Hai korang2.. :)
Lama tak update blog. Padahal tiap2 hari je bukak blog ni, dan setiap kali bukak, biasanya saya akan update dan taip post baru, tapi malangnya setiap kali saya update, tak pernah pun sempat abes tulis full story, saya akan ngantuk dengan cerita yang saya taip sendiri, pastu terus sign out dan tido. Jadi, ade berlambak gile dah draft kat blog ni yang ceritanya hanya separuh je.. tak sempat pun nak publish..huhu.
Demam tahunan...demam yang tiap2 tahun pun kena.
Dan mangsa utama selalunya wanita.
Demam ape lagi kalau bukan demam Korea..
Antara efek kepada seseorang selepas menonton drama korea:
1) start meng-google gambar hero/heroin di internet.
2) tak cukup dengan sekadar search, kadang2 gambar2 tersebut di jadikan wallpaper laptop atau wallpaper handphone.
3) mula mencari OST lagu2 dan klip video daripada drama tersebut.

4) OST lagu tu akan terngiang-ngiang di kepala dan kat playlist Windows Media Player or Winamp dok putar lagu tu je...macam dah takde lagu lain je.
4) tak cukup dengan mendownload OST, lagu2 tersebut dijadikan ringtone ataupun message tone pula.
5) jumpa mane2 member mesti nak promote dan kenen-kenen kan tentang betapa BEST-nya drama tersebut!
4) tak cukup dengan mendownload OST, lagu2 tersebut dijadikan ringtone ataupun message tone pula.
5) jumpa mane2 member mesti nak promote dan kenen-kenen kan tentang betapa BEST-nya drama tersebut!
6) rasanya mcm ade lagi no 6, tapi tak dapat nak pikir la tengah2 malam ni.. +_+
City Hunter Drama memang best! korang try la tengok... <--- ayat promote. (ini adelah contoh ayat dpd efek nombor 5 di atas)
Drama ni tak macam drama Korea yang lain.ni more to action, strategy, jalan cerita dia pun tak bosan. Citer pasal 'city hunter' yang ade phD in Security dpd UK, dan bekerja kat Korean National Security semate-mate nak mencari, buru dan balas dendam kat 5 orang menteri yang terlibat dalam kes bunuh, rasuah, tipu duit rakyat, tindas rakyat, etc. Plot dia memang menarik la.. kenape dia ni semangat sangat nak balas dendam? tu kena tengok sendiri. panjang ceritanya.. ;) Sepanjang tengok citer ni saya selalu terpikir, kalau la ade betol2 'city hunter' kat Mesia ni kan best...bela nasib rakyat.
Full episod ada 20. tapi setakat ni baru airing sampai episod 14. Seminggu dapat tengok 2 episod je..lama nak tunggu woo..! tulah, dulu dah ade orang pesan, jangan start tengok selagi takde full episod, tapi degil. Sekarang ni melangut jela tunggu episod 15 & 16 pulak minggu depan.huhu..
Ok la. itu je nak citer-nya pun. Akhir kata, doakan saya cepat sehat daripada demam yang membahayakan ni.
Ok la. itu je nak citer-nya pun. Akhir kata, doakan saya cepat sehat daripada demam yang membahayakan ni.
P/S : Aritu pegi shopping kain baju raya dengan nenek kat masjid jamek. Korang tau tak kain femes sekarang ni kain ape? Namenye kain sutera wangi, dan satu lagi kain serai wangi. Kain serai wangi ni unik tau. Gosok2 kain tu, nanti dia akan keluar bau serai..huu.
P/S/s : baru2 ni ade jamuan kat opis sempena program Biggest Loser (sape paling berjaya turun berat badan). Ade makan2, ramai yang datang bawak potluck. Saya datang bawak perut. :D
No comments:
Post a Comment