Thursday, February 17, 2011

Info penting bagi mereka yang berniat nak pakai braces ;)

Assalamualaikum.. 


Bila cakap pasal gigi, orang Malaysia kita ni ada satu fobia yang amat ketara. Iaitu fobia pergi klinik gigi atau jumpa dentist. Selagi dapat tahan sakit, selagi boleh tidur nyenyak malam2, selagi tu lah tak nak pegi klinik gigi. Sebijik macam sy. Kalau lalu depan klinik gigi je pun, dah cuak. Sebab dia ada satu bau kat klinik gigi ni yang sangat menakutkan..hoho. Padahal belum pun masuk lagi. Masa zaman sekolah dulu lagi la..bila tau je ade dental check up, idea utama yang keluar kat otak, nak nyorok kat toilet..huhu. Tapi sekarang ni sy dah tak kesah semua tu, cakap je pasal dentist, sy rilek je. 
Kawan2 yang rapat, dan yang selalu jumpa, maybe dah tau yang sy pakai braces sekarang ni..tapi kalau tak tau lagi bagos.heheh. Sy pakai ni dah lame dah.. (2 minggu lebih)  tp rase mcm dh pakai 2 taun! Tapi sejak selalu pergi klinik ni, dia jadi dah biasa, tak takut dah. Jadi sy nak share la sket info & pengalaman selama pakai braces @ gigi besi @ gigi comel ni.. hoho
Soalan biasa yang orang tanya bila jumpa :

1) Kenapa pakai braces? Gigi nampak macam ok je..

Sy dipaksa rela.. -_- 
Sebab gigi bawah berlapis2, compang camping (xtau nk guna perkataan ape). Gigi atas pulak macam senget benget sket. Bila katup gigi, gigi depan macam tak boleh kunyah dengan betul sangat sebab gigi atas dan bawah tak align.


2) Apa step dia sebelum pakai braces?

Ok, biasa sebelum kita pakai braces, dentist akan 'baiki' dulu ape2 yang patut, contohnya ada gigi yang kena tampal ke, kena cabut ke..tapi kalau gigi yang jarang, biasanya tak payah cabut gigi dah, tapi kalau kes gigi berlapis, biasanya dia akan cabut la dalam 1-4 batang. Macam kes sy ni, nasib baik sebatang je..Alhamdulillah sangat2..pastu dia akan ambik acuan gigi dulu, sebab dia nak study bentuk gigi kita camane. Pastu kena pergi x-ray gigi pulak. Macam kelakar kan bunyi "x-ray gigi".. hoho. Sebab dia nak tengok akar gigi tu camane kot. Lepas tu baru lah pakai braces.


3) Tak sakit ke pakai braces?

Tipu la kalau cakap tak sakit. Tapi sakit dia dari lain2 sebab.
  • Sakit masa nak cabut gigi

Hari nak pergi cabut gigi tu, Tuhan je tau betape cuaknye gue. Pucat, seram sejuk je rasa. Makan tak lalu, tidur tak lena..huhu.over kan.. yang sakitnya time dia inject je, bagi bius. 3kali gak la dia cucuk..yang tu memang sakit. Tapi bila time dia cabut, dia pulas2 gigi tu, dah tak rasa apa. Time tu terasa diri ni hebat gila, macam superwoman je sebab tak sakit langsung..haha

  • Sakit masa mula2 pakai

Masa tengah pakai pun sakit gak, dekat 2 jam nganga mulut dia nak pasang besi tu,.luka gak la bibir sebab kena bukak mulut luas2. Lepas daripada tu, sakit sebab tak selesa, tapi dalam 4 5 hari je la. Terasa gigi kena ikat, ketat. Sebab tu jadi kurang selera nak makan. Orang offer burger time tengah lapar pun, tak lalu makan. Nak gigit pun sakit. Jadi sape yang rasa nak diet, elok la pakai braces..hehe. 

  • Sakit sebab ada ulser
Ulser memang kes biasa bagi yang pakai braces. Sebab bibir dan kulit yang kat belah dalam pipi (xtau nak sebut ape) akan selalu terkena besi. Tutup mulut pun terkena, apetah lagi bila bercakap. 
Dia akan bergesel lagi dengan ulser tu. Sakit..sebab tu sekarang ni sy lagi suka diam daripada bercakap-cakap. Tapi diam kena berpada-pada..sebab bak kata orang, diam tanda setuju.huhu. Bahaye gak tu. Back to the topic, jadi bila ada ulser lebih daripada 1 dalam satu2 masa tu, itu adalah normal. -_-"


4) Berapa lama pakai?

Doktor cakap, setiap orang lain2..bergantung pada cepat atau tak gigi tu bergerak. Ada kes 6-8 bulan je. Ada yang setahun. Tapi paling maksimum, biasanya 2 tahun la.. Jadi sy berdoa sangat2 supaye gigi sy ni cepat bergerak..sy nak catat rekod, pakai braces 2 bulan je! aminn..


5) Mahal tak buat braces?

Hmm..soalan ni sangat kerap diajukan. Harga standard biasanya dalam 3k-4.5k.. Tapi kena pandai2 cari la. Ada kawan sy sorang tu cakap, kat tempat dia murah nak banding dengan tempat lain. 3k, siap boleh pilih nak yang besi (metal braces) atau yang transparent. Braces jenis ni lagi best, sebab orang tak nampak sebab invisible. Tapi kalau kat tempat sy, yang macam ni punya, 6k lebih.. cekik darah kan..baik beli kereta second hand. Tapi jangan risau, dia bukan suruh bayar sekaligus..boleh ansur2. Setiap bulan pergi appointment, boleh bayar sket2 dalam rm50-rm100. Tapi yang harga 3k-4.5k tadi tu untuk yang klinik swasta la. Kalau kat hospital kerajaan, murah sket, tapi waiting list dia panjang dan lama.. dalam 2-4 tahun, depends tahap ke-kritikal-an gigi pesakit tersebut.

Ni contoh transparent braces. Tak nampak sangat kan..

6) Ada pantang larang makan tak?

Kalau korang google, ada banyak dia list. Tapi hari tu doktor tu cakap, secara general tak boleh makan benda2 keras, makanan bergoreng macam burger kena kurangkan. Air gas yang banyak gula, makanan or minuman yang manis sangat atau masam sangat, dan benda2 yang melekat macam chewing gum, mentos, etc. Doc cakap boleh makan, tapi dalam sebulan sekali je..huhu..sedih kan.
Itu jela info sihat yang sy boleh share kali ni, semoga sedikit sebanyak dapat membantu.. ;)

No comments: