Sunday, March 6, 2011

Bahasa Istimewa / Bahasa Isyarat

Assalamualaikum..

Selain daripada bahasa melayu, english, mandarin, tamil, urdu, bahasa jepun, korea, dan seangkatan dengannya, penah tak korang guna atau belajar bahasa lain? Ni kat sini sy nak share satu lagi bahasa yang tak ramai orang tau.. Hanya insan2 istimewa dan terpilih je yg biasa guna bahasa ni,. iaitu... bahasa isyarat.. 
Tak semestinya orang2 yg kurang upaya je boleh guna bahasa ni..kita yang normal pun boleh belajar, as additional knowlegde..best woo.. 
Nak dijadikan cerita, sy dulu penah belajar bahasa ni masa sekolah rendah, sebab sekolah sy tu sekolah integrasi, dia campur student biasa, pastu ada bangunan khas untuk student2 special ni. Jadi, tiap kali perhimpunan hari isnin, kitorang akan diajar 5 perkataan baru untuk bahasa isyarat ni.

Hehe, ni nak citer pengalaman bes masa belajar dolu2.. Ade sekali tu, kitorang baru lepas diajar bahasa isyarat ni pasal kaler. Putih hitam hijau biru, sume2 tu la. Nak dijadikan kesah, lepas sy balik kelas, (masa tu kelas sy tingkat 4) ade sorang student laki India ni, (dari kelas tingkat bawah) dia ni bisu.. dia nak cakap ape tah kat sy masa tu. sy tak berape nak paham sebenarnya.. tp sy nak try gak mengaplikasikan bahasa yg baru sy belajar ni..nak tunjuk terer la kunun..huhu. Jadi sy pun guna la bahasa isyarat gak..masa tu kitorang komunikasi jarak jauh je..romantik gitu..hwahwah. 
. . . .

Tak lama pastu, tibe2 je dia marah. Pastu dia datang tingkat 4 nak kejar sy. Bila sy tanya kawan, rupanya sy tercakap kat dia, "AWAK HITAM!" hoho. Patut la dia marah sangat. Tersalah guna perkataan daa.. 
Moral of the story, jangan la suka berlagak, atau tunjuk hebat..huu. Tapi itu citer 11 taun lepas.

Skrg ni meh nk share ayat2 yg penting dalam bahasa isyarat ni. Sambil baca, ce cube try buat..
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"

Huruf A - Z
Untuk huruf kt atas ni, boleh guna untuk eja nama kita.. Contoh, 


1)
"saya.."

I
Z
Y
A
N
"izyan.."


Takde la susah sangat pun nak belajar bahasa ni..just kena ingat la pergerakan dia. Kitorang kat umah kadang2 guna gak bahasa ni dgn adik beradik, saje nak berpoyo-poyoan..huhu
Sekian saje pelajaran kali ni. Pasni kalau nak mintak keje ke, selain letak "Language use : bahasa melayu and english", boleh la letak Bahasa Isyarat ni dalam dalam resume korang sebagai additional language. Manetau cepat dapat keje..hoho.

No comments: