"Aku tak pandai melukis, jadi aku tak boleh 'draw n paint' perasaan aku
Aku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati aku
Aku tak ada 'art n skill', maka aku tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding... dan sebenarnya aku tak pandai pun menulis... aku tau 'throw out n spill' je..."

_hlovate_

Wednesday, August 15, 2012

Resepi : Kuih Kulit Popia

Assalamualaikum.

Daripada tahun2 lepas member2 selalu tanya, macamane nk buat kuih kulit popia ni. Tapi sy asek lupe je nak bagi. Memandangkan dah dekat nak raya ni, jom sy share resepi dia yang agak mudah sebenarnya.. So tanpa membuang masa.... 
Let's begin the class! ^^ 



1) Cerakinkan kulit popia, dengan penuh kelembutan ok. Supaya tak koyak.



2) Gulung kulit popia tu td. Gulungan tu jgn terlalu halus sbb nanti kuih akan jd keras,
dan jangan jgk terlalu besar sbb nanti tak cantik dan rapuh sgt. Pastu nanti cepat hancur. So, gulung sedang2 je..




3) Sebelum habis gulung tu, lekatkan dengan gam tepung. supaya gulungan popia ni tak terbuka masa goreng nanti.
Cara nak buat gam tepung : Letak sikit tepung, letak sikit air, gaulkan. (mcm dalam gambar mangkuk kat atas tu) Jgn cair sgt, biar gam tu agak likat sikit..



4) Lepas dah gam, guntingkan popia tadi secara menyerong. Kalau taknak serong pun takpe..ni just nk bagi cantik je.. :)



                                              5) Dah siap gunting dah ^^



6) Pastu, goreng popia tu tadi.. Api takyah besar2..kecik je. 


7) Bila dah agak kuning keemasan, boleh la angkat. Sejat dulu sebelum letak dalam bekas supaya minyak tu tak over sgt melekat.


8) Sediakan serbuk perasa dia.. Setakat sy penah buat, ade 2 jenis. Perasa kacang hijau dgn Nestume. Boleh la pilih salah satu. 2 2 pun sedap ,tp sy prefer lagi perasa Netume. :D
Cara nk buat : Just blend gula pasir dan nestum tu. biar dia hancur dan halus mcm dlm gambar kat atas.


9) Lepas tu, masa kuih popia yg dah digoreng tu still agak2 panas lg, taburkan serbuk perasa tadi. 


10) Taburkan rata-rata. Sebagusnya gune bekas tupperware yang ada penutup, dan yang luas dan leper mcm ni. Sebab ape bagus? sebab nanti senang masa nak 'goncang' kan bekas ni nanti..supaya popia tu tak hancur.
(tak tau la word ape nk gantikan perkataan goncang tu.. -.-" )



11) Bila dah rata mcm ni, tutup tupperware tu dengan penutup, pastu goncang2 kan die..mcm tampi kacang tanah la lebih kurang.. Kekiri kekanan, kekiri kekanan, dan keatas dan kebawah..huhu



12) Lastly, step no 12, jangan lupa amek gambar mcm ni, sebagai bukti nak tunjuk kat kawan2 korang yang korang adalah pembuat kuih kulit popia ni! Bukan kuih beli kat kedai.. hoho. just kidding. 




Okey, Done!
Selamat Mencuba, Selamat Berpuasa, dan Selamat Menyambut Hari Raya.. 
Hargai mereka yang tersayang selagi mereka masih bernyawa.. :')






3 comments:

  1. tepung utk gam tu tepung apa ye?

    ReplyDelete
  2. sy pakai tepung gandum je.. :)

    ReplyDelete
  3. nak cuba kat umah.. saya baru dapat resipi ni, dah keliling sana sini..
    makaseee :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ONLINE COUNTER

VISITOR COUNTER