2 jam nganga mulut dia nak pasang besi tu,.luka gak la bibir sebab kena bukak mulut luas2. Lepas daripada tu, sakit sebab tak selesa, tapi dalam 4 5 hari je la. Terasa gigi kena ikat, ketat. Sebab tu jadi kurang selera nak makan. Orang offer burger time tengah lapar pun, tak lalu makan. Nak gigit pun sakit. Jadi sape yang rasa nak diet, elok la pakai braces..hehe. 

  • Sakit sebab ada ulser
Ulser memang kes biasa bagi yang pakai braces. Sebab bibir dan kulit yang kat belah dalam pipi (xtau nak sebut ape) akan selalu terkena besi. Tutup mulut pun terkena, apetah lagi bila bercakap. 
Dia akan bergesel lagi dengan ulser tu. Sakit..sebab tu sekarang ni sy lagi suka diam daripada bercakap-cakap. Tapi diam kena berpada-pada..sebab bak kata orang, diam tanda setuju.huhu. Bahaye gak tu. Back to the topic, jadi bila ada ulser lebih daripada 1 dalam satu2 masa tu, itu adalah normal. -_-"


4) Berapa lama pakai?

Doktor cakap, setiap orang lain2..bergantung pada cepat atau tak gigi tu bergerak. Ada kes 6-8 bulan je. Ada yang setahun. Tapi paling maksimum, biasanya 2 tahun la.. Jadi sy berdoa sangat2 supaye gigi sy ni cepat bergerak..sy nak catat rekod, pakai braces 2 bulan je! aminn..


5) Mahal tak buat braces?

Hmm..soalan ni sangat kerap diajukan. Harga standard biasanya dalam 3k-4.5k.. Tapi kena pandai2 cari la. Ada kawan sy sorang tu cakap, kat tempat dia murah nak banding dengan tempat lain. 3k, siap boleh pilih nak yang besi (metal braces) atau yang transparent. Braces jenis ni lagi best, sebab orang tak nampak sebab invisible. Tapi kalau kat tempat sy, yang macam ni punya, 6k lebih.. cekik darah kan..baik beli kereta second hand. Tapi jangan risau, dia bukan suruh bayar sekaligus..boleh ansur2. Setiap bulan pergi appointment, boleh bayar sket2 dalam rm50-rm100. Tapi yang harga 3k-4.5k tadi tu untuk yang klinik swasta la. Kalau kat hospital kerajaan, murah sket, tapi waiting list dia panjang dan lama.. dalam 2-4 tahun, depends tahap ke-kritikal-an gigi pesakit tersebut.

Ni contoh transparent braces. Tak nampak sangat kan..

6) Ada pantang larang makan tak?

Kalau korang google, ada banyak dia list. Tapi hari tu doktor tu cakap, secara general tak boleh makan benda2 keras, makanan bergoreng macam burger kena kurangkan. Air gas yang banyak gula, makanan or minuman yang manis sangat atau masam sangat, dan benda2 yang melekat macam chewing gum, mentos, etc. Doc cakap boleh makan, tapi dalam sebulan sekali je..huhu..sedih kan.
Itu jela info sihat yang sy boleh share kali ni, semoga sedikit sebanyak dapat membantu.. ;)

Wednesday, March 16, 2011

Playful Kiss

Assalamualaikum & anneyong! =)


Currently feel : rasa kehilangan samting sebab baru habes tengok citer korea. huhu. Ini adalah perkare biase tiap kali abes nengok korea. Korang penah tengok citer Playful Kiss tak? Cite ni boleh la..bes gak. Boleh gelak + nanges sekali harung je..hoho
Cover page Playful Kiss

Tapi awal2 dia macam slow cket..mesti korang rasa nk stop je tengok cite ni mase beginning die sebab lambat yg amat. tapi dh tengah2, plot dia dh laju. Awal2 tengok, sy tak brape suka heroin dia. Tapi start episod 2, terus minat! sebab makin lama tengok makin comel..huu
Ha Ni

Citer ni citer pasal sorang budak perempuan daripada kelas F, seorang yang sangat clumsy dan agak bodoh, suka kat budak laki kelas A (kelas paling terer la). Laki ni plak seorang yang genius, memang 1st rank dalam sekolah, femes gila, hensem, pujaan hati sume student lain, kira mcm perfectionist la. Tapi laki ni sangat kerek, lalu beliau menolak cinta perempuan ni mentah2, depan orang ramai. Dia ckp dia tak suka perempuan bodoh.
Baek Seung Jo


1 hari, bila rumah perempuan ni roboh,(dan2 je boleh roboh..hoho) dia ngan ayah dia pindah ke umah sorang kawan lama ayah dia. Rupanya rumah tersebut rumah laki tadi tu! MySpaceLaki tu dh la tak suke perempuan tu, tapi skrg ni terpaksa duduk serumah..
Nak tau lagi lanjut, korang g la tengok...hehe. 
Cite ni ade special edition. Kire mcm Playful Kiss Season 2.  Ada 7 episod, 10 mins setiap episod. Ni link utk yg special edition + eng sub, kalau korang nk tengok.. :)


Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7

Rating utk cite ni: 9 

Tuesday, March 15, 2011

An Inspiration Animation

Assalamualaikum w.b.t.

Sekadar berkongsi.. Kalau sesiape rasa tengah xde semangat, xde keyakinan pd diri sendiri, atau tengah down... Cuba tengok jap video ni. 3minit je..







Video yang memberi inspirasi.

Thursday, March 10, 2011

Jangan Kahwini Perempuan yang ada 6 sifat ini

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.


Semoga kita semua dijauhkan daripada tergolong dalam golongan wanita2 ini..insyaAllah..

Wednesday, March 9, 2011

Tips for Internship Interview

Assalamualaikum dan Selamat Hari Wanita..MySpace
Disebabkan besok sy ade interview untuk practical training, jadi hari ni sy nak share siket tips2 untuk pegi interview.. sebelum2 ni dah penah pegi interview, tapi tak terpikir pulak nak google2 tips2 interview ni.. Bila dah failed interview tersebut, baru terpikir nk carik info pasal interview ni..wuwuw..MySpace




Persediaan awal :


1) Sebelum pegi interview, try buat research pasal company tu. Review website dan amik ape2 maklumat yang penting. Kalau ade kenalan atau senior2 yang penah buat internship kat tempat tersebut, tanya pengalaman diorang. Background knowledge on the organization is impressive to an interviewer.


2) Dress well for the interview. Overdressing is better than dressing too casually. Choose darker colors rather than light ones to look professional and conservative. Bagi yang berbaju kurung, elakkan pemakaian baju kurung yang bercorak bunga2 sangat..untuk menampakkan formaliti.


3) Try practice jawab sample2 soalan yang berkemungkinan. Contoh2 soalan boleh google2 kat internet. Practice ni untuk gain confident..tapi jangan memorize jawapan tersebut, nanti menampakkan kita macam robot..


4) Prepare questions to ask. Kadang2 interviewer ni akan buka Q&A session, kalau nak tanya apa2 pasal position ke, company, etc. Ask about the type of work you'll be doing for the internship and what you'll learn. (tapi nak lagi bagus, tanye la bape elaun dia nak kasi..hoho)

5) Bring samples of your work. Design or writing samples, presentations, group projects and research papers are all examples of work that an employer might like to see, depending on the position.

6) Last but not least, be yourself during the interview. If you're nervous and feel it's showing, simply mention that you're a bit nervous. Interviewers are usually sympathetic to that. Your goal is to show them who you are and what you can offer.

Gud luck untuk sesape yang nak pegi interview, and wish me luck too!

p/s : kalau ade sesape nak share tips2 lain, or pengalaman mase korg pegi interview ke, adalah sangat2 dialu-alukan..