Monday, June 17, 2013

Resepi Kek Rainbow Topping Coklat Ganache





Salam.

Today is 17th of June! and its my birthday.. :)

Memandangkan sy rase sy dh besar, rase mcm tak perlu dah nak mintak ibu ayah belikan kek hari jadi lagi, (huhu).. so I've planned to bake my own cake for my family, to celebrate my birthday. Saya plan nk buat rainbow cake sebab die cantik warna-warni. Biasanya org buat kek rainbow ni bertopping-kan cream cheese. tapi oleh kerana sy tak suka makan krim sebab muak, maka sy buat kek rainbow bertopping kan coklat moist @ coklat ganache. Just mix and match je..hehe.

Walaupun ni 1st time ever buat kek sendiri.. risau tak menjadi, risau tak sedap, etc..tapi berbekalkan konfiden yang tinggi, sy bantai je buat jugak. Dan hasilnya...
                                                            
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
tadaaaa!
 
 
presentation memang failed!
comot habes sebab susah nak handle coklat moist tu.
tapi dorang cakap sedap. dorang la cakap..bukan saya :P
 
 
Just nak share resepi kepada yang nak mencuba. Lets cekidaut! :)
 
 
Bahan-bahan untuk buat kek:
 
1) 2 cawan tepung naik sendiri
2) 250g butter
3) 1 1/2 cawan gula
4) 5 biji telur
5) Pewarna
6) 2 sudu kecil esen vanilla
7) 1/2 cawan susu pekat
8) sedikit air
 
 
Bahan-bahan untuk topping coklat ganache:
 
1) 2 sudu besar minyak jagung
2) 1 cawan sebuk koko
3) 1 cawan susu pekat
 
 
Lets begin the baking class!



Ni barang2 dia.
(Pakai susu pekat 1 Malaysia tuu..hehe)


1) Mula-mula pukul butter dgn gula selama lebih kurang 15 minit sehingga kembang.


2) Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan tadi.
 
 
3) Masukkan esen vanilla dan diikuti tepung naik sendiri. Dan pukul lagi hingga adunan sekata.
 

4) Next, masukkan susu pekat + air. Susu pekat tu untuk buatkan kek tu jadi moist dan lembut.
Air tu saya masukkan sama banyak dengan susu pekat tadi. (1/2 cawan)
 

 
5) Asingkan adunan tu kepada enam atau tujuh mangkuk berlainan. Mengikut warna yang diigini. Saya buat 6 warna, tapi dalam gambar kat atas ni ade 4 je sebab lagi 2 dah selamat masuk oven.hehe
 
6) Lepas dah gaulkan bagi warna dia sekata, masukkan ke dalam loyang untuk dibakar. Bakar pada suhu 160°c. Selama 12-15 minit. (bergantung kepada saiz loyang digunakan dan ketebalan kek tu)
 
7) Bila dah siap masak, sejukkan dulu. Sambil tu boleh la buat topping coklat dia.
 
 
 

 
8) Untuk topping, sangat simple. Masukkan minyak jagung + serbuk koko + susu pekat tadi, kemudian panaskan atas api yang sederhana. Sentiasa gaul campuran tu sampai coklat tu cair.
Sambil tu boleh rasa, kalau tak cukup manis boleh tambahkan susu pekat lagi.
 
 

 
9) Lepas dah siap, sementara coklat tu masih cair, sapu pada setiap lapisan kek supaya lapisan kek tu melekat antara satu sama lain.
 
 
10) Salut keliling kek tu dengan coklat. Buat rata-rata ek. Jangan jadi macam kek saya kat atas ni. comot dah haa sebab time tu coklat tu start mengeras. Susah nak ratakan.
 
 

11) Siap! Ready nak bawak balik kampong. :)
 
 
 
 
 
Okeh dah siap. Selamat mencuba!  ^^




 

 

 
 


Wednesday, April 24, 2013

Gelang Cherita - Emas Sri Pinang



Salam and Hi!

Korang tau x kebelakangan ni harga emas jatuh merudum dengan teruk? Ada 1 artikel yang saya baca, harga emas yang jatuh ni adalah the biggest gold price drop in 30 years. Mesti korang tak pecaya kan? Saya pun tak percaya sangat,  tapi terpaksa la percaye jugak since saya hidup kat dunia ni pun belum sampai lagi 30 tahun..hehe. Jadi, sejak harga emas turun ni, hati pun asyik rasa nk tau je banyak mana harga emas tu jatuh.. dan google punya google, terjumpa la 1 website ni, Gold price in Malaysia yang selalu update harga emas semasa. The website is being updated once every 15 minutes! Lagi pun site tu senang nak tengok sebab die ada provide graf skali. Jadi selalu jugak la saya refresh website tu.. saje nak tengok2 harga.. :) 

Dan hasil daripada kerajinan meng-google jugak, saya ketemu dengan 1 kedai emas ni, nama dia Emas Sri Pinang. Kedai ni milik org Melayu sama macam Habib, etc.. Tapi yang menariknya kat kedai ni, dia ada jual 1 produk emas yang belum ada kat kedai-kedai emas lain, iaitu Gelang Cherita by Emas Sri Pinang. Kalau tak salah, gelang ni di-introduce akhir tahun lepas. (betulkan saya kalau tersilap).

First time terjumpa je Gelang Cherita ni, terus jatuh hati dan berkenan. Comel ya amat! orang Korea sebut, "giyowo!". huhu.  Bagi saya la, ianya comel..lain orang, lain citarasa. No offense :) Jadi nak tau ape itu Gelang Cherita? 



Gelang ni terdiri daripada bracelet + charms (pelbagai bentuk yang gantung2 tu)
zoom(open in new tab) kalau nak besar kan gambar. 

"In Life, there is a journey In journey,there is a CHERITA.. In CHERITA, there is personality.. Cherita and personality , that's why we have created CHERITA for you to express your life journey and personality in 22k gold bracelet This bracelet theme is Your life journey and personality. Every each bracelet reflects who you are in real world..

Your computer where you do your homework or asignment , handphone connects you with your friends,two hearts become one on the day you found your loved ones, key 21 when you reached age 21 and abacus the sign that you got to start saving for future so get yourself this exclusive CHERITA bracelet yet you have the value of 916 gold wear on your wrist." 



Cara nak beli dia senang je..

Pilih mana gelang yang berkenan..
Gelang yang lagi tebal dan padat lagi bagus. sebab dia kukuh sket kalau nk gantung charm banyak2..
Tapi nk gelang tebal2, fulus pun kena tebal jugak la..hehe



Next, boleh pilih mana2 charms yang berkenan di hati.
Ada baaanyaaaaakk gile charm kat kedai tu.  Berpinar2 mata menengoknya. haha.over.
Tapi seperti biasa, lagi banyak charms yang dipilih, lagi banyakla helaian fulus yang harus dihabiskan..



Selepas itu, boleh lah gantung charms2 yang dipilih tadi kat bracelet.
Boleh susun ikut kesesuaian yang kita nak.. Biasanya, kalau tgk sample gelang yang ada, dorg gantung 5 bijik charms je utk satu gelang. nak lebih pun ape salahnya...duit korang kan..hehe



Ni contoh2 sebahagian charms yang ada. nak banyak lagi tgk SINI.
 @_@ <--- Mata berpinar-pinar

Tapi harga setiap charm tu boleh tahan la mahal dia. Sebijik charm bentuk seliper yang ringan je pun dah dalam rm200++. sebab kos upah dia agak mahal. Lagi unik sesuatu bentuk tu, lagi tinggi nilai upah. Sebab bukan senang woo nak ukir setiap bentuk kecik2 tu..

Satu lagi saya nak puji Kedai Emas Sri Pinang ni, layanan diorang sangat bagus dan mesra alam. Really nice..Tak percaya? cubalah~ hee. Kalau tgh jalan2 shopping dan rase dahaga tapi malas beli air, gi singgah kedai emas tu, buat2 nak survey emas. nanti dapat air free.. :P haha! (jangan ikut dan tiru aksi ini. Ini hanyalah gurauan semata :-| )

Dan, kalau beli barang2 kemas kat sana, packaging dia pun cantikk banget. Saya tak tau la kedai lain mcmane kan, sebab tak pernah beli. Tapi mengikut pengalaman yang kawan saya beli ni, sangat cantik la.. Hari tu dia beli gelang Cherita ni.. Jom tengok gambar. 

Dalam paper bag, macam2 ada~


1 & 2 - Paper bag ni, sebenarnya dapat 1 je untuk setiap pembelian. Tapi hari tu kawan saya ada tukar samting dekat Emas Sri Pinang (sebarang pembelian boleh ditukar dalam masa 30 hari selepas pembelian), lepas tu kebetulan dia bagi lagi 1 paper bag.. dapat la 2..

3- Pamplet cara-cara pemakaian gelang Cherita ni. Ada sampel bentuk2 charms jugak dalam tu..
4- Kotak khas Cherita. 
5- lagi 1 kotak kecik untuk isi charm.
6- Bantal hiasan..boleh digunakan untuk hiasan hantaran ke.. (bantal ni diberi sebab kebetulan ada promosi time tu rasanya)
7- Resit2 pembelian disimpan dalam 1 sampul khas Emas Sri Pinang. Nampak mcm elegant la..

Tadaaa.. ni gambaran dalam kotak cherita tu. Ada 1 petak panjang untuk letak bracelet, dengan 4 lubang utk letak charms. Oleh sebab kawan saya beli 5 charms, sebab tu kedai tu bagi lagi 1 kotak kecik. :)



Ok la.. itu je saya nak cerita pasal Cherita ni. Maaf, gambar gelang yang kawan saya beli tu tak dapat nak share kat sini atas sebab2 tertentu..huhu. Owh, kalau sape2 berminat, boleh la pegi melawat2 Kedai Emas Sri Pinang ni. Kat area KL/Selangor ada 4 cawangan. 

1- Semua House, Jln Masjid India
2- Kompleks PKNS, Shah Alam
3- KL Festival City, Setapak
4- Metro Point Kajang