Monday, December 31, 2012

Goodbye 2012..






"The end of 2012"  - Assalamualaikum. 

How fast time flies.. Today is the last day of the hectic year! (acece..poyo je lebih. padahal takdelah teruk sangat pun 2012 ni..huhu). Setelah mendapat inspirasi daripada fesbuk minggu lalu, iaitu feature yang membolehkan kita review balik beberapa big events yang telah dilalui sepanjang tahun ni, sy pun tetiba terasa nak buat self-review untuk diri sendiri jugak kat sini.. hehe. 


Facebook's feature


Walaupun tak banyak pun big event yg terjadi sebenarnya, sebab kalau nak banding dengan org lain punya review, ada yang dah bertunang, kawen, beranak dan sebagainya, tapi yang sy pilih untuk review kat bawah ni merupakan antara event yang besar jugak la kot bagi diri sy sendiri..hmm..ntahlah. yela tu kot.. haha.
jom la tengok sendiri..kita tengok month by month ok. lets cekidaut!



JANUARI

Awal Januari. Officially leave UIA's hostel..sob3..masa ni dah hampir 2 bulan bekerja..



Masuk rumah baru. Maka bermulalah kehidupan sebagai insan yang bekerjaya yang tinggal di rumah sendiri.. Bukan lagi pelajar..uhuk.





FEBUARI

Awal Januari jugak, pertama kali jumpa dengan kawan baru. 
Myvi, "The Real Steel" nama dia. haha.. (nama ni diberi sebab masa tu tengah gila dengan cite Real Steel :P)
Happy nye time tu Allah je yg tau.. Terasa macam dapat anak.haha.. over kan. pastu bahu ni tetibe terasa berat sebab nak galas tanggungjawab nak jaga sebijik kereta.




1st time join program company. Dulu2 join program universiti, dengan kawan2 yang sebaya. Tapi kali ni punya Teambuilding Program, peserta dia ada pelbagai status. Ada yg berstatus seorang ibu, ada status orang yang dah nak pencen, seorang Project Manager la, big2 bos la, etc. Terasa saya lah insan paling kerdil dan muda di situ. hoho


Walaupun insan paling muda, tapi kena jadi komiti. Sebab CEO tu nak komiti member yang muda mudi.. =P






MAC

Usia baru 3 bulan, Real Steel eksiden.. Masa tu otw dari UIA, nak balik ke tempat kerja kat Subang. Ada kereta myvi kat belakang tu bawak laju2 pastu x sempat brek. Maka melanggar kereta sy, dan kereta sy pun tertolak ke depan lalu melanggar pulak teksi yang ade kat depan.. Depan belakang pun kemek. Ternyata, Real Steel bukanlah "real steel" yang sebenar... :(

Susah jugak eksiden ni rupanya. Kena pegi balai polis, kena towing kete, kena berurusan dengan insurans, etc. Tapi walau ape pun, alhamdulillah selamat.. masih lagi bernafas dan mampu menaip blog hingga ke hari ini.. :')






APRIL

Bercuti dengan famili n bawak Piqah sekali (my-housemate). Best woo..free. sebab kitorg diberi kupon free. boleh naik segala jenis permainan outdoor n indoor sesuka hati. just ada certain2 je x boleh.. Tapi antara banyak2 tu, tengok movie 4D paling best! Real gile dia punya movie. Kerusi siap goyang2, ada angin lagi..huhu.


Bulan April jugak, kereta yang eksiden bulan lepas tu dah elok.. sebulan tersadai kat bengkel.. Alhamdulillah, siap jugak akhirnya utk memudahkan perjalan pegi mencari rezeki. Tak payah dah susah2 tumpang2 orang..




MEI

Mei, ada haiwan peliharaan baru! hehe..sesudah kematian hamster2, dan malas dah keje dok basuh rumah hamster tu, sy beralih kepada bela ikan. senang pun senang.. campak je makanan beberapa bijik, pastu basuh span filter sket, maka bersih la ia.. :D  Tak susah macam jaga hamster.

Tapi ade 1 kemusykilan sampai sekarang.. sejak sy bela ikan ni, dah dalam 3 ekor ikan hilang.. nak kata mati, takde bangkai plak..hmm. Ade orang cakap, maybe ikan tu melompat kua akuarium, pastu lipas angkat die beramai2..sebab tu hilang..hmm..




Mini FOD (Friends Outing Day) pun telah berlangsung pada bulan Mei. :) Sejak kua dari UIA aritu, lama gila tak lepak2 dengan dorang.. =')



ce teka ni ape? ni la breakfast kitorang masa FOD.. hoho






JUN

On 17th Jun, my birthday.. :')







JULAI

Last gather with them..Inspirans batch 09. Julai @midvalley.






OGOS

The most sad moment of the year. My beloved grandmother passed away.. Sedih gile kot time ni. Masa bulan puasa, masa tu kat ofis.. atok tepon, die ckp nenek baru meninggal, dan mintak tolong tepon yg lain.. dan tiap kali tepon org lain tu, aku yg nangis dulu... :'(  Time tu jugak kuar dari ofis dan balik ke Terengganu. Tengah malam sampai kg, time tu yang ada kat ruang tamu, sekujur tubuh terbaring kaku..





SEPTEMBER

Ni pulak antara event yg best. hehe.. setelah hampir 2 tahun berbraces, akhirnya cabut jua. yeayy! Sempat berconvo dengan gigi baru.. :P






OKTOBER

Ni pulak antara detik kegemilangan.haha. Setelah 5tahun setengah menua di UIA, akhirnya .. Im officially graduated! 







NOVEMBER

Erm..untuk bulan 11, bila cek2 balik gambar dalam kamera, takde jumpa pulak ape2 event yg best.. tapi ade 1 gambar ni di-snap masa bulan 11.. kire event la tu ek..huhu


makan udang besar gile.. ok. itu je kenangan untuk bulan 11 =P




BULAN DOBLAS




Ya, seperti yang anda dapat lihat.. kitorg dah pindah rumah. Event yang sama pada Januari awal2 tadi, kini berlaku lagi pada bulan Disember..huhu. Disebabkan kontrak rumah tu dah tamat, setahun je.. Jadi, kami pun beransur la ke tempat baru.. Alhamdulillah..rumah baru ni jauh lagi selesa, di kawasan perumahan Melayu, dan perabot sume lengkap. Fully-free-furnished! hehe.. Malam tadi baru abes punggah barang dan kemas2. 


Okey, itu je nak share. Memandangkan ni hari last untuk tahun masihi ni.. macam2 perasaan n feeling ada, sebab sy ada byk cita2, impian, angan2, azam, perubahan, dan matlamat nak tuju untuk tahun baru..2013. Boleh dikatakan, a year full of dreams to be realized - tahun yg penuh dengan impian untuk direalisasikan. Hopefully segalanya mampu dicapai. Usaha + tawakal + doa. May Allah ease everything soon InsyaAllah.. 




Till we meet again next year.. Salam dan Selamat Tahun Baru! ^^











No comments: