Assalamualaikum..
Bila cakap pasal gigi, orang Malaysia kita ni ada satu fobia yang amat ketara. Iaitu fobia pergi klinik gigi atau jumpa dentist. Selagi dapat tahan sakit, selagi boleh tidur nyenyak malam2, selagi tu lah tak nak pegi klinik gigi. Sebijik macam sy. Kalau lalu depan klinik gigi je pun, dah cuak. Sebab dia ada satu bau kat klinik gigi ni yang sangat menakutkan..hoho. Padahal belum pun masuk lagi. Masa zaman sekolah dulu lagi la..bila tau je ade dental check up, idea utama yang keluar kat otak, nak nyorok kat toilet..huhu. Tapi sekarang ni sy dah tak kesah semua tu, cakap je pasal dentist, sy rilek je.
Kawan2 yang rapat, dan yang selalu jumpa, maybe dah tau yang sy pakai braces sekarang ni..tapi kalau tak tau lagi bagos.heheh. Sy pakai ni dah lame dah.. (2 minggu lebih) tp rase mcm dh pakai 2 taun! Tapi sejak selalu pergi klinik ni, dia jadi dah biasa, tak takut dah. Jadi sy nak share la sket info & pengalaman selama pakai braces @ gigi besi @ gigi comel ni.. hoho
Soalan biasa yang orang tanya bila jumpa :
1) Kenapa pakai braces? Gigi nampak macam ok je..
Sy dipaksa rela.. -_-
Sebab gigi bawah berlapis2, compang camping (xtau nk guna perkataan ape). Gigi atas pulak macam senget benget sket. Bila katup gigi, gigi depan macam tak boleh kunyah dengan betul sangat sebab gigi atas dan bawah tak align.
2) Apa step dia sebelum pakai braces?
Ok, biasa sebelum kita pakai braces, dentist akan 'baiki' dulu ape2 yang patut, contohnya ada gigi yang kena tampal ke, kena cabut ke..tapi kalau gigi yang jarang, biasanya tak payah cabut gigi dah, tapi kalau kes gigi berlapis, biasanya dia akan cabut la dalam 1-4 batang. Macam kes sy ni, nasib baik sebatang je..Alhamdulillah sangat2..pastu dia akan ambik acuan gigi dulu, sebab dia nak study bentuk gigi kita camane. Pastu kena pergi x-ray gigi pulak. Macam kelakar kan bunyi "x-ray gigi".. hoho. Sebab dia nak tengok akar gigi tu camane kot. Lepas tu baru lah pakai braces.
3) Tak sakit ke pakai braces?
Tipu la kalau cakap tak sakit. Tapi sakit dia dari lain2 sebab.
- Sakit masa nak cabut gigi
Hari nak pergi cabut gigi tu, Tuhan je tau betape cuaknye gue. Pucat, seram sejuk je rasa. Makan tak lalu, tidur tak lena..huhu.over kan.. yang sakitnya time dia inject je, bagi bius. 3kali gak la dia cucuk..yang tu memang sakit. Tapi bila time dia cabut, dia pulas2 gigi tu, dah tak rasa apa. Time tu terasa diri ni hebat gila, macam superwoman je sebab tak sakit langsung..haha
- Sakit masa mula2 pakai
Masa tengah pakai pun sakit gak, dekat 2 jam nganga mulut dia nak pasang besi tu,.luka gak la bibir sebab kena bukak mulut luas2. Lepas daripada tu, sakit sebab tak selesa, tapi dalam 4 5 hari je la. Terasa gigi kena ikat, ketat. Sebab tu jadi kurang selera nak makan. Orang offer burger time tengah lapar pun, tak lalu makan. Nak gigit pun sakit. Jadi sape yang rasa nak diet, elok la pakai braces..hehe.
- Sakit sebab ada ulser
Ulser memang kes biasa bagi yang pakai braces. Sebab bibir dan kulit yang kat belah dalam pipi (xtau nak sebut ape) akan selalu terkena besi. Tutup mulut pun terkena, apetah lagi bila bercakap.
Dia akan bergesel lagi dengan ulser tu. Sakit..sebab tu sekarang ni sy lagi suka diam daripada bercakap-cakap. Tapi diam kena berpada-pada..sebab bak kata orang, diam tanda setuju.huhu. Bahaye gak tu. Back to the topic, jadi bila ada ulser lebih daripada 1 dalam satu2 masa tu, itu adalah normal. -_-"
4) Berapa lama pakai?
Doktor cakap, setiap orang lain2..bergantung pada cepat atau tak gigi tu bergerak. Ada kes 6-8 bulan je. Ada yang setahun. Tapi paling maksimum, biasanya 2 tahun la.. Jadi sy berdoa sangat2 supaye gigi sy ni cepat bergerak..sy nak catat rekod, pakai braces 2 bulan je! aminn..
5) Mahal tak buat braces?
Hmm..soalan ni sangat kerap diajukan. Harga standard biasanya dalam 3k-4.5k.. Tapi kena pandai2 cari la. Ada kawan sy sorang tu cakap, kat tempat dia murah nak banding dengan tempat lain. 3k, siap boleh pilih nak yang besi (metal braces) atau yang transparent. Braces jenis ni lagi best, sebab orang tak nampak sebab invisible. Tapi kalau kat tempat sy, yang macam ni punya, 6k lebih.. cekik darah kan..baik beli kereta second hand. Tapi jangan risau, dia bukan suruh bayar sekaligus..boleh ansur2. Setiap bulan pergi appointment, boleh bayar sket2 dalam rm50-rm100. Tapi yang harga 3k-4.5k tadi tu untuk yang klinik swasta la. Kalau kat hospital kerajaan, murah sket, tapi waiting list dia panjang dan lama.. dalam 2-4 tahun, depends tahap ke-kritikal-an gigi pesakit tersebut.
Ni contoh transparent braces. Tak nampak sangat kan.. |
6) Ada pantang larang makan tak?
Kalau korang google, ada banyak dia list. Tapi hari tu doktor tu cakap, secara general tak boleh makan benda2 keras, makanan bergoreng macam burger kena kurangkan. Air gas yang banyak gula, makanan or minuman yang manis sangat atau masam sangat, dan benda2 yang melekat macam chewing gum, mentos, etc. Doc cakap boleh makan, tapi dalam sebulan sekali je..huhu..sedih kan.
Itu jela info sihat yang sy boleh share kali ni, semoga sedikit sebanyak dapat membantu.. ;)
29 comments:
Pandai awak bercerita tentang braces..entri yg menarik!
akak.. lame x rawatan sebelum pakai braces tu??saya dlm 5-6 bulan sekali die panggil...semangat nak pakai braces pun dah nk hilang dah :(
xlame pun..huhu. akak dlu selang seminggu 2 je rawatan b4 pakai braces tu. maybe kena rajin call mintak update status kat doktor tu kot..huhu.
tenkiu2 post pasal braces..sy pun bakal pemakai braces gak. tak sabar ada takut pun ada..1st appointment dgn dentist ahad ni huhu
boleh tau buat kat mana? sya pun tengah cari2 tempat jugak
wahh. geng ni. hihi. kite dah 5bulan pakai braces. doktor cakap kena pakai dua tahun. hihi best pakai braces sebeb bila kita bercakap semua org tgk kita. hehe
kalau gigi yang ada masalah gusi, karies tu macam mana? masih boleh pakai braces atau tak? sebab ada yang bagitahu, kalau ada masalah gigi macam masalah gusi, lain2 tak dibenarkan pakai braces. betul ke?
@nurdani
sori..sy pun xpasti la pulak. tapi mcm kat klinik yg sy buat braces ni, dia akan bg treatment dulu pd gigi baru dia pakaikan braces. eg: tampal dulu gigi berlubang, bersihkan dulu karies pd gigi, etc. so, bila gigi dah betul2 ok, baru dentist tu pakaikan braces. yg masalah gusi tu xtau la pulak.. better consult dulu dgn dentist tu kot.. :)
mcm best je pakai braces.. teringin,,tp ongkos ny xde..huhuhu
jemput follow blog sy..
http://cantikekalberseri.blogspot.com/
Asalamualaikum, kalau ada gigi susu boleh pakai tak??
tak sure la..rasenye mcm kne cabut dulu.. huhu
Sakit tak waktu nak cabut gigi tu? waktu dia cucuk tu rasa mcm mn eh? saya pon on the way pakai braces tapi takut pulak nieyh...
Nak pakai braces untuk gigi jarang , tp yang paling seram psal cabut gg tu la huaa 😭 Hopefully tak kna cabut la ....
Akak nk cabut tuhh x sesakit waktu first pakai..nk gigit pon sakit 😵
thanks for sharing. berguna sgt! hehe
Kalau nak pakai braces kene takde gigi susu ke
Macam mana kalau ada gigi yang bertampal..doktor bagi buat braces ke ?
hi nak tanya memang gigi depan sakit ke memula masa pakai braces? I mean baru makan dah rasa macam kene cucuk ��
Mmg normal rasa sakit kt gigi dpn time mula2 pakai..rasa ngilu2 camtu..
Mmg normal rasa sakit kt gigi dpn time mula2 pakai..rasa ngilu2 camtu..
Gigi byk rosak.. Blh pakai ke besi tu. Huihhh... Nk tya dktr pon tkt. Tya sni la
Berapa harga eh minimum umur berapa
Kalau dkt kerajaan berapa ribu
Sy baru pasang braces td kt Putra Height, Shah Alam. Ok je belum rasa sakit lg.. hrp2 x skit lgsg la.. cuma nak makan x selesa lah
Klau ggi lapis sy tu mcm mna eh ? Kna cbut jga kh hm
Akak..klu gigi berlubang boleh ke pakai braces .atau perlu dicabut terlebih dahulu sblum pkai braces
Kalau gigi saya ni..tgh buat rawatan akar gigi tapi dia kata gigi tgh ii kena cabut sebab reput dlm gigi dan luar gigi so boleh ka saya nk pasang braces.please jawab😫
akak kalau gigi berlubang dan nak cabut astu nak pakai braces sbb nak rapatkan gigi tu boleh ke?
Saya suka cerita awak😆 saya pun dah planning nak pakai braces. Terima kasih ilmunya...
Post a Comment