Sunday, July 17, 2011

Old - Yahoo Messenger

Do u have something that u wish u could forget?
..and this is one of mine.
Yahoo Messenger. 
Previously, this application seems really familiar for me. 
On that moment, i used to remember all those short cut keys for any smiley without need to click on the smiley button. :-<8-}:-p:)):((:-b:-s:-D 




Now, after a few months i didn't sign in to this thing..
It already become a stranger for me, once i sign it on just now. 
weird feelings. and all mixed around,
like all those old memories that i should wipe out come whispering.
Never thought that i could still remember some of the keys that i love to used before..
for example this one =))
also this :-& 
this too! x(:-/ :">:-Oi-)
long time no see all those funny faces!:))


but 1 of the benefit using YM, korang boleh asah bakat melukis through this Yahoo Messenger Doodle environment. from zero to hero! >__<







Friday, July 15, 2011

Annual fever


Hai korang2.. :)

Lama tak update blog. Padahal tiap2 hari je bukak blog ni, dan setiap kali bukak, biasanya saya akan update dan taip post baru, tapi malangnya setiap kali saya update, tak pernah pun sempat abes tulis full story, saya akan ngantuk dengan cerita yang saya taip sendiri, pastu terus sign out dan tido. Jadi, ade berlambak gile dah draft kat blog ni yang ceritanya hanya separuh je.. tak sempat pun nak publish..huhu. 

Saya dilanda demam sebenarnya ni. 
Demam tahunan...demam yang tiap2 tahun pun kena. 
Dan mangsa utama selalunya wanita. 
Demam ape lagi kalau bukan demam Korea..

MySpace <--- lebih kurang gini kot rupe orang tengah demam. hepi + berada di awang-awangan gitu..hwah2 =P



Antara efek kepada seseorang selepas menonton drama korea:

1) start meng-google gambar hero/heroin di internet.
2) tak cukup dengan sekadar search, kadang2 gambar2 tersebut di jadikan wallpaper laptop atau wallpaper handphone.
3) mula mencari OST lagu2 dan klip video daripada drama tersebut.
4) OST lagu tu akan terngiang-ngiang di kepala dan kat playlist Windows Media Player or Winamp dok putar lagu tu je...macam dah takde lagu lain je.
4) tak cukup dengan mendownload OST, lagu2 tersebut dijadikan ringtone ataupun message tone pula.
5) jumpa mane2 member mesti nak promote dan kenen-kenen kan tentang betapa BEST-nya drama tersebut!
.....and the worst case is, saya dah dapat sume efek2 tersebut! MySpace

6) rasanya mcm ade lagi no 6, tapi tak dapat nak pikir la tengah2 malam ni.. +_+


City Hunter Drama memang best! korang try la tengok... <--- ayat promote. (ini adelah contoh ayat dpd efek nombor 5 di atas)
Drama ni tak macam drama Korea yang lain.ni more to action, strategy, jalan cerita dia pun tak bosan. Citer pasal 'city hunter' yang ade phD in Security dpd UK, dan bekerja kat Korean National Security semate-mate nak mencari, buru dan balas dendam kat 5 orang menteri yang terlibat dalam kes bunuh, rasuah, tipu duit rakyat, tindas rakyat, etc. Plot dia memang menarik la.. kenape dia ni semangat sangat nak balas dendam? tu kena tengok sendiri. panjang ceritanya.. ;) Sepanjang tengok citer ni saya selalu terpikir, kalau la ade betol2 'city hunter' kat Mesia ni kan best...bela nasib rakyat.

Full episod ada 20. tapi setakat ni baru airing sampai episod 14. Seminggu dapat tengok 2 episod je..lama nak tunggu woo..! tulah, dulu dah ade orang pesan, jangan start tengok selagi takde full episod, tapi degil. Sekarang ni melangut jela tunggu episod 15 & 16 pulak minggu depan.huhu..
Ok la. itu je nak citer-nya pun. Akhir kata, doakan saya cepat sehat daripada demam yang membahayakan ni.














P/S : Aritu pegi shopping kain baju raya dengan nenek kat masjid jamek. Korang tau tak kain femes sekarang ni kain ape? Namenye kain sutera wangi, dan satu lagi kain serai wangi. Kain serai wangi ni unik tau. Gosok2 kain tu, nanti dia akan keluar bau serai..huu.

P/S/s : baru2 ni ade jamuan kat opis sempena program Biggest Loser (sape paling berjaya turun berat badan). Ade makan2, ramai yang datang bawak potluck. Saya datang bawak perut. :D

 





Sunday, July 3, 2011

Its all about Naza

Warning : Post ni agak panjang dan mengarut. kalau korang ade kerja lain yang lagi berfaedah, baek korang takyah bace...hehe


                                  *   *   *  *




Saya ade sorang kawan nama Naza. Kawan kepada kawan saya pun bernama Naza jugak. Tapi kalini saya bukan nak bercakap pasal Naza-Naza tersebut. nI Naza lain..

KRONOLOGI kehidupan NAZA :


1) Tahun 2005 - disebabkan nak amek lesen motor, ayah belikan aku motor skuter utk try2 blajar. Skuter NAZA Symphony kaler hitam. Time tu bangge gile bawak Naza pusing2 taman. motor baru la katekan.

2) Masuk matrik 2006 - Disebabkan student tak dibenarkan bawak transport, jadi Naza terpaksa ditinggalkan kat umah. takde orang pun guna Naza tersebut sampai akhir tahun 2007..

3) Masuk Gombak 2007, Naza di bawak ke UIA, sebab 1st year student dh dibenarkan bawak motor. senang la sket nk pegi kelas, or jalan mane2.. time tu berterima kasih sangat2 kat Naza sebab tolong mudahkan perjalanan aku. 

4) Selama hampir 4 tahun berada di UiA, banyak kali Naza sakit. Terkejar2 aku bawak dia pegi chekup kat bengkel.


5) Tahun akhir aku kat UIA, Naza semakin kerap masuk bengkel. Semester lepas je, dah dekat 4 5 kali masuk bengkel, sampaikan tuan punya bengkel tu pun hampir hafal no fon aku. rosak betri la, signal x berfungsi la, motor susah nak start la..macam2 penyakit. Tapi, lama-kelamaan Naza makin kronik. Dia xboleh start automatik, kena manually guna kaki. Dan bila dah start, dia akan automatik jalan sendiri, tak payah press pun dah jalan. huu..menakutkan! pastu bila kita brek, dia akan automatik mati enjin. dan bila dia dah mati enjin, dia dah tak boleh digerakkan langsung!

Situasi dia camni : bila naek moto tengah jalan dan ade kereta kat depan. mestila kita akan brek kan? dan once dah tekan brek, Naza tersebut akan mati enjin secara mengejut, tak kira la di mana anda berada, samada atas bukit, tengah jalan raya, kat simpang, n etc. dan once dia dah mati tengah jalan tu, anda takkan mampu nk tolak motor tu ke tepi jalan sebab gear dia seakan-akan dh di block, dan akan menghalang laluan kenderaan2 lain. Kecuali dengan hidupkan enjinnya, baru bleh gerak ke tepi. tapi sekali anda start kan enjin, Naza tu akan terus pecut, bergerak dengan sendirinya tanpa perlu press ape2. pastu bile brek, dia akan mati enjin lagi. pastu hidupkan enjin lagi, brek lagi, mati lagi, dan begitulah keadaanya.


Jadi aku decide nak hantar Naza ke bengkel buat kesekalian kalinya, sampaikan bila aku sampai je kat bengkel, abg2 bengkel mcm dah muak tengok mukaku berada kat sana. asek2 muka dia ni dengan Naza burok tu.. Y_Y (aku agak2 je dia ckp camni)
Lepas dah sebulan anta, orang bengkel takde update pape. Aku mesej tanya pasal motor, dia tak reply. Aku kol pun, tak angkat2..heish. Last2 bila pegi sana, aku tengok Naza tu dah berhabuk dalam bengkel. Pakcik tu cakap, moto ni dah takleh nk diselamatkan.. rosak teruk sebab gear box rosak dan susah nk cari spare part, etc. Dia suruh aku panggil lori, bawak Naza tu balik rumah,. tinggal kat rumah je sebab dah takleh guna. sedey woo.. Sampai hati dia suroh aku bawak Naza balik simpan kat rumah..

Pastu aku bagitau la kat ayah. Aku cakap la, pakcik bengkel suruh amek motor bawak balik.. dah takleh guna. Pastu ayah macam tak pueh ati, ayah mintak kawan dia tlg amek motor tu dan anta kat bengkel lain. Kawan ayah yang nak tolong tu jiran lame kitorang dulu, tinggal kat area Batu Caves je. Aku gelar dia Abah Yeop dpd kecik lagi. Ari Isnin aritu Abah Yeop tolong amek Naza kat bengkel dan anta kat bengkel dekat dengan Giant batu Caves. Percaya atau tak, motor Naza yang dikatakan takleh repair oleh pkcik and abg2 bengkel tu tadi, yang ambik masa sebulan nak repair konon2-nye, rupanya boleh dibaiki lagi! Sehari je anta, pastu orang bengkel kat Batu Caves tu tepon cakap motor dah siap! SEHARI je bro!! Dorang cakap gear box je rosak dan dah ganti yang baru. 

Time tu aku rase nak je bawak Naza tu pegi jalan2 keliling bengkel lama tu sambil menunjuk2 yang moto aku boleh je hidup! Motor yang dikatakan rosak teruk sampai tak dapat diselamatkan, dan yang amek masa sebulan nak baiki, tapi sehari je boleh repair sebenarnya.


Sebulan kemudian, Naza ni kronik balik. Kawan2 aku yang tension tengok keadaan moto ni sebab asek2 rosak, suruh aku buang dalam sungai je.. -__-  
  1. Side mirror 2 2 dah patah, takde side mirror dah.
  2. Lampu dah rosak. Kalau bawak motor malam2, sambil bawak motor kena press suis lampu, baru dia menyala. 
  3. Meter tak jalan dah. Jarum yang menunjukkan kita bawak berapa km/j tu.. jadi tak tau la brape laju setiap kali aku bawak.
  4. Jarum penanda minyak tu pun dah tak betul. Isi minyak penuh2, cket je dia naek.
  5. Tayar dah botak. Bila brek, rasa motor tu macam nak tergelincir je.
  6. Yang paling kronik, kalu dulu rosak gear, yang kali ni pulak dia selalu tersemput2, pastu mati tengah jalan lagi. Ade orang cakap, maybe karburetor yang rosak, tak taulah. 
Bayangkanla, perjalanan dpd Mahallah Maryam, nak pegi Aminah je pun kadang2 sampai 3 4 kali mati enjin. Apetah lagi kalau nak pusing satu universiti ni. Kadang2 tu, motor ni mati betul2 tengah jalan time ramai gile pejalan2 kaki n kereta lain lalu-lalang. Pastu bila nk hidupkan enjin, dia tak mau start pulakkk...dia kena tunggu lame2 cket baru bley start balik. Banyak la mate2 tepi jalan yang memandang sebab berenti tepi jalan. Jadi, nak cover malu dan nak buat2 takde pape, aku pon buat2 la main msg or on-call kat atas motor tu.. jadi mesti dorang pikir aku bentikan motor sebab nak jawab tepon kan? So, setiap kali motor mati enjin tepi jalan, laju je aku kuarkan henpon dan letak kat telinge, pastu cakap sorang2.

Baru-baru ni pulak, lepas balik dpd rumah minggu lepas, aku nak start Naza, tapi carik2 kunci tak jumpe. Tetibe terpandang ade notes terselit kat motor. 


"saya letak kunci motor awak dekat post guard Aminah"

"Hi, saya pegang kunci awak. sebab kunci awak kat motor. Ni no tel saya ..... Call saya, saya dekat block engin je. Nanti saya datang pulang kunci."

Aku tertinggal kunci motor kat motor rupenye! dekat 3 hari pulak tu. Alhamdulillah, nasib baik ade hamba Allah yang baik hati tolong simpankan. Kalau tak, tak mustahil motor aku dah lesap. tapi bila pikir balik, dengan keadaan motor tu yang tengah nazak, sejauh mana sangat la pencuri tu nk bawak lari motor aku kalau dia nak curik. tak sempat sampai destinasi mesti dia dah give-up sebab selalu mati enjin.hahaha. Bila pegi tuntut kunci kat pak guard, kena marah pulak,

"NI KUNCI MOTOR KAU YE?!! HA! BAGUSLA! LAIN KALI KAU TINGGAL LA LAGI KAT MOTOR TU. ARINI KAU TINGGAL KUNCI JE, LAIN KALI DENGAN MOTOR2 KAU bla bla bla bla...."

Pastu mule la nak nangis..aku ni pantang orang cakap tengking2, mesti nak berair mate. Pakcik tu pun takleh cakap elok2 ke..bagi nasihat kena berhemah, bukan tengking2. bukan aku sengaje pun nak tinggal. Mana ade orang nak tinggal barang2 berharga dia merate2. Had ingatan manusia ni pun ade batasan. Dah ditakdirkan hari tu nak lupa, nak buat mcamane.. 

Seminggu lepas kejadian tu, sekali lagi Naza ditimpa dugaan. Bangun pagi2 masa nk pegi ofis, tengok2 kat motor... .. 

yeah! ini la dia 'sekeping kertas itu' yang mengubah keseluruhan mood pada hari itu.

Persoalan dah terjawab. Sekeping kertas itu adelah surat saman yang entah kali ke berape aku terima. -reason saman : sebab aku parking merate. sekian~

Kerana Naza, aku kena saman lagi.
Kerana Naza, aku kena marah dengan pakcik guard.
Kerana Naza, aku malu sebab selalu mati enjin tengah2 jalan.
Tapi aku takleh salahkan Naza sebab dia tak tau pape, dia hanya ikut arahan. Aku berterima kasih sebab dia dah mudahkan perjalanan aku selama ni. 
Perjalanan yang jauh, terasa dekat sebab ade Naza.
Perjalanan pegi kelas tak rasa penat sebab ade Naza.
Aku terlambat bersiap nak pegi kelas pun xkesah sangat sebab naik Naza. 
Aku doakan kau cepat la sehat wahai Naza... T_TMySpace