Assalamualaikum.
Daripada tahun2 lepas member2 selalu tanya, macamane nk buat kuih kulit popia ni. Tapi sy asek lupe je nak bagi. Memandangkan dah dekat nak raya ni, jom sy share resepi dia yang agak mudah sebenarnya.. So tanpa membuang masa....
Let's begin the class! ^^
1) Cerakinkan kulit popia, dengan penuh kelembutan ok. Supaya tak koyak.
2) Gulung kulit popia tu td. Gulungan tu jgn terlalu halus sbb nanti kuih akan jd keras,
dan jangan jgk terlalu besar sbb nanti tak cantik dan rapuh sgt. Pastu nanti cepat hancur. So, gulung sedang2 je..
3) Sebelum habis gulung tu, lekatkan dengan gam tepung. supaya gulungan popia ni tak terbuka masa goreng nanti.
4) Lepas dah gam, guntingkan popia tadi secara menyerong. Kalau taknak serong pun takpe..ni just nk bagi cantik je.. :)
5) Dah siap gunting dah ^^
6) Pastu, goreng popia tu tadi.. Api takyah besar2..kecik je.
7) Bila dah agak kuning keemasan, boleh la angkat. Sejat dulu sebelum letak dalam bekas supaya minyak tu tak over sgt melekat.
8) Sediakan serbuk perasa dia.. Setakat sy penah buat, ade 2 jenis. Perasa kacang hijau dgn Nestume. Boleh la pilih salah satu. 2 2 pun sedap ,tp sy prefer lagi perasa Netume. :D
Cara nk buat : Just blend gula pasir dan nestum tu. biar dia hancur dan halus mcm dlm gambar kat atas.
9) Lepas tu, masa kuih popia yg dah digoreng tu still agak2 panas lg, taburkan serbuk perasa tadi.
10) Taburkan rata-rata. Sebagusnya gune bekas tupperware yang ada penutup, dan yang luas dan leper mcm ni. Sebab ape bagus? sebab nanti senang masa nak 'goncang' kan bekas ni nanti..supaya popia tu tak hancur.
(tak tau la word ape nk gantikan perkataan goncang tu.. -.-" )
11) Bila dah rata mcm ni, tutup tupperware tu dengan penutup, pastu goncang2 kan die..mcm tampi kacang tanah la lebih kurang.. Kekiri kekanan, kekiri kekanan, dan keatas dan kebawah..huhu
Selamat Mencuba, Selamat Berpuasa, dan Selamat Menyambut Hari Raya..
Hargai mereka yang tersayang selagi mereka masih bernyawa.. :')