Assalamualaikum..
Memandangkan usia semakin meningkat, jadi tak banyak pengalaman masa kecik2 dulu yang kita mampu ingat. Kalau ada pun, mesti event2 tertentu yang betul2 terkesan pada kita pada masa tu kan?
2 minggu lepas time bercuti dgn famili kat Pangkor, masa tengah tunggu order makan malam yg lame gile tak sampai2 kat kedai makan tepi laut sambil ditemani angin bayu laut yang sepoi2, (sila baca dalam hanya 1 nafas)
kitorang 1 famili borak2 pasal zaman hingusan dulu2. Ternyata ibu dengan ayah tak berapa ingat ape yang kitorg adik-beradik cerita, walaupun mereka terlibat dalam mencipta memori tersebut.. Its ok ibu. its ok ayah. Its time for your children to recall back all those the memories for both of you.. :)
Kelakar pulak bile teringat balik..sume khusyuk dengar aku bercerita. But not for my ibu. She cries when I told the story. Same goes to me.. :')
Alkisahnya begini..
Dulu2 masa darjah 1 aku rajin pegi sekolah. Takde masalah seperti kanak2 normal yang lain.. Sesetengah budak, ade yang homesick masa darjah 1. School phobia kot..siap mak ayah tunggu depan pintu kelas start dpd mula kelas sampai la ke abes kelas. Aku takde masalah macamtu sehinggalah masuk darjah 2..
Mase darjah 2, tak tau la aku ni kena sampuk ke ape, tetibe je tak suke pegi sekolah. Setiap hari mengelak nk pegi sekolah dengan macam2 alasan. Siap menangis2 melalak2 sebab taknak pegi sekolah. Masa tu aku sekolah sesi petang..jadinya dalam tengahari tu, time lunch hour ibu akan balik ke rumah daripada ofis untuk siap2 kan aku. Makan pakai sume la..
Aku pegi sekolah naik bas sekolah yang lalu depan rumah. Ada 1 hari tu, aku buat perangai macam biasa, taknak pegi sekolah. Dah siap2 pakai baju sekolah, pastu menangis melalak cakap taknak pegi sekolah. Ibu pujuk2 baik2 cakap suruh pegi sekolah jugak, dan ayat biasa yang ibu tanya,
"kenapa taknak pegi sekolah..?"
Dan aku ingat lagi, satu-satunya reason yang aku bagi time tu adelah :
haha..serius tak matang. Tapi itu memang hakikat. Taktau nape kalau pegi sekolah je, mesti rase nak balik sebab rindu ibu.sebab tu taknak pergi sekolah. tapi kalau ibu pergi kerja dan aku dok kat rumah nengok tibi, tak rindu la pulak..huhu.
Pastu aku pun saje2 bersiap dengan terhegeh2. Pakai stokin lambat2..bergerak pun slow motion je.. sebabnya aku saja nak bagi bas sekolah tu tinggal aku. Kalau aku lambat, bas tu takkan tunggu lama dan mesti aku tak payah g sekolah aritu sebab ibu pun takde kereta nak hantar aku. haa..bijak tak? bijak kan? haha. Sebab sekolah pun jauh jugak..
Pastu masa nampak bas tu tunggu kat tepi jalan sambil hon2, aku buat taktau je.. ibu kalut2 nak siapkan aku..sambil tergocoh2 suruh bas tu tunggu aku. tapi bas tu tak nampak agaknye ibu suruh tunggu. dan as i wish, bas tu pun berlalu pergi.... .. .
("Yeayyy!! tak payah pegi skolah harini! :D "
-senyum mula terukir indah di hati..)
Ibu terdiam kejap. Pastu ibu cakap..
"Jom ibu hantar pegi sekolah.."
"Haa?! kita nak pegi naik ape? bas dah pegi.."
(ibu diam...)
"kita naik teksi ke? "
"Tak.. Ibu hantar jalan kaki.. "
" . . . "
Maka berjalan lah kami dua beranak ke sekolah rendah yang terletak di tengah bandar pada tengahari yang terik itu.. Pastu aku rasa bersalah gile2.. sangat bersalah. sebab ibu penat balik kerja dpd ofis tengahari tadi, hantar aku pegi sekolah jalan kaki, dan bile dah sampai kat sekolah, aku dah boleh rilek2 dah kat dalam kelas..tapi ibu still kena berjalan kaki patah balik ke ofisnya. Dahlah perjalanan ibu nak pegi ofis, kena jalan kaki naik bukit..
Lepas je ibu balik dpd hantar aku pegi sekolah pada hari tersebut, sambil tengok ibu jalan kaki berlalu pergi.. aku berazam. lepas ni taknak dan takkan buat perangai dah sebelum pegi sekolah! nak buat perangai lepas balik sekolah je.hehehe..takdelah. aku berazam nak rajin pegi sekolah, nak bersiap cepat2 untuk pastikan bas sekolah tak tinggal aku lagi, dan yang paling penting.. aku takkan dah menyusahkan ibu... :')
Walaupun dulu aku tertanya2, kenapa ibu tak naik teksi je hantar aku pegi sekolah masa tu..tapi sekarang aku dah tau. Itu mungkin satu cara didikan yang ibu tunjukkan kepada anaknya yang degil ni. So lepas daripada kejadian tersebut, aku takde masalah dah nak pegi sekolah dengan berpegangkan 1 moto. "Aku takkan menyusahkan ibu dah.. "
The End..
1 comment:
The Best Slots | Play For Free + | Gold Casino 11bet 11bet 10bet 10bet 1xbet korean 1xbet korean 655La Liga 2021 (5인전놀이터 검증) - LS | la-liga-2021-7-10.bookmakers-en.online
Post a Comment